Humaydah al-Bariqi

Humaydah b. al-Nu'man b. Humaydah adalah salah seorang sahabat Nabi. Humaydah bin al-Nu'man adalah seorang bangsawan Arab terkemuka serta merupakan ketua Kabilah Arab Bariq. Beliau mempunyai sifat yang mulia dan suka menolong dan melindungi masyarakat yang berada dalam kesusahan dan ketakutan. Beliau juga mempunyai tahap pemikiran yang luas, bijak, cerdas dan berperasaan halus. Humaydah merupakan sahabat yang berjasa besar dalam mengetuai tentera Islam untuk melumpuhkan seluruh kekuatan angkatan perang Parsi. Kerana kejayaannya menewaskan tentera Parsi dalam peperangan yang dikenali sebagai Perang al-Qadisiyyah.