Hospital Penyakit dan Kecederaan Ajaib St. Mungo

tempat dalam Harry Potter
Hospital St Mungo
Lokasi London
Pemilik Tidak diketahui (Kemungkinan Kementerian Sihir)
Perkaitan Tiada
Penduduk Tetap Gilderoy Lockhart, Frank dan Alice Longbottom serta yang lain
Kemunculan pertama dalam Harry Potter Harry Potter dalam Kumpulan Phoenix

Hospital Penyakit dan Kecederaan Ajaib St. Mungo merupakan tempat rekaan dalam siri Harry Potter. Hospital Penyakit dan Kecederaan Ajaib St. Mungo merupakan hospital bagi masyarakat penyihir di Britain. Pengubat disana tidak dipanggi doktor tetapi dikenali sebagai Penyembuh dan mereka memakai jubah berwarna hijau limau. Untuk menjadi seorang Penyembuh, pelajar Hogwarts haruslah mempunyai U.S.S.M. dengan sekurang-kurangnya gred B (Baik, gred kedua tertinggi) dalam subjek Transfigurasi, Posyen, Mantera, Herbologi dan Pertahanan Terhadap Ilmu Hitam. Kemungkinan, mereka harus menghadiri Sekolah Penyembuh juga.

Hospital yang ni diasaskan oleh Penyembuh Mungo Bonham ini, St Mungo terletak di London. Untuk memasuki premis ini, seseorang haruslah melangkah masuk melalui tingkap pasar raya terbiar yang dipanggil Purge and Dowse Ltd. Ini adalah pintu masuk ajaib ke dalam hospital tersebut seperti juga di Stesen Kereta Api King's Cross iaitu di Platform 9¾. Dari luar, hospital itu kelihatan kotor dengan bata merah yang sangat berlainan dengan apa yang di dalam yang memang sangat bersih dan seperti apa hospital yang hospital sepatutnya tampilkan. Hospital tersebut mempunyai enam tingkat:

  • Tingkat Bawah. Bahagian Pertanyaan (terdapatnya ahli sihir perempuan yang gempal dan berambut perang) dan Kemalangan Artifak
  • Tingkat 1. Kecederaan Disebabkan Haiwan
  • Tingkat 2. Serangga Ajaib
  • Tingkat 3. Racun Posyen dan Tumbuhan
  • Tingkat 4. Kerosakan Sihir
  • Tingkat 5. Bilik Rehat Pelawat/Kedai Hospital

St Mungo diasaskan oleh Mungo Bohnam, Penyembuh terkenal, pada 1600-an. Tidak diketahui tarikh yang sebenar dan lambang St Mungo adalah tongkat sakti disilangkan dengan tulang.

Templat:Spoiler

Harry Potter pertama kali memasuki St. Mungo selepas Arthur Weasley diserang oleh seekor ular (yang disaksikan Harry dalam tidurnya). Watak yang pernah dihantar ke St Mungo termasuklah:

Derma Lucius Malfoy (kemungkinan rasuah) kepada hospitalSt Mungo telah membantunya memperoleh pengaruh yang kuat di Kementerian Sihir dan Cornelius Fudge.

Mungo Bohnam mungkin dinamakan sempena Saint Mungo (juga dikenali sebagai Kentigern), yang merupakan santo penaung Glasgow [1]. "Mungo" juga bermaksud "yang disayangi" atau "sayang". Dia dikatakan biskop pertama Scotland. Menurut beberapa cerita tentangnya, ibunya yang sedang sarat mengandung diabaikan oleh keluarganya sejak kelahirannya. Tema sebegini turut ditemui dalam cerita Harry Potter iaitu kisah Merope, ibu Voldemort, yang dibuang keluarganya.

Rujukan sunting

  1. ^ Source: Pocket Dictionary of Saints, diterbitkan oleh Image Books, 1983.