Hukum Hooke
Dalam mekanik, dan fizik, hukum Hooke untuk kekenyalan ialah suatu penghampiran yang
Secara matematik, hukum Hooke menyatakan
di mana
- x ialah sesaran hujung spring daripada kedudukan keseimbangannya;
- F ialah daya pemulih yang dikenakan bahan; dan
- k ialah pemalar daya (atau pemalar spring).
Apabila ini benar, tindakan ini disebut linear. Jika ditunjukkan pada graf, garisannya akan menunjukkan ubahan langsung. Terdapat tanda negatif di sebelah kanan persamaan kerana daya pemulih sentiasa bertindak pada arah yang berlawanan dengan sesaran (contohnya, bila suatu spring diregang ke kiri, ia akan menarik balik ke kanan).
Hukum Hooke dinamakan bersempena ahli fizik British abad ke-17 Robert Hooke. Beliau pertama kali menyatakan hukum ini pada 1676 sebagai suatu anagram bahasa Latin,[1] yang jawapannya diterbitkan pada 1678 sebagai Ut tensio, sic vis, ertinya, "Sebagaimana pemanjangan, begitu juga daya".
Formula terbitan
suntingTegasan tegangan rod sekata
suntingSebatang rod dengan sebarang sifat keanjalan boleh disamakan dengan sebuah spring linear. Sebatang rod memiliki panjang L dan luas keratan rentas A. Tegasan tegangan yang dikenakan terhadap rod, σ adalah sama dengan modulus anjal, E didarab dengan terikan yang dialami, ε.
di mana E adalah malar dan ε ialah perubahan panjang rod, yakni hasil bahagi jarak tambahan rod yang terhasil akibat daya yang dikenakan, ΔL dengan panjang asal, L.
Memandangkan σ ialah hasil bahagi daya yang dikenakan dengan luas keratan rentas rod,
terikan yang dialami boleh dicari dengan formula terbitan di bawah:
Perubahan jarak, ΔL boleh dikira sebagai
Lihat juga
sunting- Keanjalan (fizik)
- Had anjal
- Modulus anjal
- Tenaga keupayaan anjal
- Teori regangan tak terhingga
- Senarai hukum saintifik sempena nama orang
- Keanjalan linear
- Nisbah Poisson
- Gerakan harmonik ringkas bagi jisim pada spring
- Mekanik pepejal
- Tegasan (mekanik)
Rujukan
sunting- ^ Anagram ini ialah "ceiiinossssttuu", [1] Diarkibkan 2010-11-13 di Wayback Machine.
- A.C. Ugural, S.K. Fenster, Advanced Strength and Applied Elasticity, 4th ed
- Symon, Keith (1971). Mechanics. Addison-Wesley, Reading, MA. ISBN 0-201-07392-7.