Buka menu utama

Hudson's Bay Company (HBC; Bahasa Perancis: Compagnie de la Baie d'Hudson - "Syarikat Teluk Hudson") ialah sebuah kelompok dagang peruncitan di Kanada; ia tidak sahaja menjalankan kedai-kedai di sana tetapi juga di Amerika Syarikat serta beberapa negara di Eropah iaitu Belgium, Belanda dan Jerman. Syarikat utama kelompok ini ialah Hudson's Bay,[2] namun terdapat juga divisyen lain termasuk Galeria Kaufhof, Home Outfitters, Lord & Taylor dan Saks Fifth Avenue. Syarikat ini beribupejabat di Brampton, Ontario;[3] ia turut disenaraikan dalam Bursa Saham Toronto di bawah singkatan "HBC".

Hudson's Bay Company
Compagnie de la Baie d'Hudson
Syarikat awam[1]
Didagangkan sebagaiTemplat:TSX
DitubuhkanLondon, England
2 May 1670 (349 tahun yang lalu) (2 May 1670)
Ibu pejabat8925 Torbram Road, Brampton, Ontario, Kanada
Perancang utama
Hasil CAD5.223 bilion (2014)
CAD258.1 juta (2014)
Jumlah aset CAD12.23 bilion (2018)
PemilikNRDC Equity Partners (48%)
Pembahagian
Laman sesawangwww.hbc.com

Ia mulanya menjalankan suatu monopoli perdagangan bulu di sebahagian besar kawasan Amerika Utara yang dikenali sebagai Tanah Rupert. Pada tahun 1670, ia dikurniakan suatu piagam diraja oleh Kerajaan England lalu menjadikan ia suatu kerajaan de facto selama hampir 200 tahun hingga 1869 di mana keseluruhan tanah milik ia dijual kepada kerajaan Kanada sebagai salah satu daripada syarat termaktub dalam suatu perjanjian pertukaran.[4][5] Syarikat ini beralih tumpuannya kepada penjualan barangan runcit yang pelbagai dari bulu haiwan ke perabot mahal di beberapa gudang serata Kanada pada pertengahan abad ke-19,[6][7][8] lama-kelamaan berkembang menjadi pasar raya yang banyak didapati dan dimiliki syarikat ini kini.[9]

Sejarah syarikatSunting

Abad ke-17 - permulaan serta pengurniaan piagam dirajaSunting

Pierre-Esprit Radisson dan abang iparnya Médard des Groseilliers (Médard de Chouart, Sieur des Groseilliers) mendapat tahu dari kaum Cree adanya kawasan yang banyak haiwan buruan mendapatkan bulu haiwan di bahagian-bahagian utara dan barat Tasik Superior, serta suatu "laut beku" di jauh utara lagi.[10] Mereka meminta bantuan daripada kerajaan Perancis agar dapat menempatkan suatu pusat perdagangan di sana. Walau bagaimanapun, gabenor pada ketika itu Marquis d'Argenson menolak keras mereka meneroka kawasan terpencil itu - menurut sejarawan Peter C. Newman, penerokaan ini dikhuatiri d'Argenson akan menyebabkan tumpuan perdagangan bulu di Sungai St. Lawrence semakin berkurangan.[10] Radisson and Groseilliers tetap dengan rancangan mereka meneroka dan memburu di kawasan teluk itu; mereka berjaya mendapatkan bulu haiwan yang bermutu (pada 1669) namun dirampas dan didenda kerajaan Perancis Baru kerana kesalahan memburu tanpa izin kerajaan.[11]

Radisson dan Groseilliers tidak berputus asa lalu cuba menghubungi sekumpulan peniaga Inggeris di Boston, Massachusetts bagi mendana penerokaan mereka. Percubaan pertama mereka bersama para peniada ini gagal apabila kapal mereka melanggar air batu padat di Selat Hudson, namun seorang pegawai pesuruhjaya mendapat tahun rancangan Radisson dan Grosseillers lalu membawa kedua-dua menggalang dana di London pada 1665 ketika Maut Hitam melanda dengan dahsyatnya.[10] Di sana, mereka berdua berkenalan dengan Putera Rupert dari Rhine yang turut memperkenalkan mereka kepada pupunya, Raja Charles II.[12]

Sebuah syarikat bernama The Governor and Company of Adventurers of England Trading into Hudson's Bay ("Gabenor dan Kelompok Peneroka England Berdagang di Teluk Hudson") disyarikatkan pada 2 Mei 1670 dengan suatu piagam diraja kurniaan Raja Charles II.[4] di mana piagam tersebut menetapkan hak milik ke atas semua kawasan yang ada sungai mengalir turun ke Teluk Hudson di utara benua Amerika Utara berkeluasan 1.5 juta batu persegi (3.9 x 106km2) - kawasan tersebut diberi nama "Rupert's Land" sempena Putera Rupert dari Rhine, gabenor pertama syarikat ini yang dilantik baginda Raja England.

Abad ke-18Sunting

Abad ke-19 - pelepasan milik tanahSunting

Pada tahun 1869, syarikat ia memutuskan menyerahkan hak milik Tanah Rupert kepada kerajaan Britain setelah mendapat tawaran pembelian daripada pemerintah Amerika Syarikat sebanyak 10 juta dolar Kanada yang ditolak syarikat tersebut.[13] Kerajaan Britain mengurniakan hak milik tanah tersebut kepada Kanada dengan pinjaman sebanyak £300,000 sebagai pampasan rugi kepada HBC,[5] malah HBC turut mendapat satu perdua puluh kawasan subur untuk pendudukan serta geran pemilikan tempat dagangan ia.[14] Kawasan ini dikenali sebagai Wilayah Barat Laut yang dibawa masuk pemerintahan Kanada di bawah Akta Tanah Rupert 1868 (Rupert's Land Act 1868) serta dikuatkuasakan Parlimen United Kingdom, provinsi Manitoba turut dimasuukan ke dalam Gabungan Kanada pada hari yang sama.[5]

Abad ke-20Sunting

Abad ke-21Sunting

Pada 16 Julai 2008, syarikat ini dijual kepada NRDC Equity Partners, sebuah firma ekuiti swasta di Purchase, New York.[15][16] Ia dialihkan pemilikannya di bawah sebuah syarikat pemegangan bawahannya, Hudson's Bay Trading Company pada musim gugur tahun 2008.

Bahagian syarikatSunting

RujukanSunting

  1. ^ Spears, John (17 October 2012). "Hudson's Bay Co. to go public again". Toronto Star. Dicapai 25 Oktober 2012. 
  2. ^ Shaw, Hollie (6 March 2013). "The Bay gets a new logo for first time in almost 50 years". Financial Post. Dicapai 20 August 2013. 
  3. ^ "Contact Us". Hudson's Bay Company. Dicapai 14 October 2017. 
  4. ^ a b "The Royal Charter of the Hudson's Bay Company". HBC Heritage. Diarkibkan daripada asal pada 7 October 2015. Dicapai 5 October 2015. 
  5. ^ a b c "Our History: Business: Fur Trade: The Deed of Surrender". HBC Heritage. Dicapai 6 Oktober 2015. 
  6. ^ "Our History: Overview". HBC Heritage. Diarkibkan daripada asal pada 1 October 2015. Dicapai 5 October 2015. 
  7. ^ "Our History: Timelines: Early Stores". HBC Heritage. Diarkibkan daripada asal pada 27 September 2015. Dicapai 6 October 2015. 
  8. ^ "Our History". Hudson's Bay Company. Dicapai 6 October 2015. 
  9. ^ "Hudson's Bay Company History". Funding Universe. Dicapai 2 September 2012. 
  10. ^ a b c Newman, Peter C. (1985). Company of Adventurers: Vol I. Viking. m/s. 64. ISBN 978-0-6708-0379-8. 
  11. ^ "Our History: People: Explorers: Radisson and des Groseilliers". HBC Heritage. Diarkibkan daripada asal pada 16 Oktober 2015. Dicapai 7 October 2015. 
  12. ^ Newman 1985, m/s. 65.
  13. ^ "John A. Macdonald". Canada History. Access HT. Diarkibkan daripada asal pada 5 April 2007. Dicapai 17 November 2013. 
  14. ^ "Hudson's Bay Company". The Canadian Encyclopedia. Dicapai 16 November 2018. 
  15. ^ Bell, Kevin (1 September 2012). "NRDC Buys Hudson's Bay, Says Lord & Taylor to Expand (Update2)". Bloomberg. Dicapai 16 Julai 2008. 
  16. ^ Friend, David (16 July 2008). "New owner to spruce up Bay". Toronto Star. Dicapai 16 July 2008. 

Pautan luarSunting