Hospital Tuanku Ja'afar

hospital di Malaysia

Hospital Tuanku Jaafar atau juga dikenali sebagai Hospital Seremban merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia merupakan hospital rujukan bagi Negeri Sembilan.

Hospital Tuanku Ja'afar
Hospital Seremban
Kerajaan
Geografi
LokasiSeremban, Negeri Sembilan,  Malaysia
Organisasi
PembiayaanKerajaan
JenisAwam
Perkhidmatan
Jabatan kecemasanYa
Katil1143
Sejarah
Diasaskan ()
Pautan
Laman sesawanghttp://jknns.moh.gov.my/htjs//V2/

Hospital Tuanku Jaafar terletak sekitar 80 kilometer selatan Kuala Lumpur. Batu asas Hospital Tuanku Jaafar diletakkan oleh Y.B. Encik Bahaman bin Samsudin, Menteri Kesihatan pada 5 November 1966. Ia diisytiharkan dibuka oleh DYMM Tuanku Ja'afar Al-Haj AL-Marhum Tuanku Abdul Rahman pada 29 Mac 1969.

Hospital Tuanku Jaafar terdiri daripada bangunan setinggi 8 tingkat dan terletak di Bukit Rasah, Seremban menduduki kawasan seluas 212 ekar. Ia dilengkapi dengan 1143 katil dan 20 pakar kesihatan dan pelbagai khidmat sokongan.

Alamat sunting

Hospital Tuanku Jaafar
Jalan Rasah
70300 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus,
Malaysia

Pautan luar sunting