Hulu Langat (kawasan persekutuan)

P101 Hulu Langat ialah kawasan pengundian pilihan raya bagi peringkat parlimen. Penyandang terkini ialah Datuk Hasanuddin Mohd Yunus daripada Parti Amanah Negara mengalahkan penyandang terdahulu Che Rosli Che Mat daripada Parti Islam Se-Malaysia yang menyandang dari PRU-12 dan PRU-13.

Hulu Langat
Kawasan pilihan raya Selangor
Kawasan parlimen
Badan perundanganDewan Rakyat
ADR
 
 
 
Hasanuddin Mohd Yunus
Amanah
Kawasan pilihan raya diwujudkan1974
Kali pertama dipertandingkan1974
Kali terakhir dipertandingkan2018
Demografi
Pemilih (2018)102,363

DemografiSunting

Pecahan etnik pengundi parlimen Hulu Langat setakat 2018[1]

  Melayu (64.98%)
  Cina (22.08%)
  India (10.42%)
  Etnik lain (2.53%)

Datuk Hasanuddin Mohd YunusSunting

Ahli Parlimen P101 Hulu LangatSunting

Nama Parti Pilihan Raya
Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz BN-UMNO PRU - 9 (1995)
Datuk Badrul Hisham Abdul Aziz BN-UMNO PRU - 10 (1999)
Dato' Markiman Kobiran BN-UMNO PRU - 11 (2004)
Dr Che Rosli PR-PAS PRU - 12 (2008)
Dr Che Rosli PR-PAS PRU - 13 (2013)
Datuk Hasanuddin Mohd Yunus PH-AMANAH PRU - 14 (2018)

Lihat JugaSunting

P102 Bangi

Parlimen Hulu Langat (P101) ialah kawasan pilihan raya bagi parlimen di Dewan Rakyat. Parlimen Hulu Langat ditubuhkan pada tahun 1974.

Penyandang parlimen ini ialah Yang Berhormat Hasanuddin Mohd Yunus dari PH-AMANAH. Beliau berjaya menewaskan penyandang parlimen ini dari PAS yang telah menyandang selama dua penggal.

Sejarah KawasanSunting

Parlimen ini tertubuh pada tahun 1974 oleh persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) banyak parlimen ditubuhkan pada tahun itu. Pada 1994, parlimen Hulu Langat dipecahkan dengan kewujudan dua buah parlimen iaitu parlimen Bangi (kawasan persekutuan) (penggabungan beberapa kawasan di parlimen Hulu Langat dan parlimen Puchong (kawasan persekutuan) dan parlimen Ampang Jaya (kawasan persekutuan). Pada 2004, parlimen Ampang Jaya dibubarkan dan dipecahkan kepada dua buah parlimen berbeza iaitu parlimen Ampang (kawasan persekutuan) dan Pandan (kawasan persekutuan). Pada 2018, nama parlimen serdang diubah kepada nama Bangi.

Sejarah Wakil RakyatSunting

Keputusan Pilihan RayaSunting

Dewan Undangan NegeriSunting

Terdapat tiga Dewan Undangan Negeri di dalam parlimen ini.

Pentadbiran dan KemudahanSunting

Daerah parlimen Hulu Langat ialah daerah Hulu Langat.

MukimSunting

Mukim di dalam parlimen ini ialah mukim Semenyih, mukim Hulu Semenyih dan mukim Beranang di DUN Semenyih (kawasan negeri), sebahagian mukim Cheras dan mukim Hulu Langat di DUN Dusun Tua (kawasan negeri) dan sebahagian kawasan di mukim Kajang di DUN Kajang (kawasan negeri).

Pihak Berkuasa TempatanSunting

Kerajaan Tempatan bagi parlimen ini ialah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj)

RujukanSunting

  1. ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) - Results Overview". election.thestar.com.my. Dicapai pada 2020-06-20.