Buka menu utama
Bendera Malaysia
Bendera Palestin

Hubungan Malaysia – Palestin erat kerana masjid ke-3 suci dalam Islam Masjid Al-Aqsa berada di Baitulmuqaddis, Palestin.

Perjuangan memerdekakan Palestin diketuai oleh PLO, kemudian Fatah dan kini Hamas. Fatah (Harakat al-Tahrir al-Filistiniya) ditubuhkan pada 1950-an dan Hamas (Harakat al-Muqawama al-Islamiya) ditubuh pada 1987. Kerajaan Malaysia dan UMNO dilihat menyokong PLO dan Yasser Arafat sementara PAS menyokong Hamas yang pro rakyat. Amerika melabel Hamas sebagai kumpulan pengganas walaupun memang pilihan raya pada 25 Januari 2006. Hamas mendapat 74 kerusi, Fatah mendapat 45 kerusi sahaja.

Perang saudara antara Hamas dengan Fatah berterusan di mana Hamas disokong oleh Iran-Syria. Fatah pula disokong oleh Israel-A.S. Mahmood Abbas dan Fatah menerima AS$86.4 juta dari AS sebagai sumbangan untuk memperkemaskan pasukan keselamatan Presiden.[1]

Era Yasser ArafatSunting

Sebagai negara kecil dan jauh, Malaysia tidak pernah menghantar tentera atau logistik menentang Yahudi / Israel di bumi Palestin. Ketika Yasser Arafat dikepung di pejabatnya dan dituduh sebagai pengganas, Malaysia dan negara OIC tidak mampu berdetik. Malaysia selaku pengerusi Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Pengerusi Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) mengulangi sokongan padunya terhadap perjuangan rakyat Palestin.

Yasser mati pada 11 November 2004 di sebuah hospital tentera di paris. Semasa hayatnya beliau berdamai dengan Yitzhak Rabin dan di hadapan Bill Clintonmelalui Perjanjian Kem David. Melalui Perjanjian Oslo, PLO dibenarkan mendirikan negara Palestin di Tebing Barat dan Gaza. Di Ramallah, Arafat menobat dirinya sebagai Presiden Palestin.[2]

Pada 1984, Arafat berkunjung ke Malaysia menemui Menteri Luar Tengku Ahmad Rithauddeen Ismail dan Tan Si ghazali Shafie.

Era Presiden Mahmoud AbbasSunting

Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon bersalam di Sharm el-Sheikh, Mesir.[3]Pelan damai Israel - Palestin itu dianjurkan oleh Amerika Syarikat (AS). Perjanjian itu disaksikan oleh Presiden Mesir Hosni Mubarak dan Raja Abdullah dari Jordan.

Pada 2007 Presiden Palestin Mahmoud Abbas berkunjung ke Kuala Lumpur menemui bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Pada 26 Mei 2010, sekali lagi beliau terbang ke Malaysia menemui Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak dan Sultan Mizan Zainal Abidin.[4]

RujukanSunting