Ogar Poland

baka anjing dari Poland
(Dilencongkan dari Hound Poland)

Ogar Poland[a] ialah satu baka anjing pemburu yang asli di Poland.[1][2] Ogar Poland mempunyai deria bau tajam. Deria kuat ini yang tergabung dengan ketahanan yang diperlukan untuk berburu di persekitaran mencabar membawa kepada penggunaannya dalam perburuan sementara reputasinya menjadikannya popular dalam kalangan bangsawan Poland.

Ogar Polish
Negara asalPoland
Anjing (Canis lupus familiaris)

Sejarah sunting

Sebutan pertama bagi ogar Poland ditemukan dalam buku The beginnings of the natural history and farming of the national domestic and wild animals karya Krzysztof Kluk (1779).[3] Menurut para sejarawan, ogar Poland berkembang melalui pembiakbakaan silang antara anjing pemburu darah (anjing pemburu Santo Hubert) yang diimport ke Poland pada Zaman Pertengahan dengan anjing-anjing pemburu tempatan. Jan Szytier (1819) menulis tentang "ogar Poland" dan "anjing pemburu Poland" dalam karya beliau "Panduan Perburuan" (Poradnik Myśliwych).[4] Perang Dunia Kedua menyebabkan kemerosotan populasi ogar Poland. Percubaan untuk memulihkan baka ini membawa kepada kebangkitan dua jenis: bertulang ringan (dibiakbakakan oleh Kolonel Józef Pawłusiewicz) dan bertulang berat (dibiakbakakan oleh Kolonel Piotr Kartawik). Yang bertulang berat diiktiraf oleh FCI sebagai "Ogar Polski" pada tahun 1966.[4]

Perihal sunting

 

Ogar Poland mencapai ketinggian 55–65 sentimeter (22–26 in). Jantannya berukuran seberat 25–32 kg (55–71 lb) sementara betinanya pula seberat 20–26 kg (44–57 lb).

Ciri dan perangai sunting

 
Ogar Poland di Rusia dengan bangkai babi hutan

Ogar Poland memiliki jangka hayat sekitar 13 hingga 14 tahun.[5]Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan] Sebagai baka bersaiz sederhana, ogar Poland kerap diperihalkan sebagai anjing kuat dan anggun dengan struktur tulang berkuasa.[6] Pewarnaan anjing-anjing ini kerap terdiri daripada gabungan belah bawah perang dan hitam di atas yang menganjur dari leher ke ekor. Baka ini mempunyai lapis bulu ganda tebal, yang memastikan sifat tahan air pada lapisan kulit luar dan lapisan kulit bawah. Suara ogar Poland kerap disebut sebagai suara bergema dan murni[7] yang menjadikannya anjing pemburu unggul. Ogar Poland matang dengan perlahan. Ogar Poland yang cerdas dan mudah dilatih terkenal sebagai haiwan tenang, mesra, dan anjing peliharaan hebat. Dengan keramahan sesama baka lain dan kesetiaan, anjing ini juga kuat melindungi tanahnya. Tidak ada pendapat jelas tentang kesesuaiannya sebagai anjing pengawal. Ramai berhujah bahawa sifat perlindungan wilayahnya menjadikannya sesuai untuk pertahanan menentang penceroboh, sementara yang lain menyatakan bahawa sifat pasifnya menjadikannya tidak berbahaya kepada orang baharu. Sebagai anjing yang tahan lasak terhadap persekitaran oleh sebab asal usul kegunaannya, ogar Poland cepat menyesuaikan diri kepada persekitaran baharu.

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: اوݢر ڤولند; Poland: ogar polski; bahasa Inggeris: Polish hound

Rujukan sunting

  1. ^ Gino Pugnetti, Elizabeth Meriwether Schuler. Simon & Schuster's guide to dogs (Inggeris). Simon & Schuster. 1980. hlm. 145.
  2. ^ Bonnie Wilcox, Chris Walkowicz. Atlas of dog breeds of the world (Inggeris). TFH Publications. 1995. hlm. 681
  3. ^ "FCI-Standard N° 52 OGAR POLSKI (Polish Hound)" [Piawaian FCI No. 52 Ogar Poland] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Disemak oleh Renée Sporre-Willes. 27 Mei 2015. Dicapai pada 20 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  4. ^ a b Ria Hörter. "New Dog Breeds – Recognized by The FCI. Gończy Polski (Polish Hunting Dog)" (Inggeris). The Canine Chronicle. Oktober 2013. hlm. 196–199.
  5. ^ "Polish Hound" (dalam bahasa Inggeris). The Sarah's Dogs Website. 12 April 2012. Dicapai pada 20 Disember 2023.
  6. ^ "Polish Hound (Ogar Polski)" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Mac 2016. Dicapai pada 20 Disember 2023.
  7. ^ "Polish Hounds" (dalam bahasa Inggeris).

Bibliografi sunting

  • "Polish Hound (Ogar Polski)." Elite-Pets. N.p., n.d. Web. 18 Feb. 2013
  • "Polish Hound." The Furry Critter Network. Bryntel Technologies, n.d. Web. 05 Feb. 2013.
  • "Polish Hound." Sarahs Dogs. The Sarah's Dogs Website, 12 Apr. 2012. Web. 05 Feb. 2013.
  • "Polish Hound." United Kennel Club: Polish Hound. United Kennel Club, Inc., n.d. Web. 05 Feb. 2013.
  • "Polish Hounds." GotPetsOnline.com. GotPetsOnline.com, 18 Feb. 2013. Web. 21 Feb. 2013.