Datuk Haji Hormat bin Rafei (21 Jun 1923 – 31 Mei 2001) adalah mantan Menteri Besar Selangor dari 15 Mac 1976-3 Mei 1982 dari parti BN-UMNO.

Datuk Haji

Hormat bin Rafei
Menteri Besar Selangor
Dalam jawatan
1976–1982
Didahului olehHarun Idris
Digantikan olehAhmad Razali Mohd Ali
Butiran peribadi
Lahir(1923-06-21)21 Jun 1923
Hulu Langat, Selangor, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (kini Malaysia)
Meninggal dunia31 Mei 2001(2001-05-31) (umur 77)
Pusat Perubatan Subang Jaya
Tempat persemadianTanah Perkuburan Islam Kampung Seri Chee Ding, Banting
PasanganSulaimah Marji

Keluarga sunting

Isteri ialah Datin Sulaimah Marji dan meninggal pada 2007. Mereka mempunyai dua anak lelaki iaitu Mohammad Khair bin Hormat dan Abdul Malek bin Hormat. Beliau mempunyai enam anak lelaki dan dua anak perempuan.

Pada 12 Ogos 2008, Hakim Datuk Aziah Ali di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Mohammad Khair bin Hormat dan Abdul Malek bin Hormat mengosongkan banglo dua tingkat di alamat No. 25, Jalan Kedondong, Jalan Ampang Hilir sebagaimana perjanjian 16 Jun 2003 dan menyerahkannya kepada Datuk L. Krishnan yang membelinya pada harga RM1.5 juta. Krishnan, 86, adalah bekas pengarah filem yang menaikkan nama Tan Sri P. Ramlee ke dunia perfileman.Krishnan menguruskan syarikat memproses filem, Gayacolour Laboratory Sdn. Bhd telah diwakili oleh peguam Nicholas Netto.[1]

Politik sunting

Hormat Rafei adalah bekas kontraktor di Telok Datoh dan menyertai politik UMNO pada 7 September 1963. Seterusnya menang bertanding di Telok Datoh dalam Pilihan raya 1964 (?).[2]

Pada 19 Januari 1967, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ismail Nasiruddin Shah mengurniakan Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) kepada Y.B. Encik Hormat bin Rafei, Adun Telok Datoh[3].

Pada 1973, seramai 383 peneroka telah diberi tanah seluas 3 hektar untuk diusahakan kelapa sawit di Bukit Cherakah di bawah Pelan Revolusi Hijau. Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan berdasarkan dokumen diklasifikasi semula, status tanah Ladang Bukit Cherakah ditukar menjadi kawasan perumahan Bandar Alam Perdana.[4][5]

Menteri Besar Selangor sunting

Hormat Rafei dilantik menjadi Menteri Besar Selangor pada usia 52 tahun (15 Mac 1976 hingga 3 Mei 1982) setelah Datok Harun bin Idris dipecat dari UMNO ,ditangkap dan dipenjarakan kerana rasuah membabitkan Bank Rakyat dan lain-lain kes.Selepas pilihan raya 1964, Datuk Harun Idris selaku Menteri Besar Selangor ke-2, memimpin UMNO Selangor. Harun pernah dipilih sebagai Naib Presiden UMNO telah memimpin Selangor selama 12 tahun iaitu sehingga beliau meletakkan jawatan pada tahun 1976. Seterusnya UMNO Selangor diteruskan oleh Datuk Hormat Rafei apabila dilantik mengambil alih sebagai Menteri Besar Selangor ke-3.[6] Dalam buku 'Jatuh bangun seorang pejuang' oleh 'Raja Ahmad Niza Raja Bidin' mendedahkan tentang usul yang dibawa oleh pemangku Menteri Besar, Dato Hormat Rafei dan Lee Kim Sai bahawa Dewan Undangan Negeri Selangor tidak lagi percaya kepada kepimpinan Dato Harun Idris.[7]

Selepas beliau, diganti oleh adik ipar Mahathir Mohamad iaitu Ahmad Razali Mohd Ali. Ramai penyokong dan pemuda UMNO yang mahukan Haji Suhaimi Kamaruddin (39 tahun) menjadi menteri besar kerana beliau bersuara lantang , seorang peguam dan anak buah Harun sendiri.[8]

Selaku menteri besar, Hormat Rafei merasmikan Sekolah Bukit Badong, Bestari Jaya/Batang Berjuntai, Kuala Selangor pada 20 April 1976.[9] Pada 1 November 1980, Dato Haji Hormat Rafei juga merasmikan Sekolah Rendah Felda Sungai Buaya di Hulu Selangor.

Dalam Pilihan raya Julai 1978, beliau menang dan dipilih semula sebagai Menteri Besar dan terpilih sebagai Ketua UMNO Selangor.Dasar Perlombongan Bijih Timah Selangor telah diwartakan bagi mengawal aktiviti perlombongan di Selangor.[10]

Pada 12 Oktober 1980, isu dua buah kuari memecah batu di Batu Caves boleh menjejaskan gua kuil Hindu berusia 440 juta tahun. Lebih 860,000 penganut Hindu mengunjungi gua itu setiap tahun.Mereka mendesak agar kuari itu dihentikan bagi mengelakkan kemusnahan. Menteri Besar Hormat Rafei gagal memberikan alasan untuk lanjutan enam bulan lagi untuk aktviti kuari itu.[11]

Pada 25 Mac 1981, Timbalan Perdana Menteri , Dr Mahathir Mohamad mengadakan lawatan bersama ke Banting. Pada 31 Ogos 1981, DrMahathir Mohamad mengunjungi rumah Hormat Rafei sempena ulang tahun Kemerdekaan Malaysia. Pada 1981 juga, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah berkenan menganugerahkan Pingat sempena upacara Pengurniaan Pingat Ke-54 yang diadakan di Dewan Datuk Hormat Rafei dan berkunjung ke rumah Hormat Rafei. Hormat Rafei tidak terpilih menjadi calon dalam Pilihan raya 1982 sebagaimana Menteri Besar Johor, Othman Saat.[12]

Tan Sri Datuk Haji Mustapha Kamal Abdul Abu Bakar pengerusi Emkay pernah menjadi pegawai khas kepada Hormat Rafei.[13]

Meninggal dunia sunting

Pada 31 Mei 2001, beliau meninggal dunia setelah demam dan dimasukkan ke Subang Jaya Medical Center pada usia 77 tahun. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Chee Ding di Banting. [14] Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa Perhimpunan Agung UMNO 2001 mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Pada 26 Ogos 2003, Sultan Sharafuddin Idris Shah,Sultan Selangor melancarkan buku biografi 6 orang Menteri Besar Selangor bertajuk 'Jejak Juang 6 MB Selangor' iaitu Harun Idris,Hormat Rafei, Ahmad Razali Mohd Ali;Muhammad Haji Muhd Taib;Abu Hassan Omar dan Mohamad Khir Toyo.

Rujukan sunting

  1. ^ Anak bekas MB diperintah serah banglo kepada L. Krishnan
  2. ^ Who's who in Malaysia and guide to Singapore ,1979
  3. ^ Malaysia yearbook, 1967, hlm 407
  4. ^ Umno executive councillor’s company owned the Bandar Alam Perdana project that was eventually abandoned
  5. ^ hormat rafei
  6. ^ Kongres Melayu pertama di Kelab Sultan Sulaiman
  7. ^ 'Jatuh bangun seorang pejuang' oleh Raja Ahmad Niza,Raja Azam Raja Bidin dan Hussein Noor,Pustaka Zakry Abadi,1982
  8. ^ Asiaweek: Volume 5, 1979
  9. ^ Sejarah Sekolah Bukit Badong
  10. ^ 'Pembangunan dan alam sekitar di Malaysia: isu dan pengurusannya',oleh Sham Sani, Abdul Samad Abdul Hadi ,1990
  11. ^ Malaysian Conservation Day 1980 featuring Batu Caves on October 12, 1980[pautan mati kekal]
  12. ^ Southeast Asian affairs',Institute of Southeast Asian Studies,Institute of Southeast Asian Studies., 1983,
  13. ^ Mustapha Kamal Abdul Abu Bakar[pautan mati kekal]
  14. ^ EX-SELANGOR MB HORMAT RAFEI DIES.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Selangor
19761982
Penyandang Kemudian
Harun bin Idris Ahmad Razali Mohd Ali