Hubungan Amerika Syarikat–Malaysia

Hubungan Malaysia–Amerika Syarikat sering dilihat sebagai hubungan antara kuasa besar dengan negara kecil dari sebuah negara Islam. Semasa Perang Dingin antara Amerika SyarikatRusia dan China, Amerika dilihat sebagai pelindung kepada negara-negara kecil seperti Malaysia. Hubungan antara kedua-dua negara ini diklasifikasikan sebagai intim dan erat. Rakyat dan pemimpin antara kedua-dua negara saling kunjung-mengunjungi. Kedutaan Amerika Syarikat terletak di persimpangan Jalan Tun Razak-Jalan Ampang dan beberapa kali menjadi sasaran penunjuk perasaan rakyat Malaysia berhubung isu Palestin.

Hubungan Malaysia-Amerika Syarikat
Peta menunjukkan lokasi Malaysia dengan USA

Malaysia

Amerika Syarikat

Hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat memuncak dengan kedatangan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama ke Kuala Lumpur pada 26 April 2014. Kunjungan ini merupakan kunjungan kedua oleh pemimpin utama Amerika Syarikat ke Malaysia selepas Lyndon B. Johnson pada tahun 1966.

Sejarah sunting

 
Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo bertemu Perdana Menteri Malaysia Mahathir bin Mohamad di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya, 3 Ogos 2018

Dari segi sejarah, Malaysia masih boleh dikatakan sebagai sebuah negara baru (mula ditubuhkan 1957) berbanding negara Amerika Syarikat telah dibentuk lebih 200 tahun. Bendera Malaysia yang menampilkan tujuh jalur merah dan tujuh jalur putih dengan bulan bintang berwarna kuning di jalur biru di bahagian tepi kiri mempunyai persamaan dengan bendera Amerika Syarikat. Amerika mempunyai 50 negeri sementara Malaysia mempunyai 14 buah negeri.

Ramai pelajar Malaysia melanjutkan pelajaran di universiti-universiti dan kolej-kolej terkemuka di Amerika Syarikat.

Perdagangan dan pelaburan sunting

Amerika Syarikat adalah pelabur asing terbesar di Malaysia. Syarikat-syarikat dari Amerika giat melabur di Malaysia terutamanya dalam sektor tenaga, elektronik, dan pembuatan, dan menggaji hampir 200,000 rakyat tempatan. Nilai kumulatif pelaburan persendirian A.S. dalam sektor pembuatan di Malaysia adalah lebih kurang $15 bilion. Dalam tahun 1970-an, syarikat-syarikat Amerika termasuk Agilent, AMD, Fairchild Semiconductor, Freescale, Intel, Texas Instrument dan Western Digital telah merintis sektor elektrikal dan elektronik (E&E) di Malaysia, serta mengeksport berbilion ringgit barangan itu ke kilang-kilang dan sebagainya di seluruh dunia setiap tahun. Syarikat utama minyak dan gas, termasuk ExxonMobil, ConocoPhillips, Hess dan Murphy Oil telah melabur berbilion ringgi untuk membangunkan sumber tenaga Malaysia.

Pelabur Amerika terkini termasuk Hershey, Kellogg, Bose dan Darden. Pelaburan Malaysia di Amerika Syarikat adalah kecil tetapi semakin bertambah terutamanya dalam hiburan, permainan dan bioteknologi. Amerika Syarikat adalah rakan dagang keempat terbesar Malaysia sementara Malaysia pula adalah rakan dagang ke-22 terbesar Amerika Syarikat. Perdagangan dua hala tahunan dalam barangan dan perkhidmatan berjumlah lebih kurang $44 bilion.

Kedua-dua negara kini sedang merundingkan perjanjian perdagangan bebas yang diberi nama Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik bersama 10 negara lain.

Kedutaan sunting

 
Kedutaan A.S. di Kuala Lumpur.
 
Kedutaan Malaysia di Washington, D.C.

Kedutaan Amerika Syarikat terletak di Jalan Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur. Pegawai kedutaan ini termasuklah:

  • Duta - Joseph Y. Yun (Ogos 2013 - sekarang)
  • Timbalan Ketua Perwakilan - Edgard D. Kagan (Julai 2014- sekarang )
  • Pemangku Penasihat politik- Aaron M. Cope
  • Penasihat ekonomi - Andrew R. Herrup
  • Penasihat perdagangan - Stephen Jacques
  • Pegawai perhubungan awam - Frank J. Whitaker
  • Atase pertanian - Chris Rittgers
  • Konsul perwakilan - Wendy Vincent

Kedutaan Malaysia pula terletak di International Court NW di Washington, D.C.

Jadual perbandingan negara sunting

  Malaysia   Amerika Syarikat
Penduduk 33,181,072 332,403,650
Luas 329,847 km² (127,355 sq mi) 9,826,630 km² (3,794,066 sq mi )
Kepadatan penduduk 83/km² (216/sq mi) 31/km² (80/sq mi)
Ibu negara Putrajaya Washington, D.C.
Bandar terbesar Kuala Lumpur - 1,887,674 (7,200,000 Metro) New York City - 8,214,426 (18,818,536 Metro)
Kerajaan Kerajaan persekutuan, Demokrasi berparlimen
Bahasa rasmi Bahasa Melayu Bahasa Inggeris (de facto)
Agama utama 60.4% Islam, 19.2% Buddha, 9.1% Kristian, 6.3% Hindu, 2.6% Agama tradisi Cina, 2% lain-lain kepercayaan 78% Kristian, 2% Buddha, 1% Yahudi, 1% Islam,12% Lain-lain agama
GDP (nominal) $165 billion ($6,648 Per kapita) $13.770 trillion ($44,190 Per kapita)

Kontroversi sunting

Amerika proksi Israel sunting

Amerika Syarikat dilihat mempunyai dasar luar yang condong kepada Israel. Sebagai sebuah negara Islam, Malaysia pula mempunyai dasar luar yang menyokong Palestin dan Malaysia seringkali menyuarakan bantahan terhadap serangan dan dasar Israel terhadap Palestin. Perkara ini seringkali menjadi halangan kepada hubungan yang lebih erat di antara kedua-dua Malaysia dan Amerika Syarikat.

Umat Islam seluruh dunia amat kesal dengan dasar Amerika yang menjadikan Israel wilayah tidak rasminya selepas Alaska. Semua serangan roket dan bom berangkai yang dilancarkan oleh Israel, sebenarnya dibekalkan oleh kilang-kilang senjata di Amerika. Israel adalah proxy Amerika di Timur Tengah.

Amerika berdolak-dalik untuk membekalkan Malaysia dengan jet canggih seperti F15 dan kereta kebal. Malaysia dibenarkan membeli kapal terbang skyhawk yang pernah digunakan semasa Perang Vietnam 1975. Oleh itu Malaysia mendapatkan jet pejuang Sukhoi dari Rusia. Kereta kebal 'Adnan' dari Turki. Kapal selam Scorpene dari Perancis. Sedangkan Singapura mendapatkan khidmat ketenteraan dan senjata canggih dari pihak Israel.

Serangan 911 sunting

Negara Islam menjadi mangsa dasar Amerika Syarikat selepas serangan 911. Semua negara tanpa kecuali diminta menyokong Amerika untuk menyerang Afghanistan untuk memburu Osama bin Laden atas nama memerangi pengganas. Iraq dituduh memiliki senjata WMD dan senjata nuklear .Presiden Saddam Hussein yang menjadi paksi kejahatan mestilah dimusnahkan. Pada 2003, kerajaan Malaysia adalah antara negara yang terpaksa akur tunduk. Ketika itu, RTM menyiarkan iklan-iklan versi Amerika ini . Beberapa negara Islam seperti Pakistan, Turki dan Turkmenistan dijadikan pangkalan kapal terbang mengisi minyak dan pangkalan tentera Amerika untuk menyerang. Pangkalan tentera dibina Dhahran, Arab Saudi bagi menyekat kemaraan Iran dan Iraq. Negara kecil seperti Kuwait, Qatar, UAE , Bahrain dan lain-lain menyediakan pelbagai faciliti yang diperlukan oleh tentera Amerika Syarikat. Singapura turut menyediakan pelabuhannya untuk membaiki kapal perang jika berlaku kerosakan. Kapal terbang mengisi petrol di udara turut disediakan di Lautan Hindi.

Lanun Selat Melaka sunting

Amerika Syarikat di bawah Presiden George W. Bush melihat lanun berpotensi menjadi pengganas yang boleh menculik pelancong dan mengebom lokasi strategik di Bali, Jakarta, Singapura dan lain-lain. Peningkatan aktiviti lanun di Selat Melaka amat membimbangkan Amerika kerana laluan ini menjadi laluan kapal perang, kapal dagang, kapal tangki petroleum dan lain-lain dari Timur Tengah ke Amerika Syarikat. Kapal perang berkuasa nuklear memilih menggunakan Selat Melaka berbanding Selat Sunda.

Lanun dan pengganas Abu Sayyaf di Mindanao,Filipina turut menerima tempias dasar pre emtif Amerika Syarikat. Tentera marin Amerika tidak berpuas hati dengan tentera Filipina lalu bertindak memerangi 'kem-kem pengganas' di kepulauan Jolo.

Pekilang dari Amerika Syarikat sunting

Sejak tahun 1970-an, pekilang-pekilang dari Amerika Syarikat menikmati insentif kawasan perindustrian bebas di Sungai Way, Bayan Lepas dan lain-lain. Antara pekilang-pekilang ini ialah Western Digital, Intel, Motorola, Texas Instruments yang produk mereka termasuk cip komputer, barang elektrik dan elektronik. Kilang-kilang ini tidak dikenakan cukai selama 5 tahun. Selepas itu, syarikat dari Jerman dan Jepun banyak melabur di Malaysia dan mereka ini kebanyakannya berasaskan insentif buruh. Antaranya ialah Hitachi,Sony, National Seminconductor, Robert Borch, Sumida dan Panasonic .

Apabila Amerika Syarikat mengamalkan dasar berbaik-baik semula dengan India, Vietnam dan China, maka pekilang-pekilang ini beralih arah ke negara-negara tersebut kerana buruh lebih murah, penduduk 1 bilion yang berpotensi menjadi pasaran barang elektronik dan elektrik. Akhirnya Malaysia kehilangan kelebihan buruh murah.

Perjanjian FTA sunting

Malaysia dan Amerika Syarikat telah mengadakan beberapa siri perundingan untuk perjanjian perdagangan bebas tetapi masih belum memuktamadkan perjanjian selepas lapan pusingan perundingan. Pada tahun 2010, Malaysia menyertai Amerika Syarikat, Australia, Brunei, Kanada, Chile, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura dan Vietnam dalam perundingan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik atau lebih dikenali dengan TPP (Jepun kemudian menyertai perundingan pada tahun 2013). Perjanjian ini bertujuan meluaskan capaian pasaran, memperkuatkan perlindungan harta intelek, dan menyokong standard perburuhan dan alam sekitar yang lebih tinggi, pada masa yang sama memupuk integrasi ekonomi yang lebih tinggi dalam kalangan negara-negara yang menyertai perjanjian.

Selain daripada itu Malaysia juga mempunyai perjanjian dengan pelbagai negara seperti dengan Kanada, Mexico, Singapura dan Australia. Malaysia terpaksa mengikut rentak negara-negara ini agar tidak ketinggalan. Malaysia amat bergantung pada barangan dari Amerika Syarikat seperti jentera, mesin, perkakasan dan perisian komputer, filem, makanan dan benih ayam dan lain-lain. Malaysia amat mengharapkan Amerika membeli minyak kelapa sawit, sarung tangan, petroleum, cip semiconduktor dan lain-lain.

Campur tangan dalam negeri sunting

Pada 3 julai 2008, Tom Casey dari Jabatan Negara Amerika Syarikat menyatakan Amerika Syarikat menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar yang bermotifkan politik.[1] Ketika itu Anwar Ibrahim terpaksa bersembunyi di Kedutaan Turki berikutan kes sodom Saiful Bukhari Azlan . Pada 4 Julai 2008, Setiausaha Agung PPIM Datuk Dr Ma'amor Osman menghantar memorandum bantahan terhadap campurtangan kuasa besar itu dalam urusan hal ehwal dalaman Malaysia.[2][3]

Boikot produk Amerika sunting

Setelah pelbagai usaha menarik perhatian Amerika agar prihatin dengan nasib Palestin di Gaza, segelintir daripada rakyat Malaysia memboikot produk negara itu seperti kopi Starbucks, Coca-Cola dan ubat gigi Colgate seperti yang disaran oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia serta badan bukan kerajaan yang lain. Banyak kilang dan produk ini diusahakan secara francais oleh usahawan Malaysia juga. Banyak lagi senarai barangan yang hendak diboikot disebarkan melalui SMS.[4]

Bekas Presiden Bursa Malaysia, Muhammad Salleh Majid bimbang dengan implikasi tindakan itu. Malaysia era Tun Dr Mahathir Mohamad memperkenalkan kempen "Beli Barangan Britain Akhir". Kempen itu berikutan perbezaan mengenai hak pendaratan penerbangan dan kos penuntut Malaysia. Bagaimanapun Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher mengadakan perundingan dengan Dr Mahathir dan kempen itu tamat. Dr Mahathir mencadangkan Malaysia dan OIC berhenti menggunakan dolar AS dan beralih kepada Euro.Ada 1.5 bilion Muslim di seluruh dunia berbanding dengan 14 juta orang Yahudi dan kita hendaklah bersatu menentang mereka (rakyat Amerika dan rakyat Israel).Terlalu banyak produk dan industri yang dimiliki oleh Yahudi di Amerika seperti industri filem Hollywood, media , kewangan , internet dan lain-lain. [5] Ironinya, pada 1980 , Malaysia tidak menghantar pasukan bola sepak ke Olimpik Moscow 1980 kerana menyokong boikot Amerika Syarikat bagi membantah pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan.[6]

Pada 9 Januari 2009, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Mohammad Sabtu Osman menyatakan demonstrasi membantah kekejaman Israel diadakan di Masjid Negara, Masjid Kampung Baru, Kedutaan Amerika Syarikat, Kedutaan Mesir dan Masjid Kementerian Pertahanan. Demonstrasi terbesar diadakan di Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak yang melibatkan lebih 5,000 orang dan disertai oleh 127 pertubuhan bukan kerajaan dan parti politik. Di Masjid Negara, kempen boikot barangan keluaran Yahudi turut disertai bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersama lebih 1,000 orang. 10,000 pelekat "Boikot Produk US" dan 'Anti Israel' diedar kepada orang ramai.[7]

Tahanan Penjara Guantanamo sunting

Dua rakyat Malaysia ditahan tanpa bicara oleh tentera marin Amrika di Teluk Guantanamo. Kerajaan Malaysia tidak dapat berbuat apa-apa kerana Malaysia sendiri mempunyai ISA iaitu seseorang pesalah boleh dikurung selama 6 bulan hingga 2 tahun di Kem Tahanan Kamunting. Ada yang menyamakan Kem Tahanan Kamunting dengan penjara Teluk Guantanamo.[8]

Pada 24 Januari 2009, Perdana Menteri Malaysia Abdullah Ahmad Badawi berharap Presiden Barack Obama menyegerakan penutupan penjara itu dan membenarkan pegawai PDRM berjumpa dengan Mohammed Nazir Lep dan Mohammad Farik Amin. Mereka berdua dituduh terbabit dengan rangkaian pengganas Jemaah Islamiah (JI) dan serangan bersiri di Asia Tenggara termasuk Pengeboman Bali 2002. Mohammed Nazir disyakki memindahkan dana Al-Qaeda untuk digunakan dalam pengeboman JW Marriott 2003 di Jakarta dan 12 orang terbunuh.

Kerjasama banteras jenayah sunting

Pada 24 Januari 2009, Perjanjian Bantuan Perundangan Dua Hala Amerika Syarikat-Malaysia (MLAT) mengenai jenayah bagi membolehkan kedua-dua negara memerangi keganasan antarabangsa dengan lebih berkesan, telah dikuatkuasakan. Ilango Karuppannan selaku Kuasa Usaha Malaysia dan Penolong Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Asia Timur dan Pasifik AS Christopher Hill, memeterai protokol instrumen pengesahan perjanjian itu di Jabatan Negara di Washington,Amerika Syarikat pada 21 Januari 2009. Iaitu sehari selepas Presiden Barack Obama angkat sumpah sebagai presiden dan menandakan lembaran baru hubungan Malaysia-Amerika Syarikat. Agensi yang terlibat ialah Polis, Jabatan Kastam, Jabatan Imigresen, Bank Pusat, Suruhanjaya Syarikat dan Biro Siasatan Persekutuan. Amerika memulakan usul ini pada 1996, dimulakan pada Mac 2004 dan ditandatangani pada Julai 2006 sempena kunjungan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Dr. Condoleezza Rice yang menghadiri Mesyuarat Menteri-menteri/Persidangan Pasca Peringkat Menteri Asean ke-11 dan Mesyuarat Serantau Asean. Amerika Syarikat menandatangani perjanjian serupa dengan lebih 60 negara lain.

Perjanjian ini berkaitan penyeludup dadah, penyangak wang dan penyeludup manusia yang merupakan jenayah merentas sempadan. Semua bukti, kenyataan, urusan mengatur perjalanan seseorang ke negara lain bagi memberi keterangan atau membantu dalam penyiasatan, penyerahan dokumen, urusan carian dan rampasan, mengesan dan mengenal pasti orang, benda atau tempat terbabit, memeriksa objek dan tempat kejadian, membekukan dan merampas aset atau harta dan mengutip bayaran denda serta mengenal pasti atau mengesan pendapatan daripada kegiatan jenayah.Urusan penyiasatan dan prosiding berkaitan kes jenayah lebih mudah dan cepat.

Perjanjian ini perjanjian ekstradisi. Namun ada kalanya saksi dari Malaysia perlu dibawa ke Amerika Syarikat. Contohnya jenayah di Washington tetapi menyembunyikan wang di bank Malaysia. [9]

Perjanjian perdagangan sunting

Presiden Barack Obama dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton telah mendakwa bahawa mereka telah memberikan "harapan baru" kepada warga dunia, termasuk Malaysia. Obama telah melawat Indonesia, Turki dan berucap di Universiti Al Azhar, Mesir. Ketika di Mesir, Obama mengiktiraf Kuala Lumpur sebagai contoh negara berpenduduk majoriti Islam yang progresif.[perlu rujukan]

Pada 14-15 Mei 2009, Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman berbincang dengan Hillary Rodham Clinton dan Richard Lugar di Washington, D.C. Jumlah perdagangan dua hala Malaysia-Amerika ialah AS$49 bilion. Amerika Syarikat dan Malaysia telah memulakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala sejak Jun 2006 dan akan dimuktamatkan.[10]

Rujukan sunting