Hubungan Malaysia–Republik Czech

Hubungan Malaysia-Republik Czech merupakan diplomasi hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Czech. Republik Czech mempunyai kedutaan di Kuala Lumpur,[1] dan Malaysia juga mempunyai kedutaan di Prague.[2]

Sejarah sunting

Berikutan penubuhan hubungan dengan Kesatuan Soviet pada tahun 1968, Malaysia turut mengembangkan hubungannya dengan Republik Czech dan beberapa negara Eropah timur yang lain.[3] Pada tahun 2000, Timbalan Perdana Menteri Czech telah melakukan lawatan ke Malaysia,[4] dan pada tahun 2006, Timbalan Menteri Luar dan Presiden Senat Parlimen Czech telah melakukan lawatan rasmi ke Malaysia.[5] Di pihak Malaysia, ketua kakitangan angkatan tentera telah mengadakan lawatan kerja ke Republik Czech pada tahun yang sama.[5] Pada tahun 2012, Presiden Czech, Václav Klaus pula melakukan lawatan ke Malaysia.[6]

Hubungan ekonomi sunting

Hubungan kedua-dua negara telah dibangunkan dengan jayanya terutamanya dalam perdagangan melalui eksport Czech ke Malaysia bagi produk kejuruteraan, peralatan mesin, dan motor elektrik. Sementera Malaysia pula merupakan pengeksport utama jentera, getah, koko dan peralatan elektrik yang lain ke Republik Czech.[4][7] Pada tahun 2000, perdagangan antara kedua-dua negara adalah lebih dari CZK 7.7 bilion dan firma Czech sedang giat mencari peluang untuk pelaburan dan perusahaan bersama di Malaysia.[4] Beberapa ahli perniagaan Malaysia turut datang ke Prague untuk membina hubungan dengan syarikat Czech terutama projek-projek Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).[8]

Hubungan pendidikan sunting

Pada tahun 2000, Kerajaan Republik Czech telah mula menawarkan satu biasasiwa pascasiswazah kepada rakyat Malaysia pada setiap tahun,[4] dan pada September 2006, kumpulan pertama yang terdiri daripada 70 orang pelajar Malaysia telah memulakan pelajaran dalam bidang perubatan di sana.[5] Berikutan kejayaan tersebut, jumlah pelajar Malaysia di Republik Czech bertambah ke 200 orang pada tahun 2008.[9]

Misi diplomasi sunting

 
Kediaman kedutaan Malaysia di Prague
  • Republik Czech mempunyai sebuah kedutaan di Kuala Lumpur
  • Malaysia mempunyai sebuah kedutaan di Prague

Rujukan sunting

  1. ^ "Embassy of Czech Republic in Kuala Lumpur". Embassy of Czech Republic, Kuala Lumpur. Dicapai pada 18 February 2014.
  2. ^ "Official Website of Embassy of Malaysia, Prague". Ministry of Foreign Affairs, Malaysia. Dicapai pada 18 February 2014.
  3. ^ Christoph Marcinkowski; Constance Chevallier-Govers; Ruhanas Harun (2011). Malaysia and the European Union: Perspectives for the Twenty-First Century. LIT Verlag Münster. m/s. 40–. ISBN 978-3-643-80085-5.
  4. ^ a b c d República Checa Ministerstvo zahranicních vecí; Česko. Ministerstvo zahraničních věcí; Ústav mezinárodních vztahu (Praga) (1 January 2001). Report on the Foreign Policy of the Czech Republic: between January 2000 and December 2000. Ministerstvo zahraničních věcí České republiky. m/s. 173–. ISBN 978-80-86345-19-2.
  5. ^ a b c Czech Republic. Ministerstvo zahraničních věcí; República Checa Ministerstvo zahranicních vecí (1 January 2007). Report on the Foreign Policy of the Czech Republic: between January 2006 and December 2006. Ministerstvo zahraničních věcí České republiky. m/s. 289–. ISBN 978-80-86345-59-8.
  6. ^ "President of Czech Republic arrives for visit". New Straits Times. 4 July 2012. Dicapai pada 18 February 2014.
  7. ^ Ústav mezinárodních vztahu (Praga); República Checa Ministerstvo zahranicních vecí (1 January 2004). Report on the Foreign Policy of the Czech Republic: between January 2003 and December 2003. Ministerstvo zahraničních věcí České republiky. m/s. 112–. ISBN 978-80-86345-49-9.
  8. ^ "Malaysian businessmen coming to Prague". 7 February 2014. Dicapai pada 18 February 2014.
  9. ^ Report on the Foreign Policy of the Czech Republic: between January 2008 and December 2008. Ministerstvo zahraničních věcí České republiky. 1 January 2009. m/s. 304–. ISBN 978-80-86345-73-4.

Pautan luar sunting