Hospital Sultanah Nur Zahirah

(Dilencongkan dari Hospital Kuala Terengganu)

Hospital Sultanah Nur Zahirah atau juga dikenali sebagai Hospital Besar Kuala Terengganu merupakan sebuah hospital yang terletak di Kuala Terengganu, Terengganu. Ia ditukar namanya dari Hospital Kuala Terengganu kepada Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu (HSNZKT) pada 2 Disember 2006 dan telah dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Mizan Zainal Abidin.

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Hospital Besar Kuala Terengganu
Kerajaan
Bangunan Hospital Sultanah Nur Zahirah
Geografi
LokasiKuala Terengganu, Terengganu,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Katil821[1]
Sejarah
Diasaskan ()
Pautan
Laman sesawangHospital Sultanah Nur Zahirah

Sejarah sunting

Hospital Sultanah Nur Zahirah mula berkhidmat pada awal 1920-an dan terletak di Bandar Kuala Terengganu berhampiran dengan Pantai Batu Buruk yang meliputi kawasan seluas 21.09 hektar. Kerja membina dan menyiapkan cerucuk telah siap pada bulan Julai 1982. Hospital Besar Kuala Terengganu mula dibina oleh Syarikat Pembenaan Yeoh Tiong Lay Wilma J.V. dengan harga kontrak $92.4 juta pada tarikh memilik tapak iaitu 24 November 1983. Ia telah siap dibina oleh syarikat tersebut dan diserahkan kepada pihak kerajaan pada 31 Disember 1985, lebih awal berbanding tarikh asal dijadualkan siap iaitu 23 Mei 1986. Pesakit-pesakit daripada hospital lama Terengganu telah dipindahkan ke hospital baru pada 29 Januari 1986. Pada tahun 1986, hospital tersebut mempunyai 1177 orang kakitangan.[2] Ia telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah Ibni Al-Marhum Tuanku Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah pada 30 April 1986.

Alamat sunting

Hospital Sultanah Nur Zahirah
Jalan Sultan Mahmud
20400 Kuala Terengganu

Galeri sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia
  2. ^ Buku Panduan Hospital Besar Kuala Terengganu

Pautan luar sunting