Humberto Dionisio Maschio (sebutan bahasa Itali: [ˈmaskjo]; lahir 20 Februari 1933) merupakan seorang bekas pemain dan pengurus bola sepak Argentina-Itali. Beliau beraksi di posisi penyerang.

Humberto Maschio
Maklumat peribadi
Nama penuh Humberto Dionisio Maschio
Tarikh lahir (1933-02-20) 20 Februari 1933 (umur 91)
Tempat lahir Avellaneda, Argentina
Ketinggian 177 cm (5 ka 10 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
Arsenal de Llavallol
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1953 Quilmes
1954–1957 Racing Club 92 (28)
1957–1959 Bologna 43 (13)
1960–1962 Atalanta 80 (22)
1962–1963 Internazionale 15 (4)
1963–1966 Fiorentina 52 (12)
1966–1968 Racing Club 47 (16)
Pasukan kebangsaan
1956–1957 Argentina 12 (12)
1962 Itali 2 (0)
Pasukan diurus
1969 Argentina
1972 Costa Rica
1985 Blooming
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada June 2007

Ketika lewat 1950-an dan 1960-an, Antonio Angelillo, Omar Sívori dan Maschio digelar The Angels with Dirty Faces saat mereka berpindah bersama-sama dari Argentina untuk beraksi di Itali. Gelaran tersebut merupakan sebuah rujukan ironis bagi filem Angels with Dirty Faces. Mereka bertiga juga dikenali sebagai The Trio of Death kerana kemampuan klinikal mereka masing-masing untuk menghasilkan gol.

Di peringkat antarabangsa, beliau mewakili pasukan kebangsaan Argentina dan meraih kejuaraan Copa América 1957. Setelah beliau berpindah ke Itali, beliau mewakili Itali dalam kejohanan Piala Dunia 1962.

Kerjaya kelab sunting

Maschio mula beraksi di kelab Arsenal de Llavallol. Kemudian, beliau berpindah ke Quilmes Atlético Club sebelum beliau membuktikan dirinya seorang penyerang berprolifik. Beliau seterusnya sertai Racing Club pada tahun 1954 sebelum berpindah ke Itali pada tahun 1957. Beliau dikaitkan perpindahan ke Juventus pada tahun 1956 tetapi Juventus membatalkan minatnya apabila Maschio tidak beraksi dengan baik ketika perlawanan antarabangsa antara Argentina dan Itali di Buenos Aires pada tahun yang sama. Namun sebaliknya, beliau berpindah ke Bologna pada tahun 1957. Walaupun beliau bergandingan bersama Bernard Vukas di Bologna, beliau gagal beraksi dengan cemerlang seperti yang dipamerkannya dulu ketika di Racing.

Dari Bologna, Maschio melakukan perpindahan ke Atalanta ketika musim 1959–60. Bersama kelab yang berpusat di Bergamo tersebut, Maschio meraih semula prestasi cemerlangnya apabila beliau beraksi di posisi yang lebih "mendalam" sekali gus membolehkan beliau untuk menggunakan kreativitinya. Persembahan memukaunya saat di Atalanta menarik minat Inter Milan untuk membawa masuk Maschio pada tahun 1962. Walau bagaimanapun, Maschio gagal untuk serasi dengan pengurus Helenio Herrera yang meletakkan beliau di posisi penyerang tengah. Saat di Inter, beliau tidak banyak diberi peluang beraksi. Beliau kemudian berpindah ke Fiorentina.

Hasil prestasi baik dipersembahkan Maschio di peringkat kelab, beliau terpilih ke dalam skuad pasukan kebangsaan Itali di kejohanan Piala Dunia 1962. Beliau kembali ke kelab lamanya, Racing pada tahun 1966 dan merangkul kejuaraan Copa Libertadores dan Piala Antara Benua pada tahun 1967. Beliau menamatkan kariernya ketika bersama Racing dengan menjaringkan 44 gol dalam 139 kemunculannya.

Kerjaya antarabangsa sunting

 
Machio bersama Omar Sívori ketika mewakili pasukan Itali pada tahun 1962.

Argentina sunting

Maschio menjaringkan 12 gol dalam 12 perlawanan antarabangsa untuk Argentina ketika tahun 1956 dan 1957. Beliau membantu Argentina menjuarai Copa América 1957 dan dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan dengan menghasilkan sembilan gol.

Itali sunting

Selepas Maschio berpindah ke Itali bersama teman senegaranya iaitu Sívori dan Angelillo, trio ini dilarang beraksi untuk pasukan Argentina oleh Persekutuan Bola Sepak Argentina sekali gus mereka terlepas kejohanan Piala Dunia 1958.[1] Mujurlah beliau merupakan berasal daripada keturunan Itali (keturunannya berasal dari Godiasco yang terletak di Wilayah Pavia),[2] Maschio kemudian beraksi untuk pasukan Itali pada tahun 1962. Beliau melakukan dua kemunculan tanpa menghasilkan sebarang gol sepanjang menyarung jersi pasukan Azzurri. Ketika kejohanan Piala Dunia 1962 yang berlangsung di Chile, Maschio menjadi kapten pasukan Itali dalam insiden Pertempuran Santiago. Pasukan Itali dianggap sebagai protagonis menentang tuan rumah, Chile. Dalam insiden itu, pemain tuan rumah iaitu Leonel Sánchez bertindak kasar sehinggakan mematahkan hidung Maschio. Keputusannya Itali tewas 2-0 sekali gus tersingkir dalam pusingan pertama.[3]

Kerjaya pengurus sunting

Maschio mengendali pasukan kebangsaan Argentina pada awal tahun 1969 dan pasukan kebangsaan Costa Rica pada tahun 1972. Beliau turut mengendali kelab Bolivia dalam tempoh yang singkat iaitu Blooming dalam kejohanan Copa Libertadores 1985.

Statistik kerjaya sunting

Karier di Itali sunting

Kelab Musim Liga Piala Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
  Bologna 1957–58 28 8 4 1 32 9
1958–59 15 5 1 0 27 5
Jumlah 43 13 5 1 48 14
  Atalanta 1959–60 29 7 1 2 1a 1 31 10
1960–61 24 4 1 1 1a 0 26 5
1961–62 27 11 27 11
Jumlah 80 22 2 3 2 1 84 26
  Internazionale 1962-63 15 4 2 2 17 6
  Fiorentina 1963–64 20 3 4 0 24 3
1964–65 30 8 1b 0 31 8
1965–66 2 1 2 2 1b 0 5 3
Jumlah 52 12 6 2 2 0 60 14
Jumlah kerjaya 190 15 15 8 2 0 2 1 209 60

Antarabangsa sunting

Pasukan kebangsaan Argentina
Tahun Kmncln Gol
1956 6 3
1957 6 9
Jumlah 12 12
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
1962 2 0
Jumlah 2 0

Gol antarabangsa sunting

Pencapaian sunting

Kelab sunting

Internazionale
Fiorentina
Racing Club

Antarabangsa sunting

Argentina

Catatan sunting

  1. ^ name="telegraph-sivori-obituary">"Omar Sivori". The Telegraph. 19 February 2005. Dicapai pada 2 October 2017.
  2. ^ Gianni Brera, Storia critica del calcio italiano, Dalai Editore 1998, p. 279
  3. ^ Murray, Scott (6 November 2003). "The Knowledge (November 6, 2003)". Guardian Online (UK). London. Dicapai pada 26 June 2006.

Pautan luar sunting

Templat:Skuad Argentina Kejohanan Bola Sepak Amerika 1957