Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim

Hospital kerajaan di Kulai, Johor, Malaysia

Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim atau biasanya disebut sebagai Hospital Kulai merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Daerah Kulai, Johor, Malaysia.

Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim
Hospital Kulai
Kerajaan
Geografi
LokasiKulai, Johor,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Katil93 [1]
Pautan
Laman sesawangLaman web rasmi HTSMTI (laman web bermasalah buat masa ini)

Sejarah sunting

Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim telah dirasmikan pada 26 April 1997 oleh Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail telah berkenan untuk merasmikan hospital tersebut yang terletak di Kulai, Johor. Pembinaan hospital tersebut menggunakan konsep nuklues dan menelan belanja sebanyak RM 37.5 juta. Kewujudan hospital ini diharap dapat membantu menampung peningkatan pesakit yang tinggi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Selain itu, pembinaan hospital tersebut di daerah Kulaijaya diharap akan dapat membantu meningkatkan taraf kesihatan penduduk di kawasan berkenaan.[2]

Alamat sunting

Hospital Temenggung Seri Maharaja Tun Ibrahim
81000 Kulai
Johor Darul Takzim,
Malaysia

Rujukan sunting

Pautan luar sunting