Hospital Tumpat
Hospital Tumpat merupakan sebuah hospital kerajaan yang terletak di Kelantan, Malaysia. Hospital ini telah dirasmikan oleh Sultan Yahya Petra ibni al-Marhum Sultan Ibrahim dan mula beroperasi sebagai hospital daerah tanpa pakar[1] pada 24 Ogos 1984. Pakar perubatan mula ditempatkan di hospital ini setelah inisiatif Hospital Kluster dilaksanakan di Negeri Kelantan pada tahun 2017.
Lokasi | Tumpat, Kelantan, Malaysia |
---|---|
Pembiayaan | Kerajaan Malaysia |
Jenis hospital | Hospital Awam |
Jabatan kecemasan | Ya |
Diasaskan | 1984 |
Senarai | Hospital di Malaysia |
Sehingga tahun 2021 terdapat 10 perkhidmatan klinik pakar yang ditawarkan di Hospital Tumpat iaitu:
- Klinik Perubatan
- Klinik Respiratori (Dada)
- Klinik Penyakit Berjangkit
- Klinik Pediatrik
- Klinik Obstetrik & Ginekologi
- Klinik Dermatologi (kulit)
- Klinik Ortopedik
- Klinik Oftalmologi
- Klinik Pembedahan
- Klinik EPAS (Early Pregnancy Assesment Service)
Hospital Tumpat mempunyai wad infeksi yang dilengkapi 4 bilik tekanan negatif dan 6 bilik isolasi untuk rawatan kes penyakit berjangkit seperti TB, HIV,Hepatitis, denggi, leptospirosis dan lain-lain. Pada tahun 2020 Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengisytiharkan Hospital Tumpat sebagai salah satu hospital Covid-19 di Negeri Kelantan bagi tujuan merawat pesakit-pesakit covid-19 yang semakin bertambah[2].
Alamat sunting
Hospital Tumpat
Jalan Kelaburan
16200 Tumpat
Kelantan Darul Naim
Malaysia
Waktu Melawat Pesakit sunting
Waktu melawat pesakit setiap hari termasuk Cuti Umum ialah:
SESI LAWATAN | TEMPOH WAKTU |
---|---|
Sesi 1 | 12.30 tengah hari - 2:00 petang |
Sesi 2 | 4.30 petang - 7:00 petang |