Hukum gas unggul ialah sebuah persamaan fizik yang menghuraikan keadaan-keadaan suatu gas unggul yang wujud dalam hipotesis. Hukum ini dinyatakan pada awalnya oleh Émile Clapeyron pada 1834 sebagai gabungan hukum Boyle, Charles, Avogadro dan Gay-Lussac.[1] Hukum gas unggul lazimnya ditulis seperti yang berikut:

dengan P ialah tekanan, V ialah isi padu, n ialah jumlah bahan, R ialah pemalar gas unggul dan T ialah suhu mutlak.

Persamaan sunting

Persamaan am sunting

Persamaan am yang lazim digunakan dalam hukum gas unggul ialah:

 

dengan,

Dalam unit SI, p diukur dalam Pascal, V diukur dalam unit meter padu, n diukur dalam mol, dan T diukur dalam Kelvin. R bernilai sebanyak 0.08206 L atm mol-1 K-1.

Bentuk molar sunting

Kadangkala, jisim gas pula diketahui dan bukannya jumlah bahan gas secara kimia. Oleh itu, n boleh digantikan dengan persamaan takrifan bilangan mol, iaitu hasil bahagi jisim, m dengan jisim molar gas, M, seperti di bawah:

 
 

Persamaan boleh diubah suai supaya m/V dijadikan sebagai satu unit iaitu ketumpatan, ρ:

 
 

Hukum gas gabungan sunting

Hukum gas gabungan menggabungkan tiga hukum gas, iaitu hukum Boyle, Charles dan Guy-Lussac, dan menjadikan nisbah PV dan T sebagai suatu pemalar, k.[3]

 

Dalam perbandingan dua keadaan gas yang berbeza, hukum ini boleh ditulis seperti yang berikut:

 

Rujukan sunting

  1. ^ Clapeyron, E. (1834). "Mémoire sur la puissance motrice de la chaleur". Journal de l'École Polytechnique (dalam bahasa Perancis). XIV: 153–90. Facsimile at the Bibliothèque nationale de France (pp. 153–90).
  2. ^ "Equation of State". Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-23. Dicapai pada 2010-08-29.
  3. ^ Raymond, Kenneth W. (2010). General, organic, and biological chemistry : an integrated approach (ed. 3rd). John Wiley & Sons. m/s. 186. ISBN 9780470504765. Dicapai pada 29 January 2019.

Pautan luar sunting