Hospital Tengku Anis

Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh (HosTA) merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kelantan, Malaysia. Ia dinamakan sempena Duli Yang Maha Mulia Tengku Anis Binti Tengku Abdul Hamid, Raja Perempuan Kelantan pada tahun 2000. Pembinaan hospital daerah untuk menampung keperluan pesakit yang semakin bertambah.

Hospital Tengku Anis
Awam
Pasir Puteh, Kelantan
Organisasi
PembiayaanKementerian Kesihatan Malaysia
JenisHospital daerah
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanAda
Pautan luar
Portal perubatan
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

HosTA menjadi pusat rawatan tahap kedua (Secondary Treatment Center), pusat rujukan bagi Klinik Kesihatan/Poliklinik Komuniti (KK/PKK), Klinik Desa (KD), Pusat Perubatan Angkatan Tentera (PPAT) di Pangkalan Udara Gong Kedak, Pengamal Perubatan Swasta dan lain-lain fasiliti kesihatan awam dan swasta yang terdapat di daerah Pasir Puteh, Kelantan. Bagi kes yang memerlukan rawatan pakar atau rawatan lanjut akan dirujuk ke pusat rawatan tahap ketiga (Teritiary Treatment Center) di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) atau Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM).

Pautan luar

sunting