Hubungan Malaysia–Laos

(Dilencongkan dari Hubungan Laos-Malaysia)

Hubungan Malaysia-Laos (Lao: ລາວ–ມາເລເຊຍການພົວພັນ) merupakan diplomasi hubungan dua hala antara Malaysia dan Laos. Kedua-dua negara merupakan ahli ASEAN.

Sejarah sunting

Semasa kejatuhan Blok Komunis, Kesatuan Soviet tidak dapat lagi memberi bantuan untuk pembangunan Laos.[1] Hal ini menyebabkan Laos meminta bantuan dari negara lain untuk membantu mereka membangunkan negara dan telah membawa kepada dasar luar yang berkecuali atau neutral.[1] Semasa polisi ini diterima pakai, hubungan bersama Malaysia juga terbina.[1] Hubungan ini turut disokong oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin.[2]

Hubungan ekonomi sunting

Pada tahun 2003, perdagangan antara dua negara adalah sangat kecil dengan jumlah hanya US$2.4 juta, namun bertambah ke US$2.7 juta pada tahun berikutnya.[3] Sementara itu, pada tahun 2009, eksport Malaysia ke Laos mencecah US$7.4 juta dan pelaburan Malaysia di Laos juga mencapai US$150 juta.[4] Kedua-dua negara juga telah menandatangani pelbagai perjanjian untuk memperluas hubungan dua hala seperti Perjanjian Perdagangan Dua Hala, Perjanjian Pelancongan, Perjanjian Jaminan Pelaburan, Perjanjian Perkhidmatan Udara dan Perjanjian Kerjasama Ekonomi, Sains dan Teknikal..[3] In 2010, Malaysia ranks ninth in the list of largest foreign investors in Laos.[4][5] Sehingga 2015, Malaysia merupakan pelabur kedua terbesar Laos selepas Vietnam dengan jumlah pelaburan sehingga $430 juta.[6] Pada tahun 2017, Laos dan Malaysia menubuhkan jawatankuasa bersama mengenai kerjasama sains, teknologi dan inovasi (STI),[7] dengan syarikat-syarikat Malaysia digalakkan melabur lebih banyak di Laos.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c Martin Stuart-Fox (28 September 1997). A History of Laos. Cambridge University Press. m/s. 200–. ISBN 978-0-521-59746-3.
  2. ^ "King hopes Malaysia, Laos continue cooperation for mutual benefits". Bernama, Prime Minister's Office of Malaysia. 25 November 2010. Dicapai pada 18 November 2013.
  3. ^ a b "Trade Relations between Lao PDR and Malaysia" (PDF). Smepdo.org. Dicapai pada 18 November 2013.[pautan mati kekal]
  4. ^ a b "Laos, Malaysia sign three cooperation documents". Vientiane Times, Lao Investors House. 4 June 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-11-18. Dicapai pada 18 November 2013.
  5. ^ "NA president receives Malaysian Ambassador". The National Assembly of The Lao People's Democratic Republic. Dicapai pada 18 November 2013.
  6. ^ Ralph Jennings (3 May 2017). "Impoverished Laos Shows Resistance To Becoming A Client State Of China". Forbes. Dicapai pada 12 May 2017.
  7. ^ "Malaysia, Laos to establish joint committee on STI, ink MoU on STI". Bernama. The Sun. 9 May 2017. Dicapai pada 12 May 2017.[pautan mati kekal]
  8. ^ "Opening way for Malaysia-Laos trade". The Star. 12 May 2017. Dicapai pada 12 May 2017.