Huitzilopochtli, juga dieja Uitzilopochtli, (IPA: [wi.ʦi.lo.ˈpoʧ.tɬi] ("burung madu selatan", "Dia dari selatan", "Burung madu kiri (selatan)", atau "burung madu kidal" – huitzil adalah perkataan Nahuatl untuk burung madu), merupakan dewa peperangan dan matahari dipercayai masyarakat Aztek tidak sahaja sebagai penaung bandar raya Tenochtitlan malah dan juga "dewa kebangsaan" mereka.

Huitzilopochtli, seperti digambarkan Kodex Telleriano-Remensis.

Penceritaan sunting

Penubuhan Tenochtitlan sunting

Menurut kodeks Aubin, Huitzilopochtli mempunyai seorang adik iaitu Malinalxochitl yang mendirikan kota Malinalco dan memerintah leluhur orang-orang Aztek atau "Mexica",[1] namun mereka tidak menyukai baginda. Huitzilopochtli yang mengambil tahu hal ini memengsankan adindanya sambil mengarahkan orang Mexica segera meninggalkan Malinalco, Malinalxochitl amat berang mengetahui hal ini selepas dia terbangun. Puteranya Copil menuntut bela ibundanya melawan Huitzilopochtli, namun Copil berjaya ditewaskan Huitzilopochtli dan jantungnya dirobek keluar dan dibaling ke dalam Tasik Texcoco.

Bertahun-tahun kemudian; orang-orang Aztek diperintahkan Huitzilopochtli mencari suatu tempat di mana adanya petanda seekor helang memakan ular bertenggek di atas kaktus nopal; Tasik Texcocolah yang menjadi tempat kota baharu ini iaitu Tenochtitlan.[2]

Rujukan sunting

  1. ^ Coe, Michael D. (2008). Mexico: From the Olmecs to the Aztecs. London: Thames & Hudson. m/s. 187.
  2. ^ Read, Kay Almere (2000). Mesoamerican Mythologies: A Guide to the Gods, Heroes, Rituals, and Beliefs of Mexico and Central America. Oxford: Oxford University Press. m/s. 193.