Hong Kong

Wilayah Pentadbiran Khas di China
(Dilencongkan dari Hongkong)

Hong Kong[d] merupakan sebuah kawasan pentadbiran khas di Republik Rakyat China. Dengan penduduk pelbagai rupa bangsa seramai 7.4 juta[e] dalam sebuah wilayah seluas 1,104-kilometer-persegi (426 bt2), Hong Kong merupakan salah satu wilayah yang paling berpenduduk padat di dunia.

Hong Kong
香港
Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong Republik Rakyat China
Nama-nama rasmi
Lokasi Hong Kong
Lokasi Hong Kong dalam China
Negara berdaulatChina
Tanah jajahan British26 Januari 1841
Perjanjian Nanking29 Ogos 1842
Konvensyen Peking24 Oktober 1860
Pajakan Wilayah Baharu9 Jun 1898
Pendudukan Empayar Jepun25 Disember 1941 ke 30 Ogos 1945
Ditetapkan semula sebagai Wilayah Tanggungan British1 Januari 1981
Pengisytiharan Bersama China-British19 Disember 1984
Penyerahan kepada China1 Julai 1997
Pusat pentadbiranTamar
Daerah terbesarSha Tin (mengikut bilangan penduduk)
Bahasa rasmi
Bahasa Kantonis[a]
Tulisan Cina Tradisional[b]
Abjad Inggeris
Kelompok etnik
(2021)
91.6% Orang Cina
2.7% Orang Filipina
1.9% Orang Indonesia
0.8% Orang kulit putih
0.6% Orang India
0.4% Orang Nepal
2% lain[6]
Kerajaan/PemerintahPemerintah yang diketuai oleh badan eksekutif yang diturunkan kuasa dalam sebuah negara satu parti kesatuan[7]
John Lee
Eric Chan
Andrew Leung
Andrew Cheung
Badan perundanganMajlis Undangan
Perwakilan kebangsaan
36 wakil
203 wakil[8]
Keluasan
• Jumlah
2,754.97[9] km2 (1,063.70 bt2) (ke-168)
• Air (%)
59.70%
(1,640.62 km2;
633.45 bt2)[9]
• Tanah
1,114.35 km2
(430.25 bt2)[9]
Aras tertinggi957 m (3,140 ft)
Aras terendah0 m (0 ft)
Penduduk
• Anggaran 2023
Neutral increase 7,498,100[10]
• Banci 2021
Neutral increase 7,413,070[11]
• Kepadatan
6,801[12]/km2 (17,614.5/sq mi) (ke-4)
KDNK (PKB)Anggaran 2024 
• Jumlah
$570.082 billion[13] (ke-44)
• Per kapita
$75,128[13] (ke-12)
KDNK (nominal)Anggaran 2024 
• Jumlah
$406.775 billion[13] (ke-38)
• Per kapita
$53,606[13] (ke-19)
Gini (2016)negative increase 53.9[14]
tinggi
IPM (2022) 0.956[15]
sangat tinggi · ke-4
Mata WangDolar Hong Kong (HK$) (HKD)
Zon waktuUTC+08:00 (HKT)
Format tarikhhh/bb/tttt
tttt年bb月hh日
Bekalan elektrik sesalur220 V–50 Hz
Arah memandukiri[c]
Kod panggilan+852
Kod ISO 3166
DPT Internet
Awalan plat nomborTiada untuk kenderaan setempat, 粤Z untuk kenderaan rentas sempadan

Hong Kong didirikan sebagai sebuah tanah jajahan Empayar British selepas Dinasti Qing menyerahkan Pulau Hong Kong pada tahun 1841–1842 sebagai akibat kekalahan Perang Candu Pertama. Tanah jajahan tersebut diperluaskan ke Semenanjung Kowloon pada tahun 1860 dan diperluaskan dengan lebih lanjut apabila United Kingdom memperolehi pajakan 99 tahun Wilayah Baharu pada tahun 1898. Hong Kong diduduki oleh Jepun dari tahun 1941 hingga tahun 1945 ketika Perang Dunia Kedua. Wilayah tersebut telah diserahkan daripada United Kingdom kepada China pada tahun 1997. Hong Kong mengekalkan sistem pemerintahan dan ekonomi yang berasingan daripada Tanah Besar China di bawah prinsip satu negara, dua sistem.[f]

Asalnya sebuah kawasan kurang penduduk yang terdiri daripada kampung petani dan nelayan,[18][19] wilayah ini kini merupakan salah satu daripada pusat kewangan dan pelabuhan perdagangan yang paling penting di dunia. Hong Kong merupakan pusat kewangan global berkedudukan keempat, pengeksport kesembilan terbesar dan pengimport kelapan terbesar di dunia. Mata wangnya, Dolar Hong Kong, merupakan mata wang kesembilan terbanyak didagangkan di dunia. Hong Kong mempunyai bilangan individu nilai bersih ultra tinggi terbesar di dunia, dan merupakan tempat tinggal golongan jutawan ketujuh tertinggi mengikut bilangan dalam kalangan bandar raya di dunia. Walaupun Hong Kong mempunyai salah satu daripada pendapatan per kapita tertinggi di dunia, ketidaksamaan pendapatan yang teruk wujud dalam kalangan penduduknya. Meskipun mempunyai bilangan pencakar langit terbesar dalam kalangan bandar raya di dunia, perumahan di Hong Kong telah didokumenkan dengan baik sebagai mengalami kekurangan yang teruk dan berterusan.

Hong Kong (Cina: 香港) secara rasmi Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong (Cina: 香港特别行政区),[20], adalah sebuah wilayah di Republik Rakyat China, menghadap Guangdong di utara dan Laut China Selatan di timur, barat dan selatan. Hong Kong ialah metropolitan global dan pusat kewangan, dan mempunyai satu ekonomi kapitalis sangat maju. Di bawah polisi "satu negara dua sistem",[21] dan berdasarkan pada Basic Law, ia mempunyai "kuasa autonomi tinggi" dalam keseluruhan aspek kecuali hal-ehwal luar negeri dan pertahanan, yang merupakan tanggungjawab Kerajaan PRC.[22] Hong Kong memelihara mata wang sendirinya, sistem perundangan, sistem politik, kuasa imigresen, peraturan lalu lintas dan aspek lain yang berkaitan cara hidup mereka,[22] yang mana adalah banyak berlainan daripada Tanah Besar China.[23][24][25][26]

Bermula sebagai sebuah pelabuhan perdagangan, Hong Kong menjadi tanah jajahan United Kingdom pada 1842. Ia diklasifikasikan semula sebagai sebuah wilayah yang bergantung kepada British pada 1983 sehingga penyerahan kedaulatan kepada Republik Rakyat China pada 1997.[27][28] Terkenal untuk latar langitnya yang hebat dan pelabuhan semula jadi yang dalam, identitinya sebagai sebuah pusat kosmopolitan di mana Timur bertemu Barat dicerminkan dalam masakan, pawagam, muzik dan tradisinya.[29] Jumlah penduduk bandar raya ialah 95% etnik Han dan 5% lain.[30] Dengan populasi 7 juta penduduk dan luas kawasan tanah 1,054 km2 (407 sq mi), Hong Kong ialah satu daripada kawasan berpenduduk paling padat dalam dunia.[31]

Hong Kong
"Hong Kong" dalam Tulisan Cina
Bahasa Cina香港
Jyutpinghoeng1 gong2
Perumian Yale Bahasa Kantonis
Maksud harfiah"Pelabuhan Wangi"[32][33]
Kawasan Pentadbiran Khas Hong Kong
Tulisan Cina Tradisional
  • 香港特別行政區
  • (香港特區)
Tulisan Cina Ringkas
  • 香港特别行政区
  • (香港特区)
Jyutping
  • hoeng1 gong2 dak6 bit6 hang4 zing3 keoi1
  • (hoeng1 gong2 dak6 keoi1)
Perumian Yale Bahasa Kantonis
  • Hēunggóng Dahkbiht Hàhngjingkēui
  • (Hēunggóng Dahkkēui)
  • atau
  • Hèunggóng Dahkbiht Hàhngjingkēui
  • (Hèunggóng Dahkkēui)

Sejarah سجاره

sunting
 
Bendera Hong Kong (1959-1997)

Hong Kong telah mula diduduki sejak Zaman Neolitik. Ia mula menjadi perhatian dunia pada kurun ke-19. British telah menduduki Hong Kong semasa Perang Chandu 1841, tetapi dikembalikan kepada China pada tahun berikutnya dibawah Persetiaan Nanking. Sebahagian kawasan bersebelahan Semenanjung Kowloon (Selatan Boundary Street) and Pulau Stonecutters diserahkan kepada Britain pada tahun 1860 dibawah Konvensyen Peking selepas tamatnya Perang Chandu Kedua. Beberapa kawasan bersebelahan tang kini dikenali sebagai New Territories (Termasuklah New Kowloon dan Pulau Lantau) telah dipajakkan kepada Britain untuk tempoh 99 tahun dari 1 Julai 1898 hingga 30 Jun 1997.

Merujuk kepada perjanjian yang telah ditandatangani di antara Republik Rakyat China dengan United Kingdom (UK) pada 19 Disember 1984, Pengisytiharan Bersama Sino-British yang mana keseluruhan Wilayah Hong Kong yang berada dibawah Pemerintahan Kolonial British akan menjadi Wilayah Pentadbiran Khas Republik Rakyat China pada 1 Julai 1997.

Di dalam Pengisytiharan Bersama, pihak RRC berjanji bahawa dibawah dasar "Satu Negara, Dua Sistem" yang dicadangkan oleh Mendiang Deng Xiaoping, sistem ekonomi sosialis di China tidak akan diamalkan di Hong Kong dan Sistem Kapitalis yang diamalkan sebelumnya di Hongkong dan cara hidup tidak akan berubah untuk tempoh 50 tahun (2047). Hong Kong juga berpeluang untuk memperolehi autonomi sepenuhnya di dalam semua perkara kecuali hal ehwal luar dan pertahanan.

Kerajaan dan politik كراجأن دان ڤوليتيك

sunting
 
Dewan Perundangan Hong Kong

Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong diketuai oleh Ketua Eksekutif yang merupakan Ketua Kerajaan. Pada masa kini Encik Donald Tsang Yam-Kuen bertindak sebagai Pemangku Ketua Eksekutif dan berkuatkuasa pada 12 Mac 2005 selepas peletakan jawatan oleh Encik Tung Chee Hwa. Tsang sebelum ini ialah Ketua Setiausaha sejak dari tahun 2001 dan berkhidmat sebagai Setiausaha Kewangan semasa Pemerintahan British. Pilihan raya bagi memilih Ketua Setiausaha baru akan dibuat oleh 800 orang ahli perwakilan akan dijalankan pada 10 Julai 2005. Tung memulakan perkhidmatan sebagai Ketua Ekesekutif pada 1 Julai 1997 sebaik sahaja British menyerahkan Hong Kong kepada RRC; yang waktu itu beliau dipilih oleh 400 orang ahli perwakilan. Sepanjang tempoh 5 tahun sebagai Ketua Eksekutif yang bermula pada Julai 2002, Tung merupakan satu - satunya calon yang sah dipilih melalui penamaan, suatu keunikan kerana lazimnya Suruhanjaya Pilihanraya yang akan memilih Ketua Eksekutif.

Pilihanraya Majlis Perundangan telah dibuat pada 24 Mei 1998, 10 September 2000, 12 September 2004 dan seterusnya akan dibuat pada tahun 2008. Merujuk kepada Perundangan Asas, "Perlembagaan Mini" Hong Kong, tempoh ketiga bagi Majlis Perundangan yang mempunyai 30 orang ahli yang dipilih secara langsung yang dibuat Perlembagaan Geografikal, dan 30 ahli yang dipilih adalah bebas, terbuka dan "Widely Contested", berlainan berbanding kebanyakan ahli politiknya merupakan ahli politik prodemokrasi yang menduduki fungsi pilihan raya perlembagaan dan Jawatankuasa Pilihanraya (sewaktu tahun 1998 and 2000).

Perjalanan perkhidmatan awam cukup bermutu dan bebas, yang dipantau secara tidak langsung dari Beijing. Kebanyakan operasi kerajaan dan pentadbiran terletak di Pulau Hong Kong Pusat yang terletak berhampiran dengan kawasan bersejarah Bandaraya Victoria yang merupakan petempatan awal British.

Bahagian pentadbiran دايره ڤينتادبيران

sunting

Kawasan ini terbahagi kepada 18 daerah, setiap satu diwakili oleh sebuah majlis daerah. Majlis-majlis daerah ini menasihati Pemerintah Hong Kong dalam isu setempat seperti peruntukan kemudahan awam, penambahbaikan program komuniti, promosi kebudayaan dan dasar alam sekitar.

 Wilayah BaharuKepulauanKwai TsingUtaraSai KungSha TinTai PoTsuen WanTuen MunYuen LongKowloonBandar KowloonKwun TongSham Shui PoWong Tai SinYau Tsim MongPulau Hong KongTengah dan BaratTimurSelatanWan ChaiKepulauanKepulauanKepulauanKepulauanKepulauanKepulauanKepulauanKepulauanKepulauanKepulauanKepulauanKwai TsingUtaraSai KungSai KungSai KungSai KungSai KungSai KungSai KungSha TinTai PoTai PoTai PoTai PoTai PoTai PoTsuen WanTsuen WanTsuen WanTuen MunTuen MunTuen MunTuen MunYuen LongBandar KowloonKwun TongSham Shui PoWong Tai SinYau Tsim MongTengah dan BaratTimurSelatanSelatanWan Chai

Geografi dan iklim ڬيوڬرافي دان اقليم

sunting
 
Kawasan berbukit Kowloon dan Pulau Hong Kong
 
Kawasan-kawasan pembangunan bandar dan tumbuhan dapat dilihat dalam imej warna palsu satelit ini.

Hong Kong terletak pada pantai selatan China, 60 km (37 bt) di timur Macau pada sebelah bertentangan Delta Sungai Mutiara. Ia dikelilingi oleh Laut China Selatan di timur, selatan, dan barat, dan memisahkan bandar raya Shenzhen dalam Wilayah Guangdong ke utara Sungai Shenzhen. Wilayah berkeluasan 1,104 km2 (426 sq mi) terdiri daripada Pulau Hong Kong, Semenanjung Kowloon dan New Territories, serta lebih 200 pulau lain, dimana yang terbesar ialah Pulau Lantau.[34] Daripada jumlah kawasan, 1,054 km2 (407 sq mi) ialah darat dan 50 km2 (19 sq mi) ialah air.[35]

Lantaran kebanyakan permukaan Hong Kong adalah berbukit hingga bergunung-ganang dengan lereng-lereng curam, kurang daripada 25% jisim bumi wilayah itu dibangunkan, dan kira-kira 40% baki kawasan darat disimpan sebagai taman negara dan simpanan semula jadi.[36] Kebanyakan daripada pembangunan bandar wilayah wujud di semenanjung Kowloon, sepanjang pinggir utara Pulau Hong Kong dan dalam penempatan-penempatan yang berselerak sepanjang New Territories. Puncak tertinggi di wilayah adalah di Tai Mo Shan, pada ketinggian 958 meter (3,140 kaki) di atas paras laut. Garis pantai Hong Kong yang panjang, tidak sekata dan berkeluk-keluk juga mampu wilayah dengan banyak bay, sungai dan pantai.

Ekonomi ايكونومي

sunting
 
Pusat Kewangan Antarabangsa di Central

Hong Kong pernah disifatkan oleh Milton Friedman sebagai eksperimen terbesar dunia dalam kapitalisme laissez-faire.[37] Ia memelihara satu ekonomi kapitalis sangat maju, dirank sebagai paling bebas di dunia oleh Indeks Kebebasan Ekonomi untuk 15 tahun berturutan.[38][39][40] Ia ialah satu pusat penting untuk kewangan antarabangsa dan perdagangan, dengan satu daripada penumpuan terbesar ibu pejabat korporat dalam rantau Asia Pasifik,[41] dan dikenali sebagai salah satu Empat Harimau Asia untuk kadar pertumbuhan tingginya dan pembangunan pesat dari 1960-an hingga 1990-an. Antara 1961 dan 1997 keluaran dalam negara kasar Hong Kong bertumbuh 180 kali manakala KDNK per kapita bertumbuh 87 kali.[42][43][44]

Bursa Saham Hong Kong ialah yang ketujuh terbesar di dunia, dengan permodalan pasaran US$2.3 trilion seperti pada Disember 2009.[45] Dalam tahun itu, Hong Kong menaikkan 22 peratus modal tawaran awam awal (IPO) dunia, menjadikan ia pusat IPO terbesar di dunia.[46] Mata wang Kong ialah dolar Hong Kong, yang telah ditetapkan kepada dolar AS sejak 1983.[47]

Kerajaan Hong Kong secara tradisi kebanyakannya bermain peranan pasif dalam ekonomi, dengan kecil dengan cara dasar perindustrian dan hampir tiada kawalan eksport atau import. Kuasa pasaran dan sektor swasta dibenarkan menentukan pembangunan praktikal. Di bawah dasar rasmi "positif non-interventionism", Hong Kong sering disebut sebagai satu contoh kapitalisme laissez-faire. Berikutan Perang Dunia Kedua, Hong Kong diperindustri cepat sebagai pusat pembuatan dipandu oleh eksport, dan kemudian menjalani satu perubahan pesat ke ekonomi berpangkalan perkhidmatan pada 1980-an.[48]

Hong Kong matang menjadi sebuah pusat kewangan pada 1990-an, tetapi terjejas dengan teruk oleh krisis kewangan Asia pada 1998, dan sekali lagi pada 2003 oleh letusan wabak SARS. Pemulihan permintaan domestik dan luar telah menyebabkan pemulihan kukuh, sebagai kos berkurangan menguatkan daya saing eksport Hong Kong dan tempoh deflasi yang lama berakhir.[49][50] Campur tangan kerajaan, dimulakan oleh kerajaan kolonial dan diteruskan sejak 1997, telah bertambah dengan stabil, dengan pengenalan jaminan kredit eksport, skim pencen wajib, gaji minimum, undang-undang anti diskriminasi, dan penyokong gadai janji kerajaan.[37]

Demografi ديموڬرافي

sunting

Hong Kong ialah bandar raya yang keempat besar dengan di Republik Rakyat China dalam kriteria populasi. Dengan dikira Sebagai sebuah "wilayah jajahan", Hong Kong ialah wilayah/negara yang mempunyai kepadatan penduduk di dunia, dengan kepadatan penduduk yang hampir mencapai 6,700 orang per km².

Walaupun dengan kepadatan populasi, Hong Kong masih dilaporkan sebagai salah sebuah bandar yang "paling hijau" di Asia. Kebanyakan orang Hong Kong tinggal di dalam rumah pangsapuri yang tinggi. Ruangan terbuka yang lain di sana sentiasanya diliputi dengan taman, semak dan belukar. Terdapat kira-kira 60% tanah di Hong Kong yang diperuntukkan bagi Hutan Rizab dan Taman Desa. Aktiviti pengembara dan berkhemah ialah aktiviti kegemaran di taman-taman desa. Garisan pantai yang panjang di Hong Kong juga menyediakan pantai-pantai pasir yang sesuai untuk periadahan penduduknya. Adapun, Kesedaran alam sekitar telah membangkit di Hong Kong, walaupun Hong Kong telah disenaraikan ke dalam banda-bandar yang mempunyai pencemaran undara paling buruk di dunia.

Bahasa Kantonis digunakan dalam urusan kerajaan Hong Kong. Ia dipertuturkan oleh kebanyakan penduduk China tempatan di sana, sama ada di rumah mahupun pejabat. Walaupun begitu, bahasa Inggeris difahami di tempat ini. Ia dipertutur, biasanya semasa bekerja, oleh 1 per 3 penduduk di sini. Semua agama utama boleh diamalkan secara bebas di Hong Kong. Tetapi pemujaan nenek moyang ialah amalan yang paling berpengaruh di tempat ini akibat daripada tradisi Konfusianisme.

Pendidikan ڤنديديقن

sunting
 
Pandangan Universiti Hong Kong

Sistem pendidikan Hong Kong mengikut sistem di England,[51] walaupun sistem antarabangsa wujud. Kerajaan memelihara satu dasar yang mana bahasa pengantar ialah Kantonis (Bahasa Cina: 母語教學),[52] dengan Cina bertulis dan Inggeris. Di sekolah-sekolah menengah, kemahiran 'biliterate dan tiga bahasa' ditekankan, dan pendidikan bahasa Mandarin telah bertambah.[53] Program untuk Penilaian Pelajar Antarabangsa menempatkan sistem pendidikan Hong Kong sebagai kedua terbaik di dunia.[54]

Sekolah awam Hong Kong dioperasi oleh Biro Pendidikan. Ciri-ciri sistem tadika tiga tahun yang tidak wajib, diikuti oleh pendidikan rendah enam tahun wajib, pendidikan menengah rendah tiga tahun, pendidikan menengah atas dua tahun yang tidak wajib membawa kepada Sijil Hong Kong Peperiksaan Pendidikan dan kursus matrikulasi dua tahun membawa kepada Peperiksaan Tahap Lanjutan Hong Kong.[55]

Budaya بوديا

sunting
 
Patung di Avenue of Stars, satu penghormatan kepada Pawagam Hong Kong

Hong Kong sering digambarkan sebagai satu tempat di mana "Timur bertemuan Barat", menunjukkan campuran budaya asal-usul wilayah Cina dengan pengaruh daripada masanya sebagai koloni British.[56]

Hong Kong mempunyai dua penyiar daratan berlesen – ATV and TVB. Terdapat tiga jumlah pembekal kabel dan perkhidmatan satelit asing dan tempatan.[57] Pengeluaran drama-drama Hong Kong, siri komedi, dan pertunjukan aneka sampai pada penonton di seluruh dunia. Majalah dan penerbit akhbar di Hong Kong mengagihkan dan cetak dalam kedua-dua Cina dan Inggeris, dengan tumpuan pada sensasi dan gosip selebriti.[58]

Pelancongan ڤلنچوڠن

sunting
 
Disneyland Hong Kong

Kekurangan tempat telah memaksakan pembangunan kediaman naik ke atas. Terdapatnya banyak bangunan-bangunan yang tinggi serta tempat pelancongan yang menarik:

Pemandangan di Pulau Hong Kong.
Permandangan pada waktu malam dari Pelabuhan Victoria.

Lihat juga ليهت جوڬ

sunting

Catatan

sunting
  1. ^ a b Tiada jenis Bahasa Cina yang rasmi di wilayah ini. Penduduknya lebih banyak berbahasa Kantonis, bahasa baku daerah de factonya.[1][2][3]
  2. ^ a b Bagi semua kegunaan pemerintah, dokumen yang ditulis menggunakan Tulisan Cina Tradisional adalah rasmi berbanding dokumen yang tertulis dengan Tulisan Cina Ringkas.[4] Bahasa Inggeris mempunyai taraf sama rata dengan Bahasa Cina dalam semua urusan rasmi.[5]
  3. ^ Kecuali Jalan Perangkai Jambatan Hong Kong-Zhuhai-Makau, di sebelah kanan.[16]
  4. ^ Cina tradisional: 香港Jyutping: Hoeng1 gong2; Yale Kantonis: Hēunggóng, Bahasa Kantonis: Templat:IPA-yue
  5. ^ Pemastautin tetap Hong Kong boleh terdiri daripada mana-mana rupa bangsa. Seseorang tanpa kerakyatan China yang memasuki Hong Kong dengan sebuah dokumen perjalanan yang sah, yang biasanya menetap untuk tempoh berterusan tidak kurang daripada tujuh tahun, dan bermastautin secara tetap di wilayah tersebut akan diiktiraf dari segi undang-undang sebagai seorang Warga Hong Kong.[17]
  6. ^ Walau bagaimanapun, keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan mengatasi mana-mana proses kehakiman wilayah ini. Tambahan pula, Majlis Negara boleh menguatkuasakan undang-undang negara di kawasan tersebut di bawah keadaan khusus tertentu.

Rujukan رجوكن

sunting
  1. ^ Leung 2016.
  2. ^ Official Languages Ordinance.
  3. ^ Population By-Census 2021, halaman 31, 51–52
  4. ^ Legislative Council Disclaimer and Copyright Notice
  5. ^ Use of Chinese in Court Proceedings 2011
  6. ^ Population By-Census 2021, halaman 46.
  7. ^ "China (People's Republic of) 1982 (rev. 2004)". Constitute project. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 July 2015. Dicapai pada 25 August 2019.
  8. ^ Cheung 2017.
  9. ^ a b c "Survey and Mapping Office – Circulars and Publications". Survey and Mapping Office. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2023. Dicapai pada 20 October 2020.
  10. ^ "Mid-year population for 2023" (Siaran akhbar). Census and Statistics Department. 15 August 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 November 2023. Dicapai pada 15 November 2023.
  11. ^ "Key statistics of the 2021 and 2011 Population Census" (PDF). census2021.gov.hk. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2022. Dicapai pada 15 March 2022.
  12. ^ "Main Tables – 2021 Population Census". census2021.gov.hk. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2022. Dicapai pada 15 March 2022.
  13. ^ a b c d "World Economic Outlook Database, April 2024 Edition. (HK)". IMF.org. International Monetary Fund. 11 April 2024. Dicapai pada 2 May 2024.
  14. ^ Household Income Distribution 2016, halaman 7
  15. ^ "Human Development Report 2023/2024" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 13 March 2024. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 13 March 2024. Dicapai pada 13 March 2024.
  16. ^ Technical Legislative Amendments on Traffic Arrangements for the Hong Kong-Zhuhai-Macao Bridge 2017
  17. ^ Bab III Undang-undang Dasar Perkara 24.
  18. ^ Carroll 2007, halaman 15–21.
  19. ^ Ren 2010, m/s. 221.
  20. ^ The name was often written as Hongkong until thegovernment adopted the current form in 1926 (Hongkong Government Gazette, Notification 479, 3 September 1926). Nevertheless, some century-old organisations still use the name, such as the Hongkong Post, Hongkong Electric andThe Hongkong and Shanghai Banking Corporation. While the names of most cities in the People's Republic of China are romanised into English using Pinyin, the official English name is Hong Kong rather than the pinyin Xianggang. See: Pronunciation of Hong Kong
  21. ^ So, Alvin Y. Lin, Nan. Poston, Dudley L. Contributor Professor, So, Alvin Y. [2001] (2001). The Chinese Triangle of Mainland China, Taiwan and Hong Kong. Greenwood Publishing. ISBN 0-313-30869-1.
  22. ^ a b "Sino-British Joint Declaration". Dicapai pada 8 September 2008.
  23. ^ For common usage in Hong Kong, Hong Kong is not considered part of mainland China, as described in HongkongPost Postage Guide, published by the Government of Hong Kong. HongkongPost (2007 Nov). HongkongPost Postage Rates and Services. Hong Kong: HongkongPost. m/s. 3. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-10. Dicapai pada 2009-09-25. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check |authorlink= value (bantuan); Check date values in: |date= (bantuan) In the Chinese language, however, there are two similar yet different terms for the use of "Mainland", i.e., Dalu (大陸) and Neidi (内地), see the Mainland China article for details.
  24. ^ Evidenced by Article 22(4) of the Basic Law, stating Mainland residents who wish to settle in Hong Kong must apply for One-way Permits (OWPs) from the Public Security Bureau Offices where their household registrations are kept, Hong Kong is not part of Mainland China. Government of Hong Kong. "Arrangement for Entry to Hong Kong from Mainland China". Government of Hong Kong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-06-01. Dicapai pada 15 February 2008. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); Check |authorlink= value (bantuan)
  25. ^ Evidenced by an agreement signed by Government of Hong Kong and Central People's Government of the People's Republic of China in Mainland and Hong Kong Closer Economic Partnership Arrangement (CEPA), Hong Kong and Mainland China are two different places."[[Mainland and Hong Kong Closer Economic Partnership Arrangement]] CEPA". Government of Hong Kong. 27 October 2004. Dicapai pada 19 February 2009. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan); |first= missing |last= (bantuan); URL–wikilink conflict (bantuan)
  26. ^ Evidenced by major newspaper in Hong Kong, South China Morning Post, it is common to refer Hong Kong and mainland China as two different places. Chan, Maria; Huang, Cary (21 January 2009), "Hong Kong and Mainland seal 200 billion Yuan currency swap", South China Morning Post, m/s. B1 Check |author-link= value (bantuan)CS1 maint: date and year (link)
  27. ^ Joint Declaration of the Government of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland and the Government of the People's Republic of China on the Question of Hong Kong, 19 December 1984, The Government of the People's Republic of China declares that to recover the Hong Kong area (including Hong Kong Island, Kowloon and the New Territories, hereinafter referred to as Hong Kong) is the common aspiration of the entire Chinese people, and that it has decided to "resume" the exercise of sovereignty over Hong Kong with effect from 1 July 1997.
  28. ^ "On This Day: 1997: Hong Kong handed over to Chinese control". BBC. Dicapai pada 9 September 2008.
  29. ^ "Heritage". DiscoverHongKong. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-18. Dicapai pada 9 July 2008.
  30. ^ "Population by Ethnicity, 2001 and 2006". Census and Statistics Department, Hong Kong Government. Dicapai pada 9 September 2008.
  31. ^ Ash, Russell (2006). The Top 10 of Everything 2007. Hamlyn. m/s. p78. ISBN 0-600-61532-4. |pages= has extra text (bantuan)
  32. ^ "Aquilaria sinensis and origin of the name of Hong Kong". Hong Kong Herbarium. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 December 2017. Dicapai pada 21 November 2017.
  33. ^ Carroll 2007, halaman 1
  34. ^ "Geography and Climate, Hong Kong" (PDF). Census and Statistics Department, The Government of Hong Kong SAR. Dicapai pada 10 January 2007.
  35. ^ "Hong Kong". The World Factbook. CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-05-13. Dicapai pada 18 September 2009.
  36. ^ "Outdoor Adventure: Tours in Hong Kong". Hong Kong Tourism Board. 27 December 2006. Dicapai pada 1 February 2008.
  37. ^ a b "End of an experiment". The Economist. 15 July 2010. Dicapai pada 5 September 2010.
  38. ^ "2009 Index of Economic Freedom". The Heritage Foundation. Dicapai pada 19 January 2008.
  39. ^ "2008 Index of Economic Freedom". The Heritage Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-01. Dicapai pada 1 February 2008.
  40. ^ "Top 10 Countries". The Heritage Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-24. Dicapai pada 1 February 2008.
  41. ^ Bromma, Hubert (2007). How to Invest in Offshore Real Estate and Pay Little Or No Taxes. McGraw-Hill Professional. m/s. 161. ISBN 9780071470094.
  42. ^ Preston, Peter Wallace; Haacke, Jürgen (2003). Contemporary China: The Dynamics of Change at the Start of the New Millennium. Psychology Press. m/s. 80–107. ISBN 9780700716371.
  43. ^ Yeung, Rikkie (2008). Moving Millions: The Commercial Success and Political Controvesies of Hong Kong's Railways. Hong Kong University Press. m/s. 16. ISBN 9789622099630.
  44. ^ "The Global Financial Centres Index 1 Executive Summary" (PDF). City of London. 2007. m/s. 6. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-06-05. Dicapai pada 12 April 2007. Unknown parameter |month= ignored (bantuan)
  45. ^ "World Federation of Exchanges – Statistics/Monthly". World Federation of Exchanges. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-02-13. Dicapai pada 17 September 2010.
  46. ^ "Hong Kong IPOs May Raise Record $48 Billion in 2010, E&Y Says". Bloomberg. Dicapai pada 17 September 2010.
  47. ^ Hong Kong's Linked Exchange Rate System (PDF). Hong Kong Monetary Authority. m/s. 33. Dicapai pada 6 October 2010.
  48. ^ Tsang, Donald (18 September 2006). "Big Market, Small Government" (Siaran akhbar). Hong Kong Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-12-05. Dicapai pada 6 October 2010.
  49. ^ "Hong Kong's Export Outlook for 2008: Maintaining Competitiveness through Supply Chain Management". Hong Kong Trade Development Council. 6 December 2007. Dicapai pada 30 August 2010.
  50. ^ "HKDF – Has Hong Kong Lost its Competitiveness?". Hong Kong Democratic Foundation. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-19. Dicapai pada 14 November 2009.
  51. ^ Chan, Shun-hing; Leung, Beatrice (2003). Changing Church and State Relations in Hong Kong, 1950–2000. Hong Kong University Press. m/s. 24. ISBN 962-2096123.
  52. ^ "母語教學小冊子" (dalam bahasa Chinese). Education Bureau, Hong Kong Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-09. Dicapai pada 4 November 2009. Unknown parameter |trans_title= ignored (bantuan)CS1 maint: unrecognized language (link)
  53. ^ "Policy for Secondary Schools -Medium of Instruction Policy for Secondary Schools". Education Bureau, Hong Kong Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-11. Dicapai pada 4 November 2009.
  54. ^ "PISA 2006 Science Competencies for Tomorrow's World". Organisation for Economic Co-operation and Development. 2006. Dicapai pada 14 December 2007.
  55. ^ "Kindergarten, Primary and Secondary Education". Education Bureau, Hong Kong Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-01. Dicapai pada 1 February 2008.
  56. ^ "24 hours in Hong Kong: Urban thrills where East meets West". CNN. 8 March 2009. Dicapai pada 27 May 2009.
  57. ^ "Broadcasting: Licences". Commerce and Economic Development Bureau, Hong Kong Government. Dicapai pada 4 November 2009.
  58. ^ Li, Jinquan (2002). Global Media Spectacle: News War Over Hong Kong. State University of New York Press. m/s. 69–74. ISBN 9780791454725.

Pautan luar ڤاوتن لوار

sunting
Government
General reference
Travel