Hossein Sheikholeslam

Hossein Sheikholeslam (Bahasa Parsi: حسین شیخ‌الاسلام‎; 29 November 1952 - 5 Mac 2020) adalah ahli politik dan diplomat konservatif Iran yang pernah menjadi penasihat kepada Menteri Luar Negeri Javad Zarif.[1][2] Beliau juga merupakan ahli Parlimen Ketujuh di Iran.[3] Dan sebelumnya berkhidmat sebagai Duta Iran ke Syria.[4]

Hossein Sheikholeslam
Hossein Sheikholeslam pada 2020
Ahli Parlimen Iran
Dalam jawatan
28 Mei 2004 – 28 Mei 2008
Kawasan pilihan rayaTehran, Rey, Shemiranat and Eslamshahr
Majoriti524,568 (26.60%)
Duta Iran ke Syria
Dalam jawatan
Julai 1998 – 31 Oktober 2003
PresidenMohammad Khatami
Didahului olehMohammad Hassan Akhtari
Digantikan olehMohammad Reza Bagheri
Butiran peribadi
LahirHossein Sheikholeslam
29 November 1952
Isfahan, Iran
Meninggal dunia5 Mac 2020(2020-03-05) (umur 67)
Tehran, Iran
Sebab kematianCOVID-19
KerakyatanIran
Parti politikMasyarakat Jurutera Islam
Sekutu gabungan
politik lain
Suara Negara (2012, 2016)
Gabungan Prinsip Meluas (2008)
Perikatan Pembina Iran Islam (2004)
Pelajar Islam Pengikut Barisan Imam (1979–1981)
Alma materUniversiti Shahid Beheshti
Universiti California, Berkeley

Sheikholeslam adalah Penolong kepada Yang Di-Pertua Parlimen Ali Larijani untuk Hal Ehwal Antarabangsa. Sheikholeslam adalah salah seorang pelajar/militan yang menahan tebusan Amerika Syarikat semasa krisis tebusan Iran.[5]

Semasa wabak COVID-19 di Iran pada 2020, beliau dijangkiti oleh penyakit itu.[6] Beliau meninggal dunia akibat dari jangkitan itu pada 5 Mac, 2020.[7][8]

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-04-06. Dicapai pada 2020-03-07.
  2. ^ "شیخ الاسلام مشاور وزیر خارجه شد" (dalam bahasa Parsi). Yjc.ir. Dicapai pada 6 Mac 2020.
  3. ^ FA Wikipedia
  4. ^ "Kharrazi in Damascus for foreign ministers meet of Iraq neighbors". www.globalsecurity.org (dalam bahasa Inggeris).
  5. ^ "Analysis: Iran Sends Terror-Group Supporters To Arafat's Funeral Procession". RadioFreeEurope/RadioLiberty (dalam bahasa Inggeris).
  6. ^ "Former advisor to Zarif latest Iranian official to be infected by coronavirus". Al Arabiya English (dalam bahasa Inggeris). 3 Mac 2020. Dicapai pada 4 Mac 2020.
  7. ^ "دیپلمات سابق ایران بر اثر ابتلا به کرونا درگذشت؛ حال فاطمه رهبر «وخیم» اعلام شد". (Radio Farda) رادیو فردا (dalam bahasa Parsi). Dicapai pada 5 Mac 2020.
  8. ^ "Senior Iranian official and former advisor to Zarif dies of coronavirus". Al Arabiya English (dalam bahasa Inggeris). 5 Mac 2020. Dicapai pada 6 Mac 2020.

Pautan luar sunting