Hubungan Israel–Malaysia

Hubungan Malaysia-Israel merupakan isu yang sensitif bagi umat Islam di Malaysia. Malaysia dan kebanyakan negara Islam tidak pernah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara dan tidak akan mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

Hubungan Israel-Malaysia

Israel

Malaysia

Selepas Perjanjian Kem David antara Presiden Mesir Anwar Sadat dengan Perdana Menteri Israel Menachem Begin pada 17 September 1978, banyak negara Islam telah mengiktiraf negara itu. Beberapa fatwa telah dikeluarkan oleh ulama Mesir untuk menghalalkan perjanjian tersebut.

Negara Israel ditubuhkan pada 1947 sedangkan Malaysia ditubuhkan pada 1963. Kedua-dua negara ini adalah bekas tanah jajahan British. British menguasai Mesir (1914), Terusan Suez dan Baitulmaqdis pada 11 Disember 1917.

Latar belakang sunting

Majoriti rakyat Malaysia yang beragama Islam telah berpihak kepada bangsa Arab di bumi Palestin yang beragama Islam. Sedangkan Israel merupakan penjajah baru yang ditubuhkan pada 1948 selepas Perang Dunia Kedua hasil tajaan Britain.

Dalam Al-Quran, Israel merujuk kepada Bani Israel yang degil dan menyeleweng. Ramai Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah berasal dari keturunan Bani Israel seperti Nabi Daud a.s., Nabi Sulaiman a.s., Nabi Ishak a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. dan lain-lain. Sedangkan Nabi Muhammad   keturunan Arab. Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama samawi yang muncul di Semenanjung Arab. Baitulmaqdis menjadi kota suci Yahudi dan Kristian dan kota suci ke-3 bagi umat Islam. Kota ini juga menjadi kiblat pertama umat Islam sebelum beralih ke Kaabah di Makkah yang diperintahkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad.

Rakyat Malaysia tidak dibenarkan melawat negara Israel sunting

Jabatan Imigresen Malaysia menetapkan negara Israel haram dilawati oleh rakyat Malaysia. Ini kerana Malaysia tidak mengiktiraf negara terbabit. Perang Israel - Palestin yang berterusan menyebabkan kawasan itu sangat berbahaya. Sebelum ini, negara-negara lain seperti China dilarang dilawati kerana China menyokong perjuangan Parti Komunis Malaya. Korea Utara dan Afrika Selatan juga termasuk 92 negara yang dilarang, tetapi kini hanya tinggal Israel sahaja.

Pada 6 Julai 1994, Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994. Pengakuan Tunku Abdullah ini telah disiarkan dalam Utusan Malaysia dan mengejutkan ramai pihak. Beliau dikatakan rakyat Malaysia pertama melawat negara Israel sejak 1957. Tunku Abdullah merupakan anak kepada Yang DiPertuan Agong yang pertama.

Pada 17 Julai 1994, akhbar Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah dijemput menemui Yizhak Rabin dan Shimon Peres. Potensi pelancongan rakyat Malaysia ke Baitulmaqdis amatlah besar.

Dalam kes Gilad Feldman dari Israel, beliau tidak dapat hadiah utama 2GB iPod Nano dari “LiewCF.com Survey 2006” kerana tidak ada hubungan antara Malaysia dengan Israel.[1]

Pada 21 Mac 1997 pasukan kriket Israel dibenarkan menyertai pertandingan bertaraf antarabangsa itu di Kuala Lumpur. Kebenaran itu diberikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad atas semangat kesukanan. Mereka hadir dalam Kejohanan Kriket Trofi Majlis Kriket Antarabangsa (ICC). Kehadiran mereka mengundang demontrasi oleh mahasiswa di perkarangan Universiti Malaya. Turut ditahan ialah Mahfuz Omar dari PAS.

Pada 29 Julai 2008, Pasukan bola sepak Chelsea dari Britain yang telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Malaysia mengundang kontroversi. Ini kerana pasukan itu mempunyai dua pemain warga Israel iaitu pengurus pasukan, Avram Grant dan pemain pertahanan, Tal Ben Haim.

Pada 21 Julai 2011, Pasukan bola sepak Chelsea sekali lagi menjadi sasaran ejekan sebahagian besar penonton yang mengejek seorang pemain Chelsea yang berasal dari Israel iaitu Yossi Benayoun. Perkara itu telah menjadi bahan utama bualan seluruh dunia yang menuduh Malaysia mempunyai sifat perkauman yang tinggi kepada rakyat Israel. Pengurus Chelsea Villa Boas meminta Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat kenyataan rasmi dan memohon maaf diatas kejadian yang berlaku. FAM akur dengan permintaan Chelsea, dan meminta maaf diatas sikap penonton.

Israel proksi Amerika Syarikat sunting

Cendekiawan dan jutawan Yahudi dari Jerman dan seluruh dunia berhijrah ke Amerika Syarikat kerana dasar bebas negara tersebut. Bilangan Yahudi Amerika kecil sahaja tetapi menjadi pelobi dasar luar Amerika yang cukup berjaya. Survival dan keselamatan Israel di bumi Arab menjadi teras dan tidak pernah berganjak sejak tahun 1948.

Tekanan ketenteraan dan politik dikenakan kepada negara Islam yang kuat seperti Iraq, Iran, Arab Saudi, Mesir, Jordan, Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Malaysia dan lain-lain. Israel bagaikan wilayah Amerika Syarikat itu sendiri atau proksi Amerika di Asia Barat.

Negara-negara Islam melalui OIC dan PBB mengemukakan pelbagai usul berhubung Israel dan Palestin tetapi sentiasa ditangguhkan atau diveto oleh Amerika Syarikat. Kebanyakan negara Islam yang kuat mengambil sikap pro Amerika dan bertelagah sesama sendiri dalam OIC.

Perang Arab-Israel sunting

Malaysia berpendapat Perang Arab-Israel perlu ditamatkan dan biarkan rakyat asal menentukan arah tuju negara Palestin mahupun Israel. Malaysia amat menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu menyelesaikan masalah Israel-Palestin. Tetapi anggota Majlis Keselamatan PBB sentiasa sahaja tidak memihak kepada OIC atau tidak dikuatkuasakan. Kejayaan Razali Ismail menyertai Majlis Keselamatan PBB juga tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

Malaysia sebuah negara yang kecil dan sedang membangun, penduduk 27 juta tidak mampu memberikan tekanan politik dan ketenteraan kepada Israel, Britain apalagi Amerika Syarikat. Malaysia selesa menjadi ahli Komanwel dan NAM. Dasar berkecuali ini dilakukan oleh Malaysia sejak Tunku Abdul Rahman hinggalah ke era Tun Dr Mahathir.

Jarak yang jauh menyukarkan Malaysia terlibat dalam Perang Arab-Israel. Pemimpin kerajaan dan pembangkang di Malaysia dilihat hanya berkokok di luar tanpa sebarang penghantaran tentera atau logistik. Berbanding dengan Mesir, Jordan, Syria, Libya dan Turki, peranan Malaysia amat pasif sekali. Negara Arab ini bersempadan daratan dengan Israel khususnya Mesir, Jordan dan Syria.

Israel dan Freemason sunting

Pada 10 September 1982, dalam Perhimpunan Agung UMNO ke-33, Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau dan setiausaha politiknya menjadi ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi/Israel iaitu Freemason. Freemason adalah kelab elit rahsia di banyak negara bagi menentukan kelangsungan dan kewujudan negara Israel. Ada dakwaan mengatakan ahli Freemason menjadi pekerja sukarela pilihan raya UMNO sejak 1974 lagi. Freemason mula didaftarkan di Malaysia di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 Freemason mempunyai 55 lodges (komuniti) dan 2984 ahli.

Kerjasama ketenteraan Singapura-Israel sunting

Walaupun Singapura telah lama disingkirkan dari Malaysia, ramai rakyat Malaysia mahu menentukan hala tuju Singapura. Lee Kuan Yew mahu Singapura menggunakan teori terkepung iaitu di kelilingi negara Islam iaitu Malaysia, Indonesia, Brunei dan selatan Thailand. Singapura terpaksa membangunkan angkatan bersenjata dengan bantuan Israel yang juga 'terkepung'.

Lee Kuan Yew mengarahkan Goh Keng Swee untuk menghubungi Mordechai Kidron, Duta Israel di Bangkok pada 9 September 1965, hanya sebulan setelah pemisahan Singapura dari Malaysia. Bukan Singapura yang aktif untuk meminta Israel masuk, tapi Israel lah yang pertama kali menawarkan diri agar boleh terlibat secara aktif di wilayah Asia Tenggara. Singapura adalah tangan Israel di Asia Tenggara.[2]

Selepas Perang Yom Kippur, Singapura membeli 72 kereta kebal MX-13 light dari Israel yang kononnya berlebihan. Sedangkan Malaysia tidak memiliki sebuah pun ketika itu. Pada Mei 1969 Singapura membenarkan Israel membuka kedutaannya di Singapura. Singapura juga membeli satelit Indosat dari Indonesia. Angkatan bersenjata Singapura berjaya dibangunkan dengan bantuan 18 pegawai tentera Israel. [3]

Pada November 1986, Presiden Israel Chaim Herzog dari Israel melawat negara sahabatnya Singapura. Pesawat Israel terpaksa melalui ruang udara Malaysia sebelum mendarat di Lapangan Terbang Changi. Tentangan rakyat Malaysia berhubung penggunaan ruang udara ini tidak diendahkan oleh Dr Mahathir kerana tidak mahu dilihat terlalu anti-Yahudi. Bantahan dari Brunei, Indonesia dan Malaysia ini tidak dipedulikan oleh kerajaan Singapura.

Chaim Herzog menjadi tentera pejuang Israel dalam perang 6 hari antara Israel dengan Mesir dan Syria pada 26 Oktober 1973. Perang ini dikenali juga dengan nama Perang Yom Kippur atau perang Ramadan. Israel menang mutlak dalam perang ini. Malahan Israel menguasai Bukit Golan, Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Gurun Sinai.

Pada Oktober 1993, Perdana Menteri Israel, Yitzhak Rabin melawat Singapura dan merupakan Perdana Menteri Israel pertama melawat negara itu. Yitzhak juga melawat Indonesia. Ketika ini tidak ada lagi bantahan dari rakyat Malaysia.[4]

Peranan Dr Henry Kissinger sunting

Dr Henry Kissinger merupakan seorang Yahudi Amerika yang telah menjadi Setiausaha Amerika Syarikat. Pada 6 Mac 1987, pengerusi ISIS, Dr Noordin Sophie telah mengaturkan pertemuan antara Dr Mahathir dengan Dr Henry Kissinger dalam perbincangan meja bulat di Kuala Lumpur.

Pertemuan pemimpin Malaysia-Israel sunting

Pada 6-9 Julai 1994 Dr Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Perdana Menteri Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Laporan berita oleh TV Israel dan AFP dinafikan oleh Dr Mahathir dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat.

Pada 26 September , Menteri Luar Malaysia, Syed Hamid Albar bersalam dan berbincang dengan rakan sejawatan dari Israel, Devid Levy di New York. David Levy baru dilantik oleh Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. David Levy merupakan Yahudi kelahiran Maghribi. Mereka berbincang berhubung perdamaian Arab/Palestin - Israel ketika sesi Perhimpunan Agung PBB. Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar melalui surat khabar Harakah mengecam pertemuan ini. PAS melabelkan Israel sebagai negara pengganas. Sokongan kerajaan Malaysia kepada perjuangan Palestin disifatkan sebagai "empty pledge".[5][6]

Pada 16 Ogos 1999, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia telah mengutus surat tahniah kepada Ehud Barak yang baru dilantik sebagai Perdana Menteri Israel. Bagaimanapun surat[pautan mati kekal] ini tidak dapat disahkan.

Anwar Ibrahim dihantar ke negara-negara Islam untuk berceramah topik Islam dan demokrasi. Peranan ini diberikan oleh Council of Foreign Relations, New York. Semasa menjadi Menteri Kewangan Malaysia, Anwar Ibrahim telah berhubung dengan Wolfowitz, seorang Yahudi Amerika.

Pada 16 Jun 2009, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertemu dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak pada satu majlis koktail semasa Pameran Ruang Angkasa dan Penerbangan Antarabangsa ke-48 di Paris, Perancis. Zahid mengenakan beberapa syarat pertemuan iaitu seperti tiada pegawai pengiring daripada pihak Israel, tiada jurugambar dan tiada "double standard" kerana bimbang disalahtafsir. Jika Israel menghulurkan tangan untuk mewujudkan keamanan, jangan pula tangan kiri melakukan keganasan ke atas rakyat Palestin, Lubnan, Syria, Mesir dan lain-lain. Pertemuan dibangkitkan semasa Zahid berada di Beirut pada 17 Julai 2009. [7][8]

Zahid meninjau lokasi 340 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyertai Kontinjen Malaysia (Malcon) dan berkhidmat di bawah panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memastikan keamanan berterusan di sempadan Lubnan-Israel. Menteri Pertahanan Lubnan, Elias Al-Murr sedia membeli peralatan ketenteraan biasa, kenderaan tentera dan bukan berbentuk "offensive".[9]

Yahudi menguasai dunia sunting

Pada 17 Oktober 2003, Dr Mahathir selaku Perdana Menteri Malaysia menggesa umat Islam bersatu menentang Yahudi. Seruan itu dibuat semasa Persidangan OIC ke-57 di Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Presiden Russia, Vladimir Putin. Remaja Islam hendaklah menghindari serangan berani mati. Dr Mahathir mengatakan tafsiran semula Al-Quran hendaklah diusahakan supaya selaras dengan perkembangan sains dan teknologi.[10]Pada 21 Oktober 2003 dalam temubual dengan The Bangkok Post, Dr Mahathir menjelaskan beliau bukan anti-Semitik. Israel sebuah negara yang kecil dan tidak ramai Yahudi di dunia ini. Tetapi mereka mengawal dunia. Beliau menegaskan Malaysia telah menjemput pasukan kriket dan pelajar sekolah Israel datang ke Malaysia. Ini menunjukkan bahawa mereka selamat di sebuah negara Muslim dan tidak akan dibunuh. Banyak media cetak dan elektronik dikuasai oleh Yahudi. Orang Islam digambarkan sebagai pengganas. Umat Islam kuat kerana berjumlah 1.3 bilion dan tidak mudah dimusnahkan. Sebaliknya Eropah lah yang membunuh 6 juta Yahudi semasa Holocaust dan kini bermati-matian mempertahankan Israel. Sebenarnya orang Eropah yang anti-Yahudi dan anti-Semitik. Yahudi yang berjumlah 12 juta orang telah memerintah dunia melalui proksi.[11] Jonathan Peled selaku jurucakap Menteri Luar Israel kesal dengan ucapan Perdana Menteri Malaysia itu dan retorik Mahathir seperti itu bukanlah baru. [12]

Ketika Krisis Kewangan Asia 1998, Dr Mahathir menyalahkan konspirasi Yahudi Amerika bernama George Soros. George Soros dikatakan telah melancarkan pembelian saham dan jualan singkat sehingga menyebabkan bursa saham Malaysia jatuh merudum. Dr Mahathir tidak menyalahkan Yahudi tetapi realitinya Yahudi / Soros berada di belakang masalah ini. Tetapi pada tahun 2006, Dr Mahathir telah bertemu dengan George Soros di Kuala Lumpur. Anaknya Marina Mahathir juga telah menemui Soros dalam pertemuan itu.

Pada 21 Februari 2006, The Los Angeles Times melaporkan pada pelobi Yahudi, Jack Abramoff telah menerima $1.2 juta dari kerajaan Malaysia kerana mengatur pertemuan antara Dr Mahathir dengan George W.Bush pada Mei 2002 di pejabat Oval. Dr Mhathir mengesahkan laporan tersebut tetapi wang tersebut bukan wang kerajaan Malaysia. Abramoff telah menghubungi Karl Rove, iaitu penasihat Presiden Amerika Syarikat. [13]

Era Najib Tun Razak sunting

Saham 31 % Pantai Holding Berhad telah dijual kepada Parkways Holdings Limited iaitu syarikat milik pelobi Zionis bernama Richard C Blum. Pantai mempunyai 6 buah hospital swasta di Malaysia iaitu Kuala Lumpur, Cheras, Klang, Ipoh, Pulau Pinang dan Batu Pahat. [14]

Syarikat MITV milik Israel di Singapura memenangi lesen penyediaan 3G di Malaysia. MITV mengalahkan syarikat lain yang lebih layak seperti DiGi. 5 % saham Telekom Malaysia dijual kepada Temasek Holdings. Sistem keselamatan dan ketenteraan Singapura adalah kembar Siam dengan ketenteraan Israel.[15]

Konvoi Malaysia turut terlibat dalam Viva Palestina pergi ke Gaza pada 2009. Datin Seri Rosmah Mansur telah menghubungi Susan Mubarak di Mesir bagi membebaskan peserta Viva Palestin dari Malaysia.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mahfuz Omar mempertikaikan kewajaran Datuk Seri Najib Tun Razak melantik firma konsultan komunikasi APCO Worldwide untuk mempromosikan nama dan jenama Malaysia. Anwar mahu Najib menjelaskan kaitan antara 1Malaysia dengan One Israel. Tuduhan Anwar itu boleh menyebabkan Anwar digantung selama setahun kerana memfitnah.[16][17]

Laman web Chegu Badrul Hisham Shahrin mempersoalkan Asiasoft (M) Sdn. Bhd. (no. Syarikat : 150529-H) berpangkalan di Singapura yang mendapat tender RM42 juta. Beliau curiga maklumat keselamatan, pertahanan dan data sulit PDRM akan terlepas kepada ‘programmer’ tentera Israel. Izhak David Naskar memegang pasport Israel bernombor 10902695 itu masih lagi warganegara Israel. Beliau adalah pakar komputer dan telah memenangi anugerah daripada Kementerian Pertahanan Israel. Beliau membina sistem risikan berteknologi tinggi untuk pasukan pertahanan Israel sekitar 1970 hingga 1987. Seorang lagi ialah yang membina sistem komunikasi PDRM ialah Ido Sccheschter yang memegang pasport Israel bernombor 56626252. Beliau masih lagi seorang tentera Israel yang sah bukannya tentera pencen.[18] Pada 6 April 2010, Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan bukti bahawa ejen Israel wujud dalam PDRM.[19][20].

Pada 13 April 2010, Datuk Wira Abu Seman Yusop menjelaskan di Parlimen bahawa kesemua pekerja yang terlibat dalam pembangunan projek "Police Reporting System" (PRS) PDRM terdiri daripada warga tempatan kecuali seorang warga India. Fasa 1 dan Fasa 2 oleh Sapura System Sdn Bhd (SSSB). Fasa 3 oleh Masterplan Consulting Sdn Bhd (MPC) yang melantik subkontraktor iaitu Asiasoft (M) Sdn Bhd. 70 % saham syarikat ini dimiliki rakyat Malaysia dan bakinya dimiliki Asiasoft (S) Pte Ltd. Selepas Ogos 2007, 100 % saham milik Asiasoft (S) Pte Ltd telah diambil alih oleh Asiasoft Global Pte Ltd yang berdaftar di Singapura dan bukannya di Tel Aviv, Israel. Asiasoft Global Pte Ltd dimiliki seorang rakyat Singapura iaitu Toh Kian Hong (49 %) dan Top Image Systems Ltd (TIS) (51 %). Dua daripada anggota lembaga pengarahnya adalah rakyat Israel. Fasa 3 telah disiapkan pada Oktober 2006, sebelum penstrukturan. Selepas siasatan, subkontraktor Asiasoft (M) Sdn Bhd ditamatkan pada 31 Dis 2008.

[21]

Pendedahan sunting

Polemik kenyataan Anwar kepada WSJ sunting

Berhubung isu kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong keselamatan Israel yang disiarkan dalam The Wall Street Journal (WSJ) bertarikh 26 Januari 2012, Datuk Seri Anwar Ibrahim melafazkan kata sokongan kepada segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel dengan merujuk kepada syarat besar bahawa ia bergantung sekiranya Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin. Selain itu, Anwar berhenti untuk mengatakan bahawa beliau akan membuka ikatan hubungan diplomatik bersama Israel.[22]

Walaubagaimanapun, media massa arus perdana di Malaysia, dilihat hanya mengambil baris perkataan "sokongan kepada segala usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel" sebagai perkara utama dan perkataan itu diperbesar-besarkan dan dihebohkan.[23][24] [25]

Pada 16 Februari 2012, Anwar menyifatkan pendirian beliau mengenai isu Palestin adalah selari dengan pandangan pimpinan dunia Islam seperti kerajaan Arab Saudi yang diungkapkan menteri luarnya, Putera Saud al Faisal dan pemimpin Jordan, Raja Abdullah.

Anwar mengulas mengenai isu jaminan keselamatan Israel bukan perkara baru, namun menegaskan ia perlu mematuhi syarat untuk memberi keadilan dan keamanan kepada rakyat Palestin terlebih dahulu.

Anwar berkata, “Saya tuntas mendukung aspirasi rakyat Palestin sekian lama, bermula dari memimpin demonstrasi membantah keganasan Israel yang mendapat dokongan Amerika pada tahun 1973 di hadapan Kedutaan Amerika di Kuala Lumpur dan mewakili Malaysia pada tahun 1983 ke Persidangan PLO di Algiers setelah menerima undangan dari Yasser Arafat.

“Pendirian saya tuntas menjunjung aspirasi rakyat Palestin yang mahukan keamanan, keadilan dan kehidupan yang bermaruah bertepatan dengan semangat yang disuarakan oleh Ismail Haniyeh, perdana menteri Palestin.”

Anwar berkata, beliau memahami pendirian PAS mengenai isu itu namun menegaskan KEADILAN turut berkongsi hasrat yang sama untuk melihat tertegaknya sebuah negara Palestin yang merdeka, bebas dan makmur.

Anwar menjelaskan selepas suatu pertemuan di Qatar, Doha bersama pemimpin Palestin Khalid Mashaal, Anwar mengulangi dokongan kuat terhadap perjuangan Palestin melalui pertubuhan Hamas dan Fatah.

“Justeru adalah mustahak untuk kita sedari suara rakyat Palestin mutakhir ini adalah melalui Hamas dan Fatah sebagaimana yang tertera dalam persetujuan bersama di Doha hari ini. “Persetujuan tersebut antaranya mengungkapkan dukungan terhadap aspirasi rakyat Palestin, pengunduran tentera Israel dari tanah Arab, menghentikan keganasan dan memperakui kewujudan Palestin. Seandainya ini dihormati maka kewujudan Israel akan diiktiraf.” [26]

Membangkang kenyataan Anwar tersebut, Timbalan Pengerusi Biro Politik Hamas Dr Mousa Abu Marzouk berkata Hamas tidak sesekali mengiktiraf rejim Zionis sebagai Israel yang merupakan negara yang ditubuhkan secara haram. Menurut Dr Mousa, "Pendirian kami dengan Israel tidak pernah dan tidak akan pernah berubah. Walau apa jua sebab sekalipun, Hamas tidak akan mengiktiraf Israel. Dr Mousa berkata lagi, kewujudan negara Israel telah campur tangan dengan pentadbiran dan mengancam keselamatan dan kesucian Masjid Al-Aqsa.

"Ketamakan Israel tidak pernah berhenti. Ia akan berterusan mencapai sasarannya untuk meluaskan (wilayahnya) ke tanah Palestin, lagipun Hamas akan berterusan berjuang untuk membebaskan Palestin."[27]

Dalam perkembangan lain, Utusan Malaysia telah mendedahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menandatangani surat lobi pada 2007 supaya kerajaan Amerika Syarikat (AS) mengutamakan konsep two state solution atau penyelesaian dua negara bagi menyelesaikan konflik Israel-Palestin. Melalui konsep itu, dunia perlu mengiktiraf penubuhan negara Israel yang sah dan juga Palestin di mana Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiranan Israel akan menjadi milik Israel manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.

Pendedahan tersebut telah didedahkan oleh sebuah blog AnwarAID dengan entri bertajuk Bukti Sokong Israel: Annapolis Summit – Anwar Jadi Tali Barut Presiden Bush itu, ketika itu, Anwar merupakan salah seorang Ahli Jawatankuasa International Crisis Group (ICG), sebuah badan antarabangsa tajaan George Soros.

“Dalam mesyuarat ICG di Vancouver, Kanada, pada Mac 2007 yang turut dihadiri Anwar, organisasi itu meluluskan resolusi two state solution dan menggesa negara-negara Islam khususnya dunia Arab membuka hubungan diplomatik dengan Israel sebagai jalan penyelesaian terbaik menamatkan konflik Israel-Palestin.

“Menurut ICG, inilah cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel-Palestin seperti mana yang diperakui oleh UN Security Council Resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David Peace Accords (1978), The Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) iaitu mengiktiraf negara Palestin yang merdeka dan dalam masa sama dunia Islam mengiktiraf negara sah Israel,” kata blog AnwarAIDC. Menurut blog tersebut, resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir termasuk Anwar dan Soros.[28]

Pendedahan surat Mahathir kepada PM Israel sunting

Pada 1 Mac 2012, Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Luar Malaysia telah menyiarkan surat yang ditulis oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada tiga Perdana Menteri Israel iaitu Yitzhak Rabin pada tahun 1993; Benjamin Netanyahu pada tahun 1997; dan Ehud Barak pada tahun 1999. Kandungan surat boleh dirujuk di laman arkib berita Utusan Malaysia. Menurut Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman berkata ketiga-tiga surat itu ialah bagi menyangkal dakwaan pembangkang yang sebelum ini mendakwa, Dr Mahathir pernah menghantar sepucuk surat kepada Israel ketika beliau menjadi Perdana Menteri untuk melindungi kenyataan Anwar dalam akhbar Wall Street Jorunal (WSJ) yang mempertahankan usaha melindungi keselamatan Israel.[29]

Menurut Hanifah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika melawat Melaka pada 24 Februari 2012 dan Sekinchan, Selangor pada 26 Februari 2012 telah menyatakan kesediaan Kerajaan Malaysia untuk menyiarkan kepada umum beberapa pucuk surat Mahathir kepada Perdana Menteri Israel.

Menurut Hanifah, Malaysia telah secara konsisten memberi sokongan sepenuhnya terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk mencapai satu penyelesaian yang adil dan komprehensif terhadap konflik Palestin-Israel dan penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dan berdaulat. Kandungan surat-surat tersebut jelas menunjukkan pendirian yang berprinsip dan ketegasan Malaysia terhadap tindakan haram dan kekejaman Israel yang telah menggugat pelaksanaan proses damai, dan gesaan beliau kepada Israel untuk memenuhi obligasinya dan melaksanakan semua perjanjian yang telah dimeterai di antara Palestin dan Israel.

Beliau berkata ini termasuk Perjanjian Oslo yang ditandatangani oleh Allahyarham Yasser Arafat bagi pihak Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan Shimon Peres dari Israel pada 13 September 1993 berhubung Principles and Mutual Recognition (Prinsip dan Pengiktirafan Bersama) antara Israel dan PLO.

Anifah berkata sebagai Perdana Menteri pada masa itu, Dr Mahathir tidak pernah menyatakan sokongan beliau kepada Israel, mahupun terhadap keselamatan negara tersebut, dan surat-surat beliau, sama ada secara tersurat atau tersirat, tidak sesekali menunjukkan bahawa Malaysia mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Kesediaan Malaysia untuk mengadakan hubungan dengan Israel adalah tertakluk kepada pelaksanaan sepenuhnya oleh Israel (terhadap) semua resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang berkaitan, termasuk permohonan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB berdasarkan sempadan 4 Jun 1967, dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara Palestin. Ini merupakan pendirian Malaysia selama ini.[30]

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bagaimanapun terus mendakwa bahawa pendedahan mengenai surat ditulis oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada 3 orang Perdana Menteri Israel, membuktikan sikap kepura-puraan Mahathir selama ini. Ini kerana pada masa yang sama, menurut Saifuddin, Dr Mahathir dan Perdana Menteri seterusnya, Datuk Seri Najib Tun Razak ada menjalinkan hubungan berterusan dengan Israel. Was-was dengan ketelusan surat tersebut, Saifuddin menyatakan “Malah hasrat ini dilahirkan menerusi tulisan tangan di dalam suratnya kepada Yitzhak Rabin.”[perlu rujukan]

Berdasarkan surat yang ditulis kepada Yitzhak Rabin, Mahathir menyatakan kesediaan untuk menjalinkan hubungan dengan Israel ‘pada masa sesuai’ di samping melihat kemajuan ketara dalam proses perjanjian damai.

Surat itu ditulis bagi memaklumkan sokongan mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata kerajaan Malaysia juga selama ini mengambil sikap berat sebelah dalam isu Palestin dengan hanya mengiktiraf Fatah, tanpa mengambil kira peranan Hamas yang dipilih rakyat Palestin.[31]

Saifuddin menegaskan (hubungan sulit dan pendedahan isi surat membuktikan kerajaan Umno-BN tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat dan Israel.

Saifuddin mendakwa bahawa sikap kepura-puraan itu diteruskan oleh Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak yang melantik APCO sebagai perunding kerajaan dengan bayaran RM77 juta setahun. “Antara penasihat APCO merupakan Doron Bergerbest-Eilon, bekas Ketua Perlindungan dan Keselamatan, Agensi Keselamatan Israel.”[32] Tetapi dalam kenyataan tersebut sendiri mengakui bahawa Doron Bergerbest-Eilon bukanlah pemilik APCO, oleh itu dakwaan tersebut adalah tidak berasas.

Rujukan sunting

  1. ^ "No Malaysia Delivery to Israel?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-09-07. Dicapai pada 2008-09-27.
  2. ^ Perjalanan Panjang Singapura menjadi “Singa” di Asia
  3. ^ Menguak Cinta Rahasia antara Israel dan Singapura (3)
  4. ^ Dictionary of the Modern Politics of South-East Asia oleh Michael Leifer
  5. ^ Malaysia defends clandestine meeting with Israel
  6. ^ Summertime and the weather is fine
  7. ^ Zahid Pernah Jumpa Netanyahu Nyatakan Pendirian Malaysia
  8. ^ "Zahid perjelas pertemuan dengan Ehud Barak". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-06. Dicapai pada 2010-05-03.
  9. ^ Lubnan Sedia Beli Peralatan Ketenteraan Keluaran Malaysia
  10. ^ Mahathir attack on Jews condemned
  11. ^ [http://www.adl.org/Anti_semitism/Malaysian_1.asp Malaysian Prime Minister Mahathir Mohamad: On the Jews ]
  12. ^ [1]
  13. ^ "Ex-Malaysia PM: Abramoff Was Paid $1.2M". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-07-20. Dicapai pada 2008-09-27.
  14. ^ "[sim] INFO : Israel Sudah Mula Menguasai Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-21. Dicapai pada 2010-03-28.
  15. ^ "Penguasaan Israel Secara Halus Di Malaysia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-18. Dicapai pada 2010-03-28.
  16. ^ Anwar jelas isu Apco minggu depan
  17. ^ "Konsep 1Malaysia tiru 1Israel hanya pembohongan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-03-22. Dicapai pada 2010-03-28.
  18. ^ israel kuasai malaysia melalui singapore?
  19. ^ Perisik Israel Dalam PDRM: KPN Minta Anwar Kemuka Bukti
  20. ^ Dewan Rakyat: Anwar Dakwa Ada Perisik Israel Di Bukit Aman
  21. ^ Dewan Rakyat: Tiada Penglibatan Perisik Israel Dalam Projek PDRM - Abu Seman
  22. ^ The Wall Street Journal (Asia), - Malaysia's Anwar Presses On Despite Appeal
  23. ^ UtusanOnline - Isu Israel: TPM mahu Anwar jelaskan kenyataannya
  24. ^ UtusanOnline - Kenyataan Anwar mengenai Israel menikam diri - Rais
  25. ^ UtusanOnline -Kenyataan Anwar gambaran awal dasar luar jika jadi PM
  26. ^ KeadilanDaily - Anwar: Saya dukung perjuangan rakyat Palestin
  27. ^ New Straits Times - Hamas denies supporting Anwar’s Israel comment (2 Mac 2012)
  28. ^ UtusanOnline - Persidangan Annapolis bukti Anwar sokong Israel
  29. ^ "Surat Dr M isu Israel akan didedah, Oleh Wan Jailani Razak dan Mohd Roji Kawi, bhnews@bharian.com.my, 2012/02/27". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-27. Dicapai pada 2012-03-03.
  30. ^ AIDC- Kerajaan Siar Surat Dr Mahathir Kepada Tiga Perdana Menteri Israel
  31. ^ "HarakahDaily (BM) - Surat kepada Israel dedah sikap pura-pura BN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-03. Dicapai pada 2012-03-03.
  32. ^ KEADILAN DAILY: Surat Mahathir pada Israel bukti kepura-puraan