Hubungan China–Vietnam

Hubungan dua hala China dengan Vietnam semakin bergelora walaupun mengamalkan sistem sosialis.Beberapa abad terdahulu China pernah menjajah Vietnam .Negara Vietnam pernah membantu Vietnam Utara semasa Perang Vietnam. Hubungan dua hala ini semakin memburuk berikutan penyatuan semula Vietnam pada tahun 1975. China dan Vietnam bertempur di sepanjang sempadan pada 1979. Isu utama pertikaian ialah isu-isu wilayah di Laut China Selatan.Secara umumnya Vietnam telah dipengaruhi China dari segi budaya dan ideologi.Namun ramai tidak sukakan China Vietnam atas pelbagai sebab sejarah dan gaya hidup.


Era komunis sunting

Selepas Perang Dunia Kedua, 200,000 tentera China di bawah Ketua Lu Han telah dihantar oleh Chiang Kai-shek untuk menyerang utara Indochina selepas penjajah Jepun menyerah kalah .Tentera China kekal di Indochina sehingga tahun 1946. Chiang Kai-shek mengancam Perancis dan memaksa perundingan dengan pemimpin Ho Chi Minh .

Bersama-sama dengan Kesatuan Soviet , Komunis China bersepakat dengan Vietnam Utara semasa Perang Vietnam Parti Komunis China memberi bantuan senjata, latihan ketenteraan dan bekalan penting agar dapat menewaskan Vietnam Selatan dan sekutunya, Amerika Syarikat antara 1954 dan 1975. Namun pihak Komunis Vietnam kekal mencurigai pengaruhi China terhadap Vietnam.

Vietnam merupakan medan pertempuran ideologi antara China-Soviet tahun 1960-an. Selepas Peristiwa Teluk Tonkin 1964, Perdana Menteri China Deng Xiaoping menjanjikan bantuan kepada Vietnam Utara dalam bentuk ketenteraan dan ekonomi, dengan syarat mereka menolak semua bantuan Soviet.

Semasa Perang Vietnam, Vietnam Utara dan China setuju menangguhkan isu bertindih sehingga Vietnam Selatan dapat dikalahkan. Antara isu tersebut ialah pertikaian sempadan di Teluk Tonkin , Paracel dan Kepulauan Spratly di Laut China Selatan .Pada tahun 1950-an, separuh daripada Paracels dikawal oleh China dan separuh lagi oleh Vietnam Selatan. Pada tahun 1958, Vietnam Utara menerima tuntutan China ke atas Paracels. Sebelum itu China menyerahkan White Dragon Island Tail kepada Vietnam Utara. Simpanan minyak luar pesisir di Teluk Tonkin telah meningkatkan ketegangan antara China dan Vietnam Selatan.

Pada tahun 1973,Vietnam Utara cuba membenarkan syarikat asing untuk meneroka sumber minyak di perairan itu.Pada Januari 1974, pertembungan antara China dan Vietnam Selatan berlaku dan menyebabkan China mengambil sepenuhnya Paracels. Selepas penyerapan Vietnam Selatan menjadi Vietnam Utara pada 1975, Vietnam Utara mengawal Kepulauan Spratly.

Perang China-Vietnam sunting

Berikutan Perang Vietnam, Perang Kemboja-Vietnam menimbulkan ketegangan dengan China. Vietnam semakin rapat dengan Kesatuan Soviet.Ketegangan memuncak pada 1970-an ekoran penindasan terhadap minoriti kaum Hoa yang berketurunan Cina.Vietnam dan China menandatangani perjanjian persahabatan dengan Kesatuan Soviet dan mewujudkan hubungan komersil dan tentera yang luas.

Pada 17 Februari 1979, tentera China menyeberangi sempadan Vietnam dan hampir mengancam ibu negara Vietnam, Hanoi.

Era moden sunting

Dengan keruntuhan Kesatuan Soviet dan Vietnam keluar dari Kemboja pada tahun 1990, hubungan China-Vietnam kembali pulih. Sidang kemuncak rahsia diadakan di Chengdu pada September 1990 dan hubungan kembali normal pada bulan November 1991. Sejak 1991, para pemimpin saling bertukar lawatan. China dan Vietnam mendokong kerajaan Kemboja pasca-1991.Kedua-dua negara juga menyertai Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Pada tahun 1999, Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam , Le Kha Phieu , melawat Beijing dan bertemu dengan Setiausaha Agung Parti Komunis China Jiang Zemin.

Pada tahun 2000, Vietnam dan China berjaya menyelesaikan pertikaian hak maritim di Teluk Tonkin .Perjanjian China dan ASEAN ditandatangani pada 2002 bagi menamatkan konflik bersenjata. Pada tahun 2002, Jiang Zemin membuat kunjungan rasmi ke Vietnam dan mengembangkan rundingan perdagangan .

Hubungan komersil sunting

China menjadi rakan perdagangan terbesar Vietnam, mengatasi Amerika Syarikat, pada tahun 2030. Tranformasi China menjadi kuasa ekonomi utama pada abad ke-21 telah membawa kepada peningkatan pelaburan asing malah merebut pasaran Asia Tenggara kerana berkongsi kelebihan hubungan keluarga dan hubungan budaya.

Eksport Vietnam ke China termasuklah minyak mentah , arang batu, kopi dan makanan. Manakala China mengeksport produk farmaseutikal, jentera, petroleum , baja dan bahagian-bahagian kereta ke Vietnam. China telah menjadi rakan perdagangan kedua terbesar Vietnam dan sumber terbesar import.Vietnam dan China menubuhkan "koridor ekonomi" antara wilayah Yunnan , Guangxi dengan wliayah Lang Son dan Quang Ninh serta bandar Hanoi dan Haiphong Jalan air dan landasan kereta api telah dibuka antara kedua-dua negara.Contohnya Thai Nguyen Kompleks Steel, yang menghasilkan ratusan ribu tan keluli.

Pertikaian Kepulauan Spratly sunting

Pada bulan Jun 2011, Vietnam mengumumkan bahawa tenteranya akan menjalani latihan ketenteraan di Laut China Selatan . Sebelum ini China telah menyuarakan bantahan terhadap eksplorasi minyak Vietnam di perairan itu.

Pada bulan Oktober 2011, Nguyễn Phu Trong selaku Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam berkunjung ke China atas jemputan Setiausaha Agung Parti Komunis China Hu Jintao dengan tujuan untuk meningkatkan hubungan dua hala berikutan pertikaian sempadan. Pada 21 Jun 2012, Vietnam meluluskan undang-undang yang meletakkan Kepulauan Spratly dan Paracel Islands di dalam sempadan Vietnam. Wakil China segera menyatakan langkah itu sebagai "haram dan tidak sah ". Ekoran itu, China meluluskan undang-undang menubuhkan wilayah Sansha City yang mencakupi Xisha (Paracel), Zhongsha , dan Nansha (Spratly) Islands dan perairan sekitarnya. Negara-negara lain di sekitar Laut China Selatan turut membuat tuntutan .Antaranya termasuk Taiwan , Brunei , Malaysia , dan Filipina. Walau bagaimanapun, kebanyakan konflik adalah antara Vietnam dan China.

Rujukan sunting