Hospital Cameron Highlands

(Dilencongkan dari Hospital Cameron Highland)

Hospital Cameron Highlands atau Hospital Sultanah Hajjah Kalsom merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Pahang, Malaysia. Hospital ini lebih dikenali sebagai Hospital Sultanah Hajjah Khalsom.

Hospital Cameron Highlands
Kerajaan
Geografi
LokasiCameron Highlands, Pahang,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Pautan
Laman sesawangLaman Web Rasmi Hospital Sultanah Hajjah Kalsom

Hospital Sultanah Hajjah Kalsom merupakan pusat kesihatan bagi penduduk di Cameron Highlands yang mula beroperasi sejak 1 Januari 2007. Hospital ini dibina dengan kos sebanyak RM112 juta dan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustain Billah Ibni Allmarhum Sultan Abu Bakar Riayatuddin Al-Mu’adzam Shah.

Hospital ini dibina bagi menggantikan kesihatan di Klinik Kesihatan Cameron Highlands yang terletak di tengah-tengah kawasan Pekan Tanah Rata. Hospital Sultanah Hajjah Kalsom menyediakan kemudahan 76 buah katil bagi rakyat di Daerah Cameron Highlands. Ia turut menyediakan perkhidmatan pesakit luar, kemudahan wad, dewan bedah dan perkhidmatan Fisioterapi juga turut disediakan di sini. Terdapat juga rancangan untuk menyediakan kemudahan perkhidmatan Hemodialisis dalam masa yang terdekat.

Alamat sunting

Hospital Cameron Highlands
39000 Tanah Rata
Pahang,
Malaysia

Pautan luar sunting