Howitzer M198 adalah sebuah artileri tunda bersaiz sederhana yang dibangunkan untuk kegunaan Tentera Darat Amerika Syarikat dan Kor Marin. Ia boleh digugurkan menggunakan payung terjun atau diangkut dengan menggunakan helikopter CH-53E Super Stallion atau CH-47 Chinook. M198 diatur gerak di dalam kor - dan unit artileri medan tentera darat yang berasingan, selain di dalam batalion artileri ringan dan divisyen udara. Ia juga memberi tembakan artileri medan bagi menyokong serangan darat.

Howitzer M198
Howitzer M198 155 mm melakukan tembakan.
JenisHowitzer tunda
Tempat asalAmerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1979 - kini
Digunakan olehTentera Darat A.S., Kor Marin, Tentera Darat Australia, Tentera Darat Diraja Thai, Angkatan Tentera Lebanon, Angkatan Tentera Honduras
Sejarah pengeluaran
Direka1968-1977
PengeluarRock Island Arsenal (AS)
Kos unitAS$527,337
Dihasilkan1978-1992
Jumlah dibina1600+
Spesifikasi
Berat7,154 kg (15,772 lb)
Panjang11 m (36 kk 2 in) dalam kedudukan menembak; 12.3 m (40 kk 6 in) dalam kedudukan tunda
Lebar2.8 m (9 kk 2 in) dalam kedudukan tunda
Tinggi2.9 m (9 kk 6 in) dalam kedudukan tunda
Krew9 orang

Kaliber155 mm
Kadar tembakan4 butir/min maksima; 2 butir/min tahanan
Jarak tembakan maksimum22,400 m (14 batu) dengan peluru konvensional; 30,000 m (18.6 batu) dengan dorongan roket

Penggunaan M198 kini sedang digantikan dengan BAE Systems Global Combat Systems howitzer ultra ringan M777. M198 juga digunakan oleh Tentera Darat Australia [1] dan Tentera Darat Pakistan.[2]

Pengguna sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "M198 155mm". Australian Government Departmend of Defence. Dicapai pada 12 December 2009.
  2. ^ "M198 - 155 mm Howitzer". Islamic Republic of Pakistan, PakDef Military Consortium. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-19. Dicapai pada 12 December 2009.

Pautan luar sunting