Hubungan Australia–Malaysia

Hubungan Malaysia - Australia senantiasa turun naik tetapi tidaklah terlalu sengit kerana kedudukan negara ini dengan negara itu agak jauh. Hubungan ini dianggap tidak panas tetapi tidak pula sejuk. Banyak dasar luar Australia yang berbeza dengan Malaysia. Malaysia tidak senang dengan usaha Australia untuk menjadi timbalan syerif di Asia Tenggara [1]. Antara dasar luar yang berbeza ialah berhubung isu Indonesia, Kemboja, Myanmar, kewangan dan senjata nuklear.

Kementerian Luar Negeri Malaysia yang terletak di Wisma Putra senantisa memantau perkembangan dasar luar Australia yang merugikan dan mengecam Malaysia. Bangunan Suruhanjaya Tinggi Australia terletak di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur.

Secara fizikal, Malaysia dan Australia pernah ditadbir dan dijajah oleh British. Baginda Ratu Elizabeth pernah menjadi ratu kepada Malaysia dan Australia mengikut Sistem Komanwel. Sejarah Malaysia dan Australia juga hampir sama iaitu terhutang budi kepada pegawai-pegawai British yang membawa sistem pentadbiran Barat untuk memanipulasikan sumber alam.

Memburu pengganas komunis sunting

Rakyat Malaysia pada zaman darurat dari tahun 1948-1960 amat berterima kasih kerana tentera Australia yang turut serta memburu pengganas komunis di hutan-hutan Malaysia seperti di Keluang dan Segamat, Johor. Mereka mengorbankan jiwa dan raga untuk membebaskan negara ini dari angkara komunis. Ini kerana Australia akur dengan permintaan British untuk memastikan negara-negara Komanwel yang mengamalkan sistem demokrasi dan kapitalis tidak rebah kepada sistem komunis yang mendapat sambutan di Russia dan China, selain tidak mahu berjiran dengan sebuah negara komunis.

Apabila Malaysia terbentuk pada 1963, Australia menyokong kemasukan Malaysia ke dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.[2] Australia juga mengundi Malaysia sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1997 dan Tan Sri Razali Ismail menjadi wakil Malaysia.

Kerjasama pertahanan dan keselamatan sunting

Latihan ketenteraan 5 negara telah diadakan di rantau Asia Tenggara secara bergilir untuk menunjukkan kekuatan kepada blok komunis sejak 1971. 5 buah negara itu ialah Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina, Australia dan New Zealand. Latihan ketenteraan ini hasil dari Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) dan Program Pertahanan Bersama Malaysia-Australia (MAJDP) sejak tahun 1992.

Menterusi Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) 1971, UK, Australia dan New Zealand akan membantu Malaysia dan Singapura jika berlaku serangan dari negara luar. Ketika itu Teori Domino hampir-hampir berlaku apabila Amerika Syarikat gagal mempertahankan Vietnam Selatan dari rempuhan Vietnam Utara. Mujurlah domino itu terhenti di Vietnam sahaja.

Perang anti-pengganas sunting

Australia menerusi Perdana Menterinya John Howard berikrar akan bertindak kepada mana-mana pengganas yang cuba mengganggu negara-negara Asia Tenggara. Ini berikutan dari peristiwa serangan 11 September 2001 dan Pengeboman Bali 2002. Australia mahu meniru gaya Amerika Syarikat di Afghanistan dan Iraq menerusi dasar pre emtif. Malaysia dan Austraia telah menandatangani memorandum persefahaman untuk menangani keganasam antarabangsa. Beberapa rakyat Malaysia dan Indonesia terbukti sahih terlibat dalam aktiviti keganasan ini. Contohnya Yazid Sufaat dan Dr Azahari Husin. [3] Doktrin Howard itu timbul selepas Australia dilantik sebagai ketua pasukan pengaman antarabangsa bagi Timor Leste. [4] Australia dilihat sebagai kaki buli terhadap Indonesia dan cuba mengajar mengajar Malaysia bagaimana mentadbir negara dan mengamalkan demokrasi.

Kerjasama pendidikan sunting

Setiap tahun 20,000 pelajar Malaysia sama ada tajaan kerajaan atau biaya sendiri yakin dengan sistem pendidikan dan peluang belajar di universiti Australia. Sejak 1951 lebih 4000 pelajar Malaysia menerima biasiswa dari kerajaan dan universiti Australia.[5] Lebih 200,000 rakyat Malaysia pernah belajar di Australia. Bilangan pelajar semakin berkurang apabila program universiti berkembang dilaksanakan di Malaysia bagi mengurangkan kos dan mengurangkan kejutan budaya.[6]

Mereka belajar di Universiti Monash, Universiti Tasmania dan Universiti New South Wales. Kerjasama pendidikan ini telah dirintis menerusi Pelan Colombo 1951 di mana pelajar cemerlang diberi biasiswa untuk belajar ke negara-negara Komanwel.

Kini beberapa universiti membuka cawangan di Malaysia seperti cawangan Universiti Monash di bandar Sunway. Cawangan Universiti Curtin dibuka di Sarawak. Universiti Teknologi Swinburne juga dibuka di Malaysia apabila Malaysia mengubah dasar pendidikan pada 1996 dengan membenarkan universiti asing tidak perlu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.[7]

Institut Australia-Malaysia (AMI) sebagaimana GMI, FMI dan BMI mmbolehkan sebuah kolej teknikal dibuka di Malaysia dengan bantuan Australia.

Enam sekolah di Malaysia dan 6 sekolah di Australia akan berinteraksi sebagai perintis rakan sekolah. Ini kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Australia merancang menghantar pelajarnya belajar di Malaysia terutama bidang yang tidak terdapat di sana, Antara kursus yang relevan ialah Perbankan Islam, Alam Sekitar, dan Industri Agro. Pada 2008 Pesuruhjaya Tinggi ke Malaysia, Penny Williams berharap kerjasama pendidikan ini akan kengukuhkan hubungan antara dua negara dan saling memahami. [8]

Pengedaran dadah sunting

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Musa Hitam selaku Menteri Dalam Menteri telah memperkenalkan hukuman mati mandatori kepada pengedar dadah. Penduduk Australia tidak dapat menerima hukuman mati yang dianggap keterlaluan dan hukum rimba. Canberra menentang hukuman mati di mana-mana jua di dunia termasuk jenayah paling serius.

Pada 9 November 1983, Kevin John Barlow Brian Geoffrey Chambers ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas kerana membawa 141.9 gram dadah heroin. Mereka digantung sampai mati mandatori - tidak boleh dirayu. Kes mereka dibicarakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan digantung di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Kisah ini telah menjadi siri tv pada 1988 dengan tajuk 'Dadah Is Death'. Bob Hawke selaku Perdana Menteri Australia mengecam hukuman itu sebagai 'gasar'.

Kunjungan pemimpin negara sunting

Semasa kunjungan Tun Abdul Razak ke Australia pada 1975, beliau telah disambut dengan demonstrasi oleh beberapa pelajar yang bertopeng yang didakwa didalangi pihak Australia. Mereka berjaya melepasi garis keselamatan dan berjaya memalukan Malaysia.

Mahathir Mohamad pernah ke Australia pada 1984. Pada 1996 Paul Keating berkunjung ke Malaysia.

Pada Mac 1996, Mahathir singgah sekejap di Brisbane untuk bertemu dengan John Howard ketika dalam perjalanan pulang dari Auckland, New Zealand. Mahathir adalah pemimpin dunia pertama menemui Howard selepas memegang jawatan perdana menteri Australia. Perdana Menteri Australia John Howard menafikan beliau mahu Australia menjadi 'timbalan' Amerika tetapi diprovokasi oleh pemberita. Australia memang sekutu Amerika tetapi bukan timbalan syerif Amerika.

Abdullah Ahmad Badawi melakukan kunjungan rasmi ke Australia pada April 2005. Kemudian Perdana Menteri Australia John Howard melakukan kunjungan balas pada 2006. Hasilnya ialah Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) Malaysia-Australia 2006.

Kerjasama ekonomi sunting

Australia mengimport dari Malaysia kira-kira A$7 bilion terutama minyak kelapa sawit, getah dan petroleum. Eksportnya ke Malaysia kira-kira A$3 bilion. Perdagangan dua hala itu memihak kepada Malaysia. Bagi Australia, Malaysia adalah sumber import yang kelapan terpenting dan ke-12 terpenting dari segi destinasi eksportnya.

Kerjasama ekonomi di peringkat swasta diselaraskan melalui Majlis Perniagaan Malaysia Australia (MABC), Majlis Perniagaan Australia Malaysia (AMBC) dan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Australia-Malaysia. Pandangan golongan korporat dari kedua-dua negara di ambil kira dalam perbincangan FTA Malaysia - Australia.

Australia merupakan sebuah negara maju dan kurang penduduk. Australia mempunyai ladang ternakan yang luas untuk lembu, biri-biri dan kambing hingga mmpu mengeksport daging dan susu ke seluruh dunia. Walaupun negara itu tidak Islam, tetapi berjaya mengeksport daging halal ke negara Islam seperti Malaysia kerana memenuhi piawai halal yang ditetapkan oleh pihak pengimport.

Pada 11 Ogos 2008, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed menyatakan kerajasama industri ternakan kambing akan dimajukan di Malaysia dengan bantuan teknik, penyelidikan dan bantuan modal dan kaedah bioteknologi dari Australia. [9]

Industri pelancongan sunting

Ketika pangkalan Tentera Udara Diraja Australia masih lagi berpangkalan di Butterworth, ramai pelancong Australia melancong di Pulau Pinang, Terengganu dan Pulau Tioman. Mungkin sejak 1980-an, pelancong asing ini semakin berkurang di Pulau Pinang. Mereka lebih suka memilih destinasi baru di Sabah dan Sarawak.

Pada tahun 1998 Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Datuk Seri Sabbaruddin Chik kesal dengan peringatan Suruhanjaya Tinggi Australia agar pelancong Australia berwaspada ketika melancong ke Malaysia. Amaran "Rakyat Australia yang ingin melancong ke Malaysia diminta berjaga-jaga kerana ada demonstrasi di Malaysia khususnya di Kuala Lumpur. Bagaimanapun pihak berkuasa Malaysia sedang mengambil langkah untuk menanganinya ini telah menjejaskan industri pelancongan.[10]

Layanan berbeza sunting

Ramai rakyat Malaysia terutama kaum Cina berhijrah ke Queensland, Perth, Darwin dan lain-lain bahagian di Australia. Kaum Cina yang profesional seperti doktor, kontraktor, tukang masak, peladang membina kehidupan baru di sana. Dasar terbuka negara itu kepada golongan profesional menyebabkan bilangan migrasi semakin bertambah.

Bagaimanapun kebanjiran warga Asia semakin berkurang apabila munculnya tokoh politik dari Parti One Nation iaitu Pauline Hanson. Mereka tidak senang hati apabila pendatang dari Asia enggan berubah gaya hidup lama dan menolak gaya hidup Barat. Sikap keras dan perkauman terhadap Malaysia dan Indonesia semakin keras sejak itu.

Australia selalu mengecam isu hak asasi di Malaysia dan kes Anwar Ibrahim. Tetapi Australia sendiri mengamalkan dasar 'dwistandard' berhubung hak asasi penduduk Asli Australia. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kofi Annan yang melawat Australia telah diberi amaran oleh John Howard agar jangan bersyarah tentang hak asasi penduduk Aborigin Australia.

Perbicaraan Anwar Ibrahim sunting

Pada 14 Februari 2010, Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan Wisma Putra untuk memberi penjelasan berhubung kedudukan sebenar kes Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli Parlimen Australia. Pada 14 Februari 2010, 50 ahli Parlimen Australia menggesa kerajaan Malaysia menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Anwar. Pengerusi Jawatankuasa Kecil bagi Hal Ehwal Luar Parlimen Australia, Michael Danby menyatakan sistem demokrasi dia Malaysia telah tercemar. Mereka menyerahkan nota bantahan berkenaan kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Salman Ahmad di Canberra pada hari Jumaat, 12 Februari 2010.[11]

Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just World Movement), Dr. Chandra Muzaffar mempertahankan kerajaan. Baginya Anwar adalah 'darling of the west'.Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC), Datuk Bung Moktar Radin mengecam tindakan tindakan negara ‘Down Under’ itu sebagai bodoh dan melampau. Mereka sepatutnya selesaikan dahulu isu kaum Orang Asli (Aborigines) dan pembunuhan orang India di Australia.[12]

Pemerdagangan orang sunting

Australia sering menjadi destinasi menarik kepada pelarian politik dan pelarian perang dari Asia. Selepas Perang Vietnam, ramai 'boat people' atau orang hanyut Vietnam dibenarkan berhijrah ke Australia.

Pada 12 April 2010, Parlimen Autralia akan meluluskan akta / hukuman penjara sehingga 20 tahun kepada aktiviti pemerdagangan orang.Lebih 700 orang berjaya disekat oleh pihak keselamatan Malaysia dari diseludup ke Australia.[13] Kerajaan Australia brharap Malaysia tidak menjadi negara transit dengan cara memperketatkan kawalan imigresen dan pemberian visa. Jabatan Imigresen hendaklah membezakan pelancong tulen dan pemerdagangan manusia.

Contohnya sekumpulan penduduk Tamil Sri Lanka yang masuk ke Malaysia kemudiannya menaiki perahu di Melaka dan menyeludup ke Australia. Seseorang dari Sri Lanka terpaksa membayar antara AS$15,000 dan AS$20,000 kepada sindiket.[14][15]

Skandal wang kertas polimer RM5.00 sunting

Pada 30 Julai 2014, The Malaysian Insider melaporkan tentang wang kertas polimer RM5.00 Malaysia sebenatnya dibekalkan oleh dua kilang pengeluar di Australia sejak 2004 iaitu semasa Perdana Menteri ,Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003-2009).Tiga pihak termasuk seorang peniaga, didakwa menerima RM11.3 juta untuk mendapatkan kontrak daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan untuk memastikan kerajaan menggunakan wang kertas polimer tersebut.Namun pada 2011 Tun Abdullah Ahmad Badawi segera menafikannya. Wikileaks / Julian Assange mendakwa dua anak syarikat Reserve Bank Australia (RBA) – Securency dan Note Printing Australia didakwa bukan sahaja merasuah pegawai di Malaysia malah Indonesia dan Vietnam sejak 1999 hingga 2004 untuk mendapatkan kontrak pencetakan wang kertas. 17 nama individu turut dinamakan , antaranya ialah Presiden Vietnam Truong Tan San , Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono (2004-2014) dan bekas Presiden Indonesia Megawati Sukarnoputri (2001-2004).[16][17][18][19]

Julian Assange menyelar tindakan Menteri Luar Australia Julie Bishop 'mengugut' rakyat Australia dengan hukuman penjara dalam cubaannya menutup malu skandal rasuah melibatkan kerajaan menerusi tindakan mahkamah. Sejak tahun 2009, Polis Persekutuan Australia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memulakan siasatan berasingan dan mahukan bukti kukuh. Pada 2010, SPRM menahan tiga individu yang terlibat dengan membekalkan wang kertas polimer RM5 ekoran wujud laporan Securency menyogok pegawai di Malaysia.[20]

Rujukan sunting

  1. ^ "Southeast Asia-Australia's 'regional sheriff' policy". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-28. Dicapai pada 2008-09-11.
  2. ^ Mengukuh hubungan Malaysia-Australia
  3. ^ Mengukuh hubungan Malaysia-Australia
  4. ^ Hanya sekutu Amerika
  5. ^ Endeavours of Excellence: 50 years of Australian Scholarships
  6. ^ Hubungan kukuh dan positif
  7. ^ Kerjasama Sarawak Dan Australia Dalam Pendidikan Beri Faedah Kepada Semua
  8. ^ Australia Rancang Hantar Lebih Ramai Pelajar Ke Malaysia
  9. ^ Malaysia-Australia Jalin Kerjasama Bangunkan Bidang Ternakan Kambing
  10. ^ [Hubungan kukuh dan positif]
  11. ^ Wisma Putra akan jelaskan kepada Australia fakta perbicaraan Anwar: PM[pautan mati kekal]
  12. ^ [‘Down Under’]
  13. ^ Australia Perketatkan Undang-undang Antipemerdagangan Orang
  14. ^ Malaysia-Australia bincang
  15. ^ 16 mangsa pemerdagangan manusia lari dari depot tahanan
  16. ^ "Australia memberi arahan senyap ke atas kes rasuah berjuta-juta dolar yang melibatkan Reserve Bank of Australia (RBA), Malaysia, Indonesia dan Vietnam melalui perintah mahkamah, lapor WikiLeaks hari ini". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-01. Dicapai pada 2014-07-30.
  17. ^ Australia muzzles press on bribery case involving Malaysian, regional leaders
  18. ^ Australia bans reporting of multi-nation corruption case involving Malaysia, Indonesia and Vietnam
  19. ^ Australia obtains gag order on multi-million dollar corruption case involving Malaysia
  20. ^ "Najib, Mahathir, dan Pak Lah antara dikaitkan kes rasuah, dedah WikiLeaks". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-01. Dicapai pada 2014-07-30.