Nathaniel Shio Hong Wan[nota 1] (Bahasa Cina: 温绍康pinyin: Wēn Shàokāng; dilahirkan pada 17 Ogos 2000), atau lebih dikenali sebagai Hong Wan,[3] merupakan seorang pemain bola sepak profesional Malaysia yang bermain selaku pemain tengah bagi sebuah pasukan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim.

Hong Wan
Maklumat peribadi
Nama penuh Nathaniel Shio Hong Wan[1]
Tarikh lahir (2000-08-17) 17 Ogos 2000 (umur 23)
Tempat lahir Croydon, England[2]
Ketinggian 1.76 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Midfielder
Maklumat kelab
Kelab terkini
Johor Darul Ta'zim
Nombor 6
Kerjaya remaja
0–2017 Charlton Athletic
2017–2019 Yeovil Town
2019–2021 Wolverhampton Wanderers
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2019–2021 Wolverhampton Wanderers 0 (0)
2020Varaždin (pinjaman) 0 (0)
2021– Johor Darul Ta'zim 30 (1)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23 Julai 2023

Awal kehidupan sunting

Hong Wan merupakan anak kepada seorang ibu warga Malaysia dan seorang bapa warga China. Beliau dilahirkan di Croydon, England.[4][5] Ibu beliau berasal dari Tangkak, Johor, Malaysia[6] manakala bapanya dilahirkan di Beihai, Guangxi, China.[7]

Beliau mula bermain bola sepak ketika berusia dua setengah tahun[8] dan menyertai Charlton Athletic Academy pada usia enam tahun.[7]

Kerjaya bersama kelab sunting

Hong Wan merupakan hasil produk akademi Charlton Athletic[9] dan kemudiannya menyertai Yeovil Town pada tahun 2017. Beliau merupakan kapten pasukan bawah-18 Yeovil Town semasa berada di sana.[9] Namun, beliau gagal membuat penampilan bersama pasukan senior di peringkat liga.[4]

Pada tahun 2019, Hong Wan menandatangi kontrak bersama Wolverhampton Wanderers.[10] Pada bulan Julai 2019, beliau menyertai pasukan senior untuk bermain di dalam pertandingan persahabatan di China yang dinamakan Premier League Asia Trophy.[11] Hong Wan berjaya membuat dua penampilan setelah dibawa masuk dari bangku simpanan di dalam dua perlawanan menentang Newcastle United and Manchester City. Wolves berjaya menjuarai pertandingan tersebut setelah memenangi kedua-dua perlawanan tersebut.[12]

Pada awal tahun 2020, beliau dipinjamkan ke sebuah kelab Croatia, Varaždin, namun gagal membuat penampilan liga bersama skuad senior ekoran pandemik COVID-19. Beliau kemudiannya pulang ke Wolves empat bulan kemudian.[13][14] Walaupun gagal membuat sebarang penampilan senior di dalam Liga Perdana Inggeris bersama pasukan Wolves, beliau berjaya membuat 21 penampilan bersama pasukan bawah-23 dalam Premier League 2 Division 2 musim 2020-21.[15]

Pada 30 Jun 2021, Hong Wan menyertai sebuah pasukan Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta'zim melalui pemindahan percuma.[5] Beliau membuat debut liga bersama pasukan menentang Penang F.C., di mana Johor menang 1–0.[16]

Kerjaya antarabangsa sunting

Berdasarkan tempat kelahirannya dan asal ibu bapa, Hong Wan layak mewakili England, Malaysia dan China di peringkat antarabangsa.[17]

Pada bulan Mac 2022, beliau dipanggil untuk menyertai latihan skuad kebangsaan Malaysia bagi bersiap sedia menentang pasukan kebangsaan Filipina, Singapura dan Albirex Niigata Singapore.[18]

Kehidupan peribadi sunting

Bapa Hong Wan berpindah dari China ke England pada usia muda manakala ibunya berpindah ke England dari Malaysia pada usia dua puluhan untuk melanjutkan pelajarannya.[8]

Hong Wan menerima pasport dan kad pengenalan Malaysia pada tahun 2021 selepas menyertai Johor Darul Ta'zim.[19][20]

Statistik kerjaya sunting

Sehingga perlawanan setakat 23 Julai 2023[21]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Benua Lain-lain Jumlah
Bahagian Kemunculan Gol Kemunculan Gol Kemunculan Gol Kemunculan Gol Kemunculan Gol Kemunculan Gol
Wolverhampton Wanderers B-21 2019–20 0 0 0 0
2020–21 1[a] 0 1 0
Jumlah 1 0 1 0
Johor Darul Ta'zim 2021 Liga Super Malaysia 0 0 0 0 0 0 0 0 0 0
2022 Liga Super Malaysia 13 0 6[b] 0 4[c] 0 4[d] 0 1[e] 0 28 0
2023 Liga Super Malaysia 17 0 0 0 3[c] 1 0 0 20 1
Jumlah 30 0 6 0 7 1 4 0 1 0 48 1
Jumlah kerjaya 30 0 6 0 7 1 4 0 2 0 49 1
  1. ^ Muncul dalam Trofi EFL
  2. ^ Kemunculan dalam Piala Malaysia
  3. ^ a b Kemunculan dalam Piala FA Malaysia
  4. ^ Kemunculan dalam Liga Juara-Juara AFC
  5. ^ Kemunculan dalam Piala Sumbangsih

Anugerah sunting

Johor Darul Ta'zim

Nota sunting

  1. ^ Nama ini mengikuti susunan penamaan Barat. Nathaniel Shio Hong adalah nama yang diberikan dan Wan adalah nama keluarganya, menurut namanya dalam aksara Cina.

Rujukan sunting

  1. ^ "Nathaniel Shio Hong Wan Midfielder, Profile & Stats | Premier League". premierleague.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 7 Februari 2022.
  2. ^ "Hong Wan". worldfootball.net (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Februari 1889. Check date values in: |access-date= (bantuan)
  3. ^ "From Wolves to Johor: Get to know JDT's new signing, Hong Wan | Astro SuperSport" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 Mac 2022 – melalui YouTube. [Nathaniel] is my English name but I don't tend to use that, I just use Hong.
  4. ^ a b Nash, Tim (2019-05-23). "Wan looking to win for Wolves after signing". Wolves Bite (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-17.
  5. ^ a b "Wolves' Shio set to give JDT more bite | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). 2021-01-30. Dicapai pada 2021-12-18.
  6. ^ Hashim, Firdaus (2021-06-30). "Hong Wan akui JDT setanding kelab EPL". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-04.
  7. ^ a b "温绍康:希望为中国国家队踢球,家人一定会非常支持_竞彩波经_比分盘口_华体网". nb.sportscn.com. Dicapai pada 2022-03-04.
  8. ^ a b "From Wolves to Johor: Get to know JDT's new signing, Hong Wan | Astro SuperSport" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2022 – melalui YouTube.
  9. ^ a b Spiers, Tim (24 Mei 2019). "Wolves snap up promising youngster Hong Wan". shropshirestar.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Mac 2022.
  10. ^ "Wolverhampton Wanderers sign Yeovil Town youngster Hong Wan". SomersetLive. 23 Mei 2019. Dicapai pada 7 Februari 2022.
  11. ^ "00后英超华裔小将加盟马来西亚球队 曾表示想为中国队效力_温绍康". sohu.com (dalam bahasa Cina). Dicapai pada 8 Mac 2022.
  12. ^ "Nathaniel Shio Hong Wan Johor Darul Ta'zim videos, transfer history and stats – SofaScore". sofascore.com. Dicapai pada 8 Mac 2022.
  13. ^ "Squad of NK Varazdin – Season 2020". besoccer.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2021-12-18.
  14. ^ "Official: Wolves confirm 26th loan departure of the season". Vital Wolverhampton Wanderers (dalam bahasa Inggeris). 2020-02-19. Dicapai pada 2021-12-17.
  15. ^ a b Biodata Hong Wan di Soccerway
  16. ^ "Johor Darul Ta'zim vs. Pulau Pinang – 4 Mac 2022". Soccerway. Dicapai pada 4 Mac 2022.
  17. ^ "I'm open to playing for Malaysia, says Wolves youngster Hong Wan". english.stadiumastro.com. Dicapai pada 2021-12-18.
  18. ^ "SIARAN MEDIA: SENARAI 30 PEMAIN KE KEM LATIHAN PUSAT HARIMAU MALAYA BERMULA 14 MAC 2022 | FAM". fam.org.my. Dicapai pada 10 Mac 2022.
  19. ^ "Penantian berbaloi untuk bintang muda JDT, Hong Wan". shootapp-share (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-04.
  20. ^ "SQUAD UPDATES". Johor Darul Ta'zim FC (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-04.
  21. ^ Biodata Hong Wan di Soccerway
  22. ^ "2022 Piala FA Malaysia". cms.fam.org.my. Dicapai pada 11 September 2022.
  23. ^ "JDT crack open KL City's defence to retain FA Cup". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 22 July 2023. Dicapai pada 22 July 2023.
  24. ^ "2022 Piala Sumbangsih". cms.fam.org.my. Dicapai pada 5 Mac 2022.
  25. ^ "JDT berada di landasan tepat – Solari". Sinar Harian. 25 Februari 2023. Dicapai pada 22 Mac 2023.