Hornbostel–Sachs

Hornbostel–Sachs atau Sachs–Hornbostel ialah suatu sistem pengelasan alat muzik yang dirancang oleh Erich Moritz von Hornbostel dan Curt Sachs, dan pertama kali diterbitkan dalam Zeitschrift für Ethnologie pada 1914.[1] Terjemahan bahasa Inggeris diterbitkan dalam Galpin Society Journal pada 1961. Ini ialah sistem yang paling banyak digunakan untuk mengelaskan alat muzik dalam kalangan para ahli etnomusikologi dan organologi (pengkaji alat muzik). Sistem ini dikemas kini pada 2011 sebagai sebahagian daripada projek Projek Muzium Alat Muzik Dalam Talian (MIMO).[2]

Hornbostel dan Sachs mendasarkan idea mereka pada sistem yang dirancang pada akhir abad ke-19 oleh Victor-Charles Mahillon, kurator alat muzik di Brussels Conservatory. Mahillon membahagikan instrumen kepada empat kategori luas mengikut sifat bahan penghasil bunyian: lajur udara, tali, membran dan badan alat muzik. Berdasarkan asas ini, Hornbostel dan Sachs memperluas sistem Mahillon untuk memungkinkan untuk mengklasifikasikan instrumen daripada semua sistem budaya dunia.

Secara formal, Hornbostel–Sachs dimodelkan pada Pengelasan Perpuluhan Dewey yang digunakan di perpustakaan. Pengelasan alat ini mempunyai lima klasifikasi peringkat teratas, dengan beberapa tahap bahawan menjadikan jumalh kategori menjadi lebih 300 kategori asas.

Rujukan sunting

  1. ^ Jilid 46 (1914) Zeitschrift boleh didapati secara atas talian dalam pelbagai format, sebagai koleksi digital milik Universiti Toronto. Artikel Hornbostel-Sachs berada di muka surat 553–90.
  2. ^ Evénement. "MIMO Project – Musical Instrument Museums Online". Mimo-international.com. Dicapai pada 2018-11-20.