Hukuman mati Barlow dan Chambers

Hukuman mati Barlow dan Chambers ialah hukuman mati pada tahun 1986 oleh Malaysia ke atas dua orang Barat, Kevin John Barlow (Australia dan England) dan Brian Geoffrey Shergold Chambers (Australia) dari Perth, Australia Barat, kerana mengangkut 141.9g heroin.

Kevin Barlow
Kelahiran
Kevin John Barlow

1957/1958
Stoke-on-Trent, England, United Kingdom
Meninggal dunia7 Julai 1986(1986-07-07) (umur 28)
Status jenayahMaut di tali gantung
SabitanPenyeludupan dadah
Hukuman jenayahHukuman mati
Brian Chambers
Kelahiran
Brian Geoffrey Shergold Chambers

1956/1957
Meninggal dunia7 Julai 1986(1986-07-07) (umur 29)
Status jenayahMaut di tali gantung
SabitanPenyeludupan dadah
Hukuman jenayahHukuman mati

Kedua-dua lelaki itu menjadi orang Barat pertama yang dihukum mati di bawah undang-undang baru Malaysia yang lebih tegas untuk kesalahan dadah yang menetapkan hukuman mati bagi sesiapa yang disabitkan kerana mempunyai lebih daripada 15 gram heroin. Barlow dilahirkan di United Kingdom di Stoke-on-Trent dan mempunyai dua kewarganegaraan Britain dan Australia.[1] Keluarga Barlow membuat rayuan kepada Perdana Menteri Britain Margaret Thatcher untuk membuat protes mengenai hukuman mati yang akan datang, dan Menteri Luar Negeri Australia Bill Hayden mengemukakan rayuan untuk meminta pengampunan kepada kerajaan Malaysia.[2] Hukuman tersebut menyebabkan kemarahan masyarakat dan menjejaskan hubungan politik antara Australia dan Malaysia pada masa itu.

Rujukan sunting

  1. ^ Hiett, Peter (7 July 1986). "Brian Chambers and Kevin Barlow executed in Malaysia". The Guardian. London. and agencies. Dicapai pada 21 January 2009.
  2. ^ "1985: Drug traffickers' appeal rejected". BBC News. 18 December 1985. Dicapai pada 27 June 2009.

Bibliografi sunting

  • Williams, David (1989). This Little Piggy Stayed Home: Barlow, Chambers and the Mafia. Perth, Western Australia, Australia: Panorama Books. ISBN 0-949864-21-8.
  • West Australian newspaper: -Transferred to death row, Penang jail (August 1985) and await news of their appeal for clemency (Nov. 1985 - June 1986. 6 Nov. 1985, p. 33; 15 Nov. 1985, p. 33; 18 Nov. 1985, p. 43; 25 Nov. 1985, p. 14; 14 Jan. 1986, p. 11; 11 Feb. 1986, p. 24; 5 June 1986, p. 20; 19 June 1986, p. 1.
  • West Australian newspaper: The sentences of capital punishment (21 December 1985). Editorial on the death penalty and heroin trading (Dec. 1985), summaries of events (June 1986), their hanging in Kuala Lumpur (7 July 1986) and their involvement in organised drug smuggling (July 1986).
  • West Australian newspaper: 23 June 1986, pp. 1–9 - summary of case. (They are hanged 7 July 1986). 21 Dec. 1985, p. 8; 23 June 1986, p. 1-9; 8 July 1986, p. 1-2; 9 July 1986, p. 10; 7 May 1987, p. 1

Pautan luar sunting