Hospital Ebara

hospital di Jepun

Hospital Ebara (Jepun: 荏原病院) ialah sebuah hospital di Tokyo, Jepun. Ia mempunyai 506 katil pesakit dan dikendalikan oleh Koperasi Kesihatan dan Hospital Metropolitan Tokyo (Tokyo Metropolitan Health and Hospitals Corporation).[1]

Hospital Ebara
Pintu masuk Hospital Ebara
Geografi
LokasiŌta, Tokyo, Jepun
Koordinat35°35′39″N 139°41′36″E / 35.5941°N 139.6934°E / 35.5941; 139.6934Koordinat: 35°35′39″N 139°41′36″E / 35.5941°N 139.6934°E / 35.5941; 139.6934
Perkhidmatan
HelipadYes
Katil506
Sejarah
Diasaskan1898
Pautan
Laman sesawangwww.ebara-hp.ota.tokyo.jp

Sejarah sunting

Hospital ini ditubuhkan pada bulan Julai tahun 1898.[1]

Selama pandemik coronavirus 2020, Hospital Ebara telah menerima pelarian Jepun pertama dari Wuhan, China, yang menunjukkan gejala penyakit ini.[2] Hospital ini memiliki bilik dengan sistem pengudaraan tekanan udara negatif yang dirancang untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit.[3]

Akses sunting

Hospital Ebara dapat dicapai dengan mengambil Laluan Tokyu Ikegami di stesen Ishikawadai dan berjalan kaki selama lebih kurang 13 minit atau di stesen Senzoku-Ike dan berjalan kaki Selama lebih kurang 10 minit. Oleh kerana hospital ini terletak berhampiran Lapangan Terbang Haneda, ia sering memberi rawatan kepada mereka yang pulang dari luar negara. Ia dilengkapi khas untuk menguruskan penyakit berjangkit.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Hospital Overview" (dalam bahasa Inggeris). Ebara Hospital. Dicapai pada 7 May 2020.
  2. ^ "1st Japanese back from Wuhan; 5 taken to hospital with signs of flu". The Asahi Shimbun (dalam bahasa Inggeris). 29 Januari 2020.
  3. ^ "Japanese nationals evacuated from Wuhan describe fear in virus epicenter". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 29 Januari 2020.

Pautan luar sunting