Hubungan Kemboja–Thailand

(Dilencongkan dari Hubungan Thailand - Kemboja)

Hubungan Thailand - Kemboja semakin panas walaupun kedua-dua negara berjiran ini mengamalkan agama Buddha yang sama. Thailand dan Kemboja berkongsi sempadan di sebelah timur.

Hubungan Thailand–Kemboja

Thailand

Kemboja

Thaksin sebagai penasihat ekonomi Kemboja sunting

Kemboja telah melantik bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra sebagai penasihat ekonomi kerajaan Kemboja. Pada 5 November 2009, duta Thailand ke Kemboja dipanggil pulang kerana tidak setuju dengan perlantikan itu. Thaksin pernah dilantik dua kali sebagai Perdana Menteri Thailand. Beliau digulingkan dalam satu rampasan kuasa tentera pada 2006. Kini menetap di Dubai bagi mengelak daripada hukuman penjara berikutan tuduhan jenayah rasuah. Perdana Menteri baru Thailand , Abhisit Vejjajiva mahu membawa Thaksin pulang bagi dihadapkan ke muka pengadilan.

Perdana Menteri Kemboja Hun Sen berpendapat bahawa pengalaman dan wawasan Thaksin dapat digunakan untuk memajukan Kemboja. Raja Sihamoni turut bersetuju dengan perlantikan tersebut. [1] Hun Sen bukan sahaja enggan mengekstradisi Thaksin kepada Bangkok, malah menawarkan pula kedudukan dan memberi perlindungan kepada beliau. Bagi Hun Sen, Thaksin adalah tahanan politik. Perjanjian ektradisi hanya melibatkan pertukaran penjenayah, bukan tahanan politik.Penganalisis politik Asia Tenggara, Ahmad Zaki Hassan berpendapat tindakan Abhisit terlalu gopoh.[2]

Hun Sen menyifatkan Thaksin sebagai 'mangsa politik' di negaranya sendiri dan mempelawa Thaksin untuk menetap sebagai tetamu di Kemboja. Hun Sen dan Abhisit bertikam lidah pada sidang kemuncak ASEAN di Hua Hin, Thailand. Baginya, kesusahan Thaksin sama dengan keussahan yang dialami ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi. Thaksin dikagumi keranan mampu membangunkan Thailand akibat krisis kewangan dan ekonomi pada 1999.

Setiausaha Agung ASEAN, Surin Pitsuwan berpendapat bahawa sengketa ini memalukan ASEAN dan menjejaskan kredibiliti ASEAN.

Pada 5 Februari 2010, Jurucakap kerajaan Kemboja, Khieu Kanharith menafikan kerajaan Kemboja memberi kerakyatan kepada Thaksin.[3]

Tenaga di Teluk Thailand sunting

Thailand dan Kemboja cuba berunding tentang pembahagian sumber tenaga di sepanjang sempadan laut Teluk Thailand. [4]Thailand bertindak membatalkan memorandum persefahaman (MoU) antara kedua-dua negara berhubung usaha cari gali minyak yang ditandatangani antara kedua-dua negara semasa Thaksin masih berkuasa. Terbaru Thailand bertindak menutup sempadannya dengan Kemboja diikuti tindakan serupa daripada pihak Kemboja.

Askar Kemboja, Thailand bertempur sunting

kuil Preah Vihear berusia 900 tahun menjadi punca sengketa dan masing-masing mendakwa kuil itu milik negara mereka.

Pada 24 Januari 2010, Kuil Preah Vihear di sempadan Thailand - Kemboja menjadi punca pertempuran antara kedua-dua tentera sempadan. Lt Jen Chea Tara, Timbalan Komander Angkatan Tentera Kemboja dan komander lapangan kawasan Preah Vihear melaporkan bahawa pasukan tentera Kemboja tiada yang terbunuh.Mereka bertempur kira-kira 20 kilometer ke timur kuil itu.

Punca pertempuran ialah askar Thailand cuba menceroboh wilayah Kemboja.Lt Jen Chhum Socheach dari Kementerian Pertahanan Thailand melaporkan bahawa pertempuran itu berlaku jam 9 pagi.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ Thailand panggil pulang duta dari Kemboja
  2. ^ Konflik Kemboja-Thailand malukan ASEAN
  3. ^ Kemboja nafi Thaksin diberi kerakyatan
  4. ^ Apa muslihat Kemboja lantik Thaksin sebagai penasihat?
  5. ^ "Askar Kemboja, Thailand bertempur". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-27. Dicapai pada 2010-01-24.

Templat:Hubungan luar negeri Kemboja