Hukum Boyle (kadang kala dirujuk sebagai Hukum Boyle-Mariotte) adalah satu daripada beberapa hukum gas dan kes khusus bagi hukum gas unggul. Hukum Boyle menggambarkan hubungkait kadar songsang antara tekanan dan isi padu mutlak gas, jika suhu dikekalkan sekata dalam sistem tertutup.[1][2] Hukum ini dinamakan sempena ahli kimia dan fizik Robert Boyle, yang menerbitkan hukum asal pada tahun 1662.[3] Hukum itu boleh dinyatakan seperti berikut:

Animasi menunjukkan hubungkait antara tekanan dengan isi padu apabila jisim dan tekanan adalah sekata.

Bagi jumlah tetap gas unggul dikekalkan pada suhu tetap, P [tekanan - pressure] dan V [isi padu - volume] adalah berkadar songsang (ketika satu meningkat, yang lain menurun).[2]

Sejarah sunting

Hukum Boyle merupakan salah satu dari hukum gas. Hukum ini pertama kali disarankan dalam tahun 1662 oleh Robert Boyle yang bertindak balas terhadap cadangan oleh penolongnya John Townley, menjelaskan bahawa pada suhu malar, isi padu gas tetap adalah berkadar songsang dengan tekanan. Menurut Hukum Boyle, isoterma untuk gas adalah hiperbola, tetapi gas sahih mempunyai isoterma hiperbola hanya dalam had p menghampiri nilai sifar. Hukum Boyle digunakan untuk meramalkan tekanan gas apabila isi padu berubah (atau sebaliknya).

Pernyataan Hukum Boyle ialah:

  (n, T malar)

iaitu p ialah tekanan gas dan V ialah isi padu gas.

 
Graf data asal Boyle

Hubungkait antara tekanan dan isi padu pertama kali disedari oleh dua ahli sains amateur, Richard Towneley dan Henry Power. Boyle mengesahkan jumpaan mereka melalui uji kaji dan menerbitkan keputusannya. Menurut Robert Gunther dan pihak berkuasa lain, pembantu Boyle, Robert Hooke, yang membina perkakasan uji kaji. Hukum Boyle berasaskan uji kaji dengan udara, yang dia anggap sebagai cecair zarah ketika rehat, berada antara spring halimunan kecil. Pada ketika itu udara masih dianggap satu daripada empat unzur, tetapi Boyle tidak menolaknya. Kemungkinan minat Boyle adalah untuk memahami udara sebagai unsur penting kehidupan [4]; dia menerbitkan contoh. pertumbuhan tumbuhan tanpa udara [5]. Ahli fizik Perancis Edme Mariotte (1620-1684) menjumpai hukum yang sama bebas dari Boyle pada tahun 1676, tetapi Boyle telahpun menerbitkan mengenainya pada 1662, dengan itu hukum ini boleh, tidak sepatutnya, dirujuk sebagai Mariotte atau hukum Boyle-Mariotte. Kemudian (1687) dalam Philosophiæ Naturalis Principia Mathematica Newton menunjukkan secara mathematik bahawa sekiranya cecair elestik terdiri daripada jirim pada rehat, antaramana kuasa menolak menyongsang berkadar dengan jaraknya, isi padu akan menurut kadar dengan tekanan [6], tetapi pembuktian matematik ini bukanlah penjelasan fizikal bagi hubungkait yang diperhatikan, tetapi menggantikan teori statik; teori kinetik yang diperlukan diberikan dua abad kemudian oleh Maxwell dan Boltzmann.

Tafsiran sunting

Kaitan teori kinetik dan gas unggul sunting

Hukum Boyle menyatakan bahawa pada suhu kekal bagi jisim tetap, tekanan mutlak dan isi padu gas berkadar secara menyongsang. Hukum ini juga boleh dinyatakan dalam bentuk berlainan sedikit, bahawa hasil tekanan dan isi padu mutlak kekal malar.

Kebanyakan gas bertindak seperti gas unggul pada tekanan dan suhu serdahana. Had teknologi pada 1600-an tidak mampu menghasilkan tekanan tinggi atau suhu rendah. Dengan itu, hukum ini tidak mungkin memiliki herotan pada masa diterbitkan. Ketika peningkatan dalam teknologi membenarkan tekanan lebih tinggi dan suhu lebih rendah, perbezaan natara kelakuan unggul gas mula menjadi jelas, dan kaitan antara suhu dan isi padu hanya boleh digambarkan dengan tepat menggunakan teori gas sebenar.[7] Perbezaan digambarkan sebagai faktor kebolehmampatan.

Robert Boyle (dan Edme Maria) menghasilkan hukum ini semata-mata berasaskan uji kaji. Hukum ini juga boleh dihasilkan secara teori berasaskan anggapan kewujudan atom dan molekul dan andaian mengenai pergerakan dan perlanggaran elestik sempurna (lihat teori kinetik gas). Rumusan ini mendapat tentangan hebat dikalangan masyarakat sains pada masa itu, kerana ia dilihat semata-mata teori ciptaan bagi mana tidak terdapat bukti yang boleh dilihat langsung.

Daniel Bernoulli pada tahun 1738 telah menghasilkan hukum Boyle dengan menggunakan hukum pergerakan Newton dengan penggunaan pada tahap molekul. Ia kekal terbiar sehingga sekitar 1845, apabila John Waterston menerbitkan kertas kerja membina pada aturan utama teori kinetik; ini ditolak oleh Royal Society of England. Kerja berikutnya oleh James Prescott Joule, Rudolf Clausius dan terutamanya oleh Ludwig Boltzmann mengukuhkan kedudukan teori kinetik gas dan membawa perhatian kepada kedua-dua teori Bernoulli dan Waterston.[8]

Perdebatan antara penyokong Bertenaga ("Energetics") dan Atomik ("Atomism") mendorong kepada Boltzmann untuk menulis buku pada 1898, yang mendapat kritikan sehingga mendorongnya membunuh diri pada 1906.[8] Albert Einstein pada 1905 menunjukkan bagaimana teori kinetik diguna pakai bagi pergerakan Brownian bagi zarah tergantung-cecair, yang disahkan pada tahun 1908 oleh Jean Perrin.[8]

Persamaan sunting

Persamaan mathematik bagi hukum Boyle adalah:

 

di mana:

p mewakili tekanan pada sistem.
V mewakili isi padu gas.
k mewakili nilai malar mewakili tekanan dan isi padu sistem.

Selagi suhu kekal malar jumlah tenaga diberikan kepada sistem tekal sepanjang operasinya dan dengan itu, secara teori, nilai k akan kekal sekata. Bagaimanapun, disebabkan hasilan tekanan ketika kuasa dikenakan secara sudut tepat ("perpendicular") dan kemungkinannya perlanggaran dengan jirim lain melalui teori perlanggaran, pemberian tenaga pada permukaan mungkin tidak selamanya malar bagi nilai k seperti itu, tetapi akan memiliki had apabila pembezaan nilai tersebut melalui masa.

Memaksa peningkatan isi padu V pada jumlah tetap gas, mengekalkan gas pada suhu diukur pada awalnya, tekanan p mesti menurun menyongsang. Sama juga, mengurangkan isi padu gas meningkatkan tekanan.

Hukum Boyle digunakan bagi menjangka hasil memperkenalkan perubahan, pada isi padu dan tekanan sahaja, kepada jumlah tetap gas. Isipadu sebelum dan selepas dan tekanan pada jumlah tetap gas, di mana suhu sebelum dan selepas kekal sama (penyejukan dan pemanasan akan diperlukan bagi memenuhi syarat ini), dikaitkan dengan persamaan:

 

Hukum Boyle, Hukum Charles, dan Hukum Gay-Lussac membentuk gabungan hukum gas. Ketiga-tiga hukum gas bersama gabungan dengan hukum Avogadro boleh secara umum dianggap hukum gas unggul.

Rujukan sunting

  1. ^ Levine, Ira. N (1978). "Physical Chemistry" University of Brooklyn: McGraw-Hill Publishing
  2. ^ a b Levine, Ira. N. (1978), p12 gives the original definition.
  3. ^ J Appl Physiol 98: 31-39, 2005. Free download at [1]
  4. ^ The Boyle Papers BP 9, fol. 75v-76r[2] Diarkibkan 2009-11-22 di Wayback Machine
  5. ^ The Boyle Papers, BP 10, fol. 138v-139r [3] Diarkibkan 2009-11-22 di Wayback Machine
  6. ^ Principia, Sec.V,prop. XXI, Theorem XVI
  7. ^ Levine, Ira. N. (1978), p11 notes that deviations occur with high pressures and temperatures.
  8. ^ a b c Levine, Ira. N. (1978), p400 -- Historical background of Boyle's law relation to Kinetic Theory

Pautan luar sunting