Hootoh Tudia ialah nama pena kepada pemilik laman sesawang Hootoh Blog. Beliau seorang yang sederhana dan realistik dalam sesuatu perkara yang dilakukan. Beliau gemar mendengar Lite Fm Radio dan mengikut info dari beberapa sumber mengatakan Hootoh Tudia merupakan seorang Guru.

Dalam dunia Blogger, Hootoh Tudia banyak menyumbangkan artikel mengenai Pendidikan di Malaysia'Teks tebal'. Beliau juga banyak berkongsi bahan-bahan pendidikan secara percuma di Hootoh Blog. Menurutnya, segala yang dilakukannya adalah ikhlas atas didikan ibu-bapa dan guru-guru yang pernah mengajar beliau dahulu.

Merujuk laman pengenalan diri, Hootoh merupakan Blogger separuh masa yang berasal dari Kuala Terengganu, Malaysia. Beliau sangat bangga kerana berjaya mengenali diri sendiri, oleh itu beliau menegaskan setiap sesuatu yang dilakukan adalah atas kehendak diri sendiri dan akan bertanggung jawab penuh atas perkara yang diputuskannya.