Hubungan Malaysia–United Kingdom

Hubungan Malaysia – United Kingdom merujuk kepada hubungan luar negeri dua hala di antara dua negara, Malaysia dan United Kingdom. UK mempunyai sebuah kedutaan besar di Kuala Lumpur, dan Malaysia mempunyai kedutaan besar di London. Kedua-dua negara adalah anggota penuh Negara-Negara Komanwel.

Hubungan Malaysia – United Kingdom
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan United Kingdom

Malaysia

United Kingdom

Sejarah sunting

Bekas negeri naungan dan petempatan British di Semenanjung Melayu mendapat kemerdekaan dari United Kingdom pada 1957, sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Sabah dan Sarawak mendapatkan kemerdekaan dari United Kingdom pada 1963, dan menyertai Persekutuan Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.

Lawatan rasmi sunting

 
Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah kereta kuda dengan Ratu Elizabeth II pada lawatan rasmi ke London, 1974.
 
Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad menyampaikan ucapan di Chatham House di United Kingdom, 1 Oktober 2018

Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdul Halim dari Kedah mengadakan lawatan negara ke UK pada Julai 1974.[1] Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah dari Perak pula mengadakan lawatan rasmi ke United Kingdom pada November 1993.[1]

HM Ratu Elizabeth II dari United Kingdom mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia pada Oktober 1989, dan pada September 1998.[2]

Pautan ketenteraan sunting

UK dan Malaysia adalah sebahagian dari Perjanjian Pertahanan Lima Negara.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Ceremonies: State visits". Official web site of the British Monarchy. Dicapai pada 2008-11-26.
  2. ^ "OUTWARD STATE VISITS MADE BY THE QUEEN SINCE 1952". Official web site of the British Monarchy. Dicapai pada 2008-11-26.