Hubungan Malaysia–Sweden

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Sweden telah ditubuhkan pada 1958.[1] Malaysia mempunyai kedutaan di Stockholm sementara Sweden pula mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur. Sehingga 2009, 90 syarikat Sweden telah bertapak di Malaysia, dan kira-kira 450 warga Sweden tinggal di sini.[2]

Hubungan Malaysia–Sweden
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan Sweden

Malaysia

Sweden

Perjanjian dua hala sunting

Malaysia dan Sweden mempunyai perjanjian dua hala mengenai perlindungan bersama pelaburan yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada 3 Mac 1979.[3][4] Satu perjanjian dibuat antara pihak Sweden dengan Malaysia bagi tujuan perkhidmatan udara antara dan luar wilayah masing-masing, yang ditandatangani di Kuala Lumpur pada 19 Oktober 1967.[5] Negara-negara ini juga mempunyai perjanjian dua hala bagi mengelakkan cukai berganda dan pencegahan pengelakan fiskal cukai pendapatan.[6]

Kes penculikan 1975 sunting

Pada 1975, para Tentera Merah Jepun menculik charge d'affaires Sweden Fredrik Bergenstråhle dan setiausahanya Ödqvist Ulla di Kuala Lumpur.[7] Salah seorang pegawai Malaysia, Tan Sri Osman S. Cassim, kemudian dianugerahkan Darjah Bintang Kutub Diraja oleh Sweden atas tindakannya dalam menyelamatkan mereka.[8][9]

Hubungan ekonomi sunting

Pada tahun 2006, eksport Sweden ke Malaysia berjumlah kira-kira RM1.6 bilion, manakala dan import dari Malaysia ialah kira-kira RM0.7 bilion. Eksport Sweden ke Malaysia terdiri daripada peralatan telekomunikasi, kenderaan bermotor, bahan kimia, jentera penjanaan kuasa dan peralatan, mesin, kertas, serta bijih besi dan keluli. Sweden pula mengimport elektronik dan komponen elektrik, jentera dan peralatan, tekstil, minyak sawit dan getah mentah dari Malaysia.[10][11] Volvo pula menguruskan sebuah anak syarikat milik penuh di Malaysia yang mengeluarkan menghasilkan lori.[12]

Hubungan ketenteraan sunting

Pada 2000, Tentera Laut Sweden bersetuju memberi pinjam empat buah bot serangan kepada Menteri Pertahanan Datuk Seri Najib Razak untuk meningkatkan keselamatan di perairan Sabah.[13]

Lawatan negara sunting

Pada 2005, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin dan Raja Permaisuri Agong Tengku Fauziah melawat Sweden.[2][14]

Rujukan sunting

  1. ^ "National Day Of Sweden Celebrations In Malaysia". Scandasia.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-09-26. Dicapai pada 2009-06-05.
  2. ^ a b "H.E. Helena Sångeland: Swedish Ambassador to Malaysia". Scandasia.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-08. Dicapai pada 2009-06-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ Text of the treaty in Swedish, Malay and English
  4. ^ Bilateral investment treaties, By Rudolf Dolzer, Margrete Stevens, International Centre for Settlement of Investment Disputes
  5. ^ Agreement between the European Community and the Government of Malaysia on certain aspects of air services
  6. ^ Lang, Michael (2001). Tax treaty interpretation. Kluwer Law International. ISBN 90-411-9857-1. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  7. ^ "Terrorists' Jet Lands in Libya". St. Petersburg Times. August 8, 1975. Dicapai pada 2009-06-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  8. ^ "His Majesty King Carl XVI Gustaf of Sweden awards Malaysian citizen Tan Sri Osman S. Cassim the Royal Order of the Polar Star". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-07-28. Dicapai pada 2012-05-16.
  9. ^ "Former sec-gen receives Swedish royal order for his brave feat in 1975". The Star. May 7, 2009. Dicapai pada 2009-06-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  10. ^ "Trade with Malaysia". Sweden. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-04-20. Dicapai pada 2009-06-11.
  11. ^ "Malaysia, Sweden trade on the rise". New Straits Times. September 7, 1995. Dicapai pada 2009-06-05. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  12. ^ http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20090828000416/Article/index_html
  13. ^ "Malasia Approves Loan". AsiaPulse News. 2000-10-23. Dicapai pada 2009-06-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)CS1 maint: date and year (link)
  14. ^ "King Syed Sirajuddin And Queen Fauziah On Official Visit". Getty Images. March 7, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-25. Dicapai pada 2009-06-06. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)