Hotel Sacher merupakan hotel yang bertaraf lima bintang di Innere Stadt, Vienna, Austria. Istimewanya hotel ini kerana Sachertorte, sebuah kek cokalat bersama aprikot manis. Terdapat juga galeri seni yang diukir sejak abad ke-19. Hotel ini terletak berhampiran dengan kediaman Antonio Vivaldi. Hotel ini juga berdekatan dengan Rumah Opera Vienna.

Pintu masuk utama hotel.

Hotel Sacher merupakan ahli The Leading Hotels of the World.

Sejarah sunting

Hotel ini ditubuhkan pada tahun 1876 dengan nama maison meublée di tapak perobohan Theater am Kärntnertor yang diperintahkan oleh Eduard Sacher (1843–1892). Bapa beliau, Franz Sacher (1816–1907) seorang terkenal kerana mencipta Sachertorte, untuk para tetamu Canselor Negeri Austria Klemens von Metternich pada 1832. Eduard Sacher membuka restoran pertamanya Kärntner Straße pada 1873.

Pada 1880, beliau berkahwin dengan Anna Sacher née Fuchs (1859–1930), yang kemudian menjadi pengurus restoran selepas kematian beliau. Di bawah pengurusan beliau, Hotel Sacher menjadi salah satu hotel terbaik di dunia, di mana para bangsawan dan juga diplomat singah di situ. Selepas Perang Dunia Pertama, Anna Sacher mengekalkan reputasi kelas teratas hotel dan menafikan perkhidmatan hanya kepada tetamu keturunan bangsawan, dan pada masa yang sama, beliau juga bermurah hati memberikan juga kepada para rakyat biasa. Kewangan hotel kemudian mengalami masalah kewangan dan kemudian menjadi muflis, beliau terpaksa mengundur diri dan bertukar pengurus lain pada 1930an.[1]

Pada 1934, bisnes hotel diambil alih oleh keluarga Gürtler di bawah nama syarikat "Eduard Sacher GmbH & Co OHG" dan bangunan terpaksa diubahsuai dengan lebih meluas. Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, Pihat Berikat menduduki Austria seperti Jerman dan dibahagikan empat kuasa besar. Vienna sama seperti Berlin dibahagi sama juga dengan empat zon kuasa besar. Ketika pendudukan British, mereka menggunakan hotel ini sebagai ibu pejabat mereka seperti yang muncul dalam filem arahan Carol Reed, The Third Man

Sejak 1989, keluarga Gürtler juga memiliki bekas hotel Österreichischer Hof di Salzburg dan dibuka semula dengan nama Hotel Sacher Salzburg. Hotel Sacher Vienna menambah satu tingkat khusus untuk spa pada tahun 2005 dan 2006. Sajian Sachertorte sentiasa disediakan di restoran hotel.

Tetamu istimewa hotel ini bukan sahaja Maharaja Franz Joseph tetapi juga Raja Edward VIII dan Wallis Simpson, Ratu Elizabeth II dan Putera Philip, Putera Rainier III dan Grace Kelly, Presiden John F. Kennedy dan banyak lagi. Disebabkan hotel ini berdekatan dengan rumah opera, Hotel Sacher sentiasa popular di kalangan artis termasuk Herbert von Karajan, Leonard Bernstein, Leo Slezak, Plácido Domingo, José Carreras dan Rudolf Nureyev. Pada 31 Mac 1969, John Lennon dan Yoko Ono telah menyampaikan satu persidangan untuk mengeluarkan album mereka, "Bagism" di dalam Hotel Sacher.

Catatan sunting

  1. ^ Campbell and Cotter, p. 33.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting