Buka menu utama


Hospital Mount Elizabeth dan Medical Centre merupakan hospital swasta yang terletak di Jalan Mount Elizabeth, Orchard, Singapura. Ia bermula pada 1976 dan dibuka secara rasmi pada 8 Disember 1979.

Hospital Mount Elizabeth
Parkway Pantai
Mount Elizabeth Medical Centre 2, Oct 06.JPG
Geografi
Lokasi3 Jalan Mount Elizabeth, Singapura
Organisasi
Sistem penjagaanSwasta
Perkhidmatan
PiawaianJoint Commission International
Jabatan kecemasanYa
Katil345
Sejarah
Diasaskan8 Disember 1979
Pautan
Laman sesawangwww.mountelizabeth.com.sg

Hospital ini hasil usaha usahawan Singapura dan Indonesia dan telah mendapat ISO 9000:2002. Parkway Holdings memiliki Hospital East Shore , Hospital Gleneagles dan Hospital Mount Elizabeth . Syarikat ini menyediakan peralatan kesihatan dan hospital di Singapura dan Malaysia, India dan Brunei. Pada 13 September 2005, Pakrway turut menguasai 22.5 % (RM311.58 juta) saham Hospital Pantai di Kuala Lumpur.Kemudian Parkway mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada pembelian semula saham Pantai oleh Khazanah Nasional. [1]

Pada 2009, Sultan Ismail Petra ibni al-Marhum Sultan Yahya Petra turut mendapat rawatan di sini setelah mendapat serangan jantung. Selain daripada itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan yang dikesan di peringkat awal di pankreas pada 12 Julai 2018 dan mendapat rawatan susulan selama sebulan.[2]


RujukanSunting