Hospital Kapit merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Sarawak, Malaysia.[1]

Hospital Kapit merupakan sebuah hospital daerah umum dan dilengkapi dengan kemudahan rawatan luar dan wad dengan memiliki 134 katil.

==Sejarah ==Hospital Kapit telah dibina pada 1958 oleh pihak missionary sebelum diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1974 dan pernah menjadi hospital yang sangat popular pada masa itu sehingga ramai pesakit dari daerah lain seperti Kuching, Miri dan Sibu mendapatkan rawatan di situ.[2]

Kementerian Kesihatan pernah melakukan beberapa kerja naik taraf Hospital Kapit seperti Unit Kecemasan pada 2010, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan stor ubat pada 2011 serta dapur dan wad ‘paediatric isolation’ pada 2012.

Selain itu, bagi perkhidmatan pakar, Hospital Kapit turut menerima lawatan secara berkala daripada pegawai perubatan pakar dalam bidang perubatan umum, pembedahan umum, otorinolaringologi, oftalmologi, ortopedik dan psikiatri.

Jarak masa yang diperlukan untuk menghantar pesakit dari Hospital Kapit ke Hospital Sibu memakan masa tiga jam perjalanan menggunakan bot. Buat masa ini Hospital Kapit mempunyai bilangan katil sebanyak 135 buah dan antara hospital yang memberi khidmat perubatan untuk kawasan pedalaman tanpa dihubungi jalan raya.[3]

Alamat sunting

Hospital Kapit
Jalan Hospital
96800 Kapit
Sarawak
No. Telefon : 084-796333
No. Fax : 084-796136