Hospital Daro merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Sarawak, Malaysia. Ia adalah merupakan salah satu daripada rangkaian hospital kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia dan merupakan hospital Daerah Tanpa Pakar yang terletak di bahagian Mukah, Sarawak. Hospital ini mempunyai jumlah katil rasmi sebanyak 46 katil. Mula beroperasi pada tahun 1994 dan menawarkan pelbagai perkhidmatan perubatan dan kesihatan untuk penduduk terutamanya di sekitar daerah Daro dan Matu.

Hospital Daro
Kerajaan
Geografi
LokasiDaro, Sarawak,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Katil46 (68 keseluruhan)
Pautan
Laman sesawangLaman Web Rasmi Hospital Daro

Sebelum penubuhan hospital yang ada sekarang, penduduk Daro telah mendapat kemudahan perkhidmatan perubatan dan kesihatan daripada sebuah Klinik Desa (1963) yang kemudiannya telah dinaiktaraf menjadi Pusat Kesihatan Daerah Daro (1991).

Sejarah sunting

Hospital Daro mula dibina pada bulan Februari 1991 di atas tapak yang terletak di Jalan Itol. Ia terletak sekitar 3 km dari Pekan Daro. Pada jangkaan awalnya, kerja-kerja pembinaan hospital ini dijangka siap pada bulan Disember 1992 tetapi disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan, maka pembinaannya terpaksa ditangguhkan beberapa kali dan akhirnya siap pada bulan September, 1994.

Hospital Daro mula beroperasi pada 27 November 1994, walaupun ia belum dibuka secara rasmi ketika itu.

Perkhidmatan yang ditawarkan sunting

Hospital Daro menawarkan beberapa perkhidmatan seperti perkhidmatan klinikal,perkhidmatan patologi, kecemasan & trauma, dewan Bedah/CSSU, hemodialisis.

Selain itu ketika mula beroperasi, Hospital Daro turut memiliki 68 katil rasmi untuk rawatan pesakit dalam, 46 katil di wad umum, dan masing-masing enam katil bagi wad bersalin dan wad kanak-kanak.

Alamat sunting

Hospital Daro
Jalan Itol
96200 Daro
Sarawak

Tel:+6084-823620,823621
Fax:+6084-823624

Laman Web sunting

http://hdaro.moh.gov.my