Hospital Pakar Tawakkal

Hospital Pakar Tawakkal KPJ merupakan sebuah hospital pakar swasta yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Hospital Pakar Tawakkal KPJ telah ditubuhkan pada tahun 1984 dengan bilangan katil sebanyak 66 buah katil.

Sejak itu, Hospital Pakar Tawakkal KPJ semakin berkembang dan pada 2010 telah membuka satu bangunan baru sebagai tambahan pada bangunan sedia ada.

Pada masa kini, Hospital Pakar Tawakkal KPJ telah dikhususkan sebagai hospital pusat pembedahan orthopaedik dengan kemudahan Teater Pembedahan Digital yang pertama beroperasi di Malaysia.


Pautan luarSunting