Hungary Uthmaniyah

(Dilencongkan dari Hungary Uthmaniyyah)

Hungary Uthmaniyah adalah sebuah wilayah di Hungary Zaman Pertengahan yang diperintah oleh empayar Uthmaniyah bermula pada tahun 1541 sehingga 1699. Pemerintahan Uthmaniyah meliputi kebanyakan wilayah tengah dan selatan bekas Kerajaan Beraja Hungary pada Zaman Pertengahan iaitu hampir keseluruhan kawasan Dataran Hungary Besar (keculi bahagian timur laut) dan Transdanubia Selatan.

Sejarah sunting

 
Kedudukan politik sekitar tahun 1572: Kerajaan Beraja Habsburg Hungary (Hungary Diraja), Prinsipaliti Transylvania, dan eyalet-eyalet Uthmaniyah
 
Kedudukan politik sekitar tahun 1683: Kerajaan Beraja Habsburg Hungary (Hungary Diraja), Prinsipaliti Hungary Hulu di bawah Imre Thököly (wujud antara tahun 1682-1685), Prinsipaliti Transylvania, dan eyalet-eyalet Uthmaniyah (Eyalet Budin, Eyalet Varat, Eyalet Eğri, Eyalet Temeşvar)
 
Sebuah peta menunjukan sempadan penempatan penduduk Hungary yang musnah sepenuhnya semasa pendudukan Uthmaniyah di Hungary

Menjelang kurun ke-16, kuasa empayar Uthmaniyah meningkat secara perlahan-lahan, seperti juga keluasan wilayah yang berada di bawah kekuasaan mereka di Balkan, sementara itu Kerajaan Beraja Hungary dilemahkan oleh pemberontakan-pemberontakan oleh para petani. Di bawah pemerintahan Louis II Jagiellon (1516–1526), perpecahan dalaman membahagikan para bangsawan.[perlu rujukan]

Setelah diprovokasi oleh serangan diplomatik, Sulaiman al-Qanuni (1520–1566) menyerang Kerajaan Beraja Hungary dan menawan Belgrade pada tahun 1521. Beliau tanpa ragu-ragu melancarkan satu serangan ke atas kerajaan yang lemah ini, yang mana memiliki tentera yang lebih kecil dan lemah (sekitar 26,000 tentera Hungary dibandingkan dengan 45,000 tentera Uthmaniyah) yang mana berjaya dikalahkan pada 29 Ogos 1526 dalam Pertempuran Mohács. Oleh itu, beliau menjadi tokoh yang berpengaruh dalam Kerajaan Beraja Hungary. Sementara itu, sekutu vasal beliau yang bernama John I Zápolya dan musuh beliau Ferdinand I kedua-duanya menuntut takhta kerajaan ini. Suleyman terus mara dan cuba menghancurkan tentera Austria, akan tetapi pengepungan ke atas Vienna pada tahun 1529 menemui kegagalan selepas bertembung dengan musim sejuk dan memaksa beliau mengundurkan pasukan tentera. Perebutan gelaran Raja terus menjadi pertikaian antara Zápolya dengan Ferdinand sehingga tahun 1540. Selepas penawanan Buda oleh empayar Uthmaniyah pada tahun 1541,[1] wilayah Hungary Barat dan Utara mengakui dinasti Habsburg sebagai Raja ("Hungary Diraja"), sementara wilayah tengah dan selatan yang diduduki oleh Sultan Uthmaniyah dan wilayah timur yang berada di bawah kekuasaan anak lelaki Zápolya di bawah nama Kerajaan Beraja Hungary Timur yang mana selepas tahun 1570 menjadi Prinsipaliti Transylvania. Sementara itu, seramai 17,000 hingga 19,000 askar-askar yang mempertahankan kubu-kubu Uthmaniyah di negara Hungary kini merupakan penganut Ortodoks dan Muslim Slav Balkan.[2] Orang Slav Selatan juag berkhidmat sebagai askar akıncı dan trup-trup ringan lain yang bertujuan untuk mempertahankan wilayah di Hungary.[3]

 
Askar-askar Uthmaniyah di wilayah yang kini terletak dalam Hungary

Pada waktu ini, wilayah yang kini terletak dalam negara Hungary mula berubah di sebabkan pendudukan Uthmaniyah. Tanah yang luas masih tidak dihuni dan ditutupi hutan. Dataran banjir menjadi paya. Kehidupan penduduk di sebelah wilayah Uthmaniyah tidak selamat. Para petani melarikan diri ke hutan dan paya, menubuhkan kumpulan-kumpulan gerila yang dikenali sebagai tentera Hajdú. Akhirnya, wilayah membawa kerugian kepada empayar Uthmaniyah, menghabiskan banyak dana dan sumber untuk menjaga kubu-kubu di sempadan yang panjang. Bagaimanapun, beberapa bahagian di wilayah ini menikmati kemakmuran ekonomi. Dengan kawasan luas yang tidak didiami, kota-kota menternak lembu yang digembala ke selatan Jerman dan utara Itali - dalam beberapa tahun mengeksport 500,000 ekor lembu. Wine didagangkan ke tanah Czech, Austria dan Poland.[perlu rujukan]

Kekalahan tentera Uthmaniyah yang dipimpin oleh Wizurai Besar Kara Mustafa Pasha dalam Pengepungan Vienna Kedua pada tahun 1683, di tangan tentera gabungan Poland dan Empayar Suci Rom yang diketuai oleh John III Sobieski, merupakan peristiwa yang memuktamadkan keseimbangan kuasa di wilayah ini.[perlu rujukan] Di bawah terma-terma Perjanjian Karlowitz, yang mana menamatkan Perang Turki Besar pada tahun 1699, empayar Uthmaniyah melepaskan kebanyakan wilayah yang ditawan sebelumnya daripada Kerajaan Beraja Hungary pada Zaman Pertengahan kepada Habsburg. Berikutan perjanjian ini, para anggota keluarga dinasti Habsburg mentadbir Kerajaan Beraja Hungary Habsburg yang lebih luas (sebelumnya mereka hanya berkuasa di kawasan yang dikenali sebagai "Hungary Diraja"; lihat Kerajaan Beraja Hungary (1538–1867)).[perlu rujukan]

Pada tahun 1540-an, terdapat sejumlah empat buah kubu kota utama di Buda (2,965), Pest (1,481), Székesfehérvár (2,978) dan Esztergom (2,775) yang dijaga oleh 10,200 orang tentera.[4]

Jumlah tentera yang ditempatkan di garison hadapan Hungary Uthmaniyah berbeza-beza, tetapi semasa zaman kemuncaknya pada pertengahan kurun ke-16, ia meningkat antara 20,000 hingga 22,000 orang. Bagi sebuah pasukan tentera yang menduduki negara sebesar Hungary, meskipun dipusatkan di kawasan tengah, jumlah ini secara relatifnya agak kecil di mana kebanyakan mereka ditempatkan di kubu kota yang utama.[5]

Pada tahun 1640, apabila kawasan perbatasan masih dikira aman, 8,000 orang tentera Janissari disokong oleh tentera tempatan yang direkrut dengan jumlah yang tidak dinyatakan adalah cukup untuk menjaga keseluruhan Eyalet Budin.[5]

Pentadbiran sunting

 
Tentera Uthmaniyah mengepung Estolnibelgrad (kemungkinan Székesfehérvár) di Hungary.

Wilayah dibahagikan kepada beberapa Eyalet (provinsi), yang mana kemudian dikecilkan lagi kepada beberapa Sanjak, dengan diketuai oleh seorang pegawai tertinggi Uthmaniyah yang bergelar Pasha Budin. Asalnya, wilayah yang dikuasai oleh Uthmaniyah di negara Hungary (kini) merupakan sebahagian daripada Eyalet Budin. Kemudian, beberapa eyalet baru diasaskan: Eyalet Temeşvar, Eyalet Zigetvar, Eyalet Kanije, Eyalet Egir, dan Eyalet Varat. Pusat-pusat pentadbiran bagi Eyalet Budin, Zigetvar, Kanije dan Egir terletak di dalam wilayah Hungary, sementara bagi Eyalet Temeşvar dan Varat pula terletak di dalam wilayah yang kini berada dalam Romania juga termasuk beberapa tempat dalam negara Hungary pada hari ini. Sepertimana Eyalet Budin, Zigetvar, Kanije dan Egir juga terdiri daripada wilayah-wilayah yang kini terletak di Serbia, Croatia, Slovakia dan Kosovo. Para pasha dan Sanjak-Bey bertanggungjawab ke atas pentadbiran, kehakiman dan pertahanan. Satu-satunya kepentingan Uthmaniyah adalah untuk memastikan kekuasaan mereka di wilayah ini.

Sublime Porte (para pemerintah Uthmaniyah) menjadi pemilik tanah tunggal dan menguruskan sekitar 20 peratus tanah untuk kegunaan mereka sendiri, membahagi-bahagikan selebihnya kepada para tentera dan penjawat awam. Tuan tanah Uthmaniyah lebih tertarik untuk mendapat kekayaan secepat mungkin. Salah satu kepentingan Sublime Porte adalah mengutip cukai. Hanya sedikit cukai yang masih tersisa untuk dikutip oleh bekas tuan tanah; Kebanyakan para bangsawan dan sebilangan besar penduduk berketurunan campur berhijrah ke wilayah Kerajaan Beraja Hungary Habsburg ("Hungary Diraja"). Peperangan, penjualan hamba and penghijrahan para bangsawan yang kehilangan tanah mereka menyebabkan penyusutan penduduk di desa. Bagaimanapun, Uthmaniyah memberi tolenrasi agama yang membenarkan pelbagai etnik untuk tinggal di dalam empayar dengan autonomi ketara dalam bidang hubungan dalam negeri. Kota-kota mengekalkan beberapa pentadbiran sendiri dan kelas pertengahan yang makmur dibangunkan melalui kesenian dan perdagangan.

Kebudayaan sunting

Meskipun perang berpanjangan dengan Habsburg, beberapa pusat kebudayaan muncul di penjuru empayar. Beberapa contoh senibina Uthmaniyah pada zaman klasik, yang boleh ditemui di pusat-pusat terkenal di Constantinople dan Edirne, pada hari ini juga boleh dilihat di negara Hungary, di mana masjid, jambatan, air pancuran, mandian dan sekolah telah dibina. Malangnya selepas penaklukan oleh Habsburg, kebanyakan senibina ini dimusnahkan dan hanya sebilangan kecil sahaja yang terselamat. Pengenalan kepada tempat mandian Turki, dengan bangunan seperti di Mandian Rudas, merupakan satu permulaan pada tradisi panjang di Hungary kini. Tidak kurang daripada 75 buah hammams (mandian wap) telah dibina semasa zaman Uthmaniyah.

Sekolah-sekolah Muslim sunting

Pada kurun ke-17, 165 buah sekolah rendah (mekteb) dan 77 buah sekolah menengah dan sekolah tahfiz akademik (medrese) beroperasi dalam 39 buah kota-kota utama di wilayah ini.[perlu rujukan] Sekolah rendah mengajar menulis, aritmtik asas, dan membaca a-Quran dan sembahyang-sembahyang penting. Medreses pula memberi pengajian menengah dan latihan akademik dalam sains agama Islam, undang-undang gereja dan sains alam sekitar.[perlu rujukan] Kebanyakan medreses beroperasi di Budin (Buda), di mana terdapat 12 buah medreses. Di Peçuy (Pécs) terdapat lima buah medreses manakala empat buah di Eğri.[perlu rujukan] Medrese paling terkenal di wilayah yang dikawal oleh Uthmaniyah di Hungary kini terletak di Budin (Buda), yang mana dibina oleh Muslim Bosnia berketurunan Serbia, Mehmed-pasha Sokolović semasa 17 tahun pemerintahan beliau iaitu pada (1566–1578).

Di masjid, rakyat bukan sahaja menunaikan sembahyang tetapi diajar bagaimana untuk membaca dan menulis, membaca al-Quran dan bersembahyang. Khutbah merupakan bentuk pendidikan politik yang paling efektif.[perlu rujukan] Terdapat banyak sekolah rendah dan menengah bersebelahan masjid, dan gereja daripada kaum Dervish juga bertindak sebagai pusat kebudayaan dan pendidikan.[perlu rujukan] Perkembangan kebudayaan disokong dengan pembinaan perpustakaan. Perpustakaan sekolah Mehmed-pasha Sokolović di Budin (Buda), mengandungi selain sains keagamaan Muslim, kesusasteraan lain, kerja tempat berdoa, sajak, astronomi, muzik, senibina dan sains perubatan.[perlu rujukan]

Agama sunting

 
Masjid Pasha Qasim di Pécs, kini digunakan sebagai gereja Katolik
 
Menara di Eger

Uthmaniyah mengamalkan toleransi beragama, dan Kristian tidak dilarang. Islam tidak disebarkan melalui paksaan di kawasan-kawasan di bawah kawalan sultan Uthmaniyah,[6] Bagaimanapun, Arnold menyimpulkan sebuah petikan daripada seorang pengarang pada kurun ke-17 yang mengatakan:

Meanwhile he [the Turk] wins [converts] by craft more than by force, and snatches away Christ by fraud out of the hearts of men. For the Turk, it is true, at the present time compels no country by violence to apostatise; but he uses other means whereby imperceptibly he roots out Christianity...[7]

Tolenrasi dalam beragama yang diamalkan oleh Utmaniyyah membolehkan Protestantisme di Hungary (seperti Gereja Reformasi di Hungary) untuk terus subur meskipun ditekan di kawasan Hungary yang diperintah oleh puak Katolik-Habsburg.

Terdapat kira-kira 80,000 peneroka Muslim yang tinggal di wilayah yang dikawal oleh Uthmaniyah kini di Hungary; majoriti mereka adalah para pentadbir, tentera, artis dan pedagang yang berketurunan Bosnia Slavic, dan jumlahnya meningkat dengan perlahan-lahan sepanjang kurun ke-16.[8] Kehidupan beragama penduduk Muslim diselia oleh masjid yang baru dibina atau yang ditukarkan daripada bangunan gereja Kristian lama. Bayaran untuk pekerja di masjid selain kos penyelenggaraan gereja menjadi tanggungjawab negara Uthmaniyah atau derma.

Selain Sunni Islam, sejumlah besar komuniti dervish juga berkembang termasuk bektashi, Alevi, dan mevlevi. Tempat beribadat yang terkenal Gül Baba yang terletak di Budin (Buda), menaungi 60 orang dervis, yang tergolong dalam kelompok bektasi. Ia terletak berdekatan dengan kem janissari, yang mana dibina oleh Jahjapasazáde Mehmed Pasha, begler bey (gabenor) ketiga di Budin (Buda). Türbe (makam) di Budapest yang mengandungi jenazah dervish dan penyajak Gül Baba kini menjadi tapak paling utara penghijrah Islam.[9]

Tempat beribadat terkenal yang lain bagi dervish halveti telah dibina sekitar tahun 1576 bersebelahan türbe Sultan Süleyman I al-Qanuni (1520–1566) di Sigetvar (Szigetvár). Ia kemudian menjadi pusat keagamaan dan kebudayaan di kawasan ini. Tapak terkenal berhadapan dengan zavije (tempat beribadat) adalah Šejh Ali Dede seorang Bosnia. Tempat beribadat Jakovali Hasan Paša di Peçuy (Pécs) juga merupakan satu lagi lokasi terkenal. Ia mercu bagi seorang dervish berketurunan Mevlevia Peçevi Arifi Ahmed Dede, seorang Turki dan berasal daripada Peçuy (Pécs).

Menjelang akhir kurun ke-16, sekitar 90% daripada jumlah penduduk di Hungary Uthmaniyah adalah penganut Protestant, kebanyakan mereka menjadi Calvinis.[10]

Perubahan etnik semasa pemerintahan Uthmaniyah sunting

Akibat daripada peperangan yang berlanjutan selama 150 tahun antara negeri-negeri Kristian dan Uthmaniyah, pertambahan penduduk terbantut, dan jaringan penempatan etnik zaman pertengahan di Hungary dengan penduduk bandar borjuis hancur. Komposisi etnik di wilayah yang terletak dalam Kerajaan Beraja Hungary Zaman Pertengahan berubah melalui pengusiran dan pembunuhan beramai-ramai, oleh itu jumlah etnik Hungary pada akhir zaman pendudukan Uthmaniyah berkurang dengan ketara.[11]

Kejatuhan ekonomi di Buda, ibu negara semasa penaklukan Uthmaniyah dicirikan melalui genangan populasi, populasi penduduk Buda tidak bertambah pada tahun 1686, berbanding populasi di kota ini dua kurun sebelumnya pada kurun ke-15.[12] Uthmaniyah membiarkan tempat diraja Hungary terbiar.[13] Istana pusaka yang besar ini diubah menjadi tempat penyimpanan serbuk api dan peluru oleh Uthmaniyah,[14] yang menyebabkannya diletupkan semasa pengepungan pada tahun 1686. Penduduk Kristian Hungary menguncup dengan ketara pada dekad-dekad seterusnya, di sebabkan mereka melarikan diri ke wilayah Hungary Diraja di bawah pemerintahan Habsburg. Jumlah penduduk Yahudi dan Gipsi menjadi dominan semasa pemerintahan Uthmaniyah di Buda.[15]

 
Liga Suci menawan Buda selepas lama dikepung pada tahun 1686

Berdasarkan kepada anggaran moden, nisbah orang Hungary di Lembangan Carpathia adalah sekitar 80% pada akhir kurun ke-15, sementara penduduk bukan Hungary tidak lebih daripada 20% hingga 25% daripada jumlah penduduk.[16][17][18][19] Populasi Hungary mula menurun pada masa penaklukan Uthmaniyah,[16][17] Kejatuhan jumlah populasi Hungary di sebabkan perang yang berpanjangan, serbuan Uthmaniyah, kebuluran dan wabak sepanjang 150 tahun pemerintahan Uthmaniyah.[16][17][20] Zon-zon perang utama adalah wilayah yang didiami oleh orang Hungary, oleh itu kadar jumlah korban di pihak mereka lebih pantas berbanding warganegara lain.[16][20]

Terdapat tiga bahagian di Hungary; Habsburg Hungary, Hungary Uthmaniyah dan Transylvania, mengalami hanya sedikit perbezaan dalam pertambahan penduduk pada kurun ke-17.[21] Berdasarkan pada data yang dibuat dalam kebanyakan kajian pihak berkuasa, jumlah penduduk daripada kesemua tiga buah wilayah meningkat daripada 3.5 juta penduduk menjelang kurun ke-16 kepada 4 juta penduduk menjelang kurun ke-17.[21] Pertambahan ini sebelum penghijrahan ke dalam wilayah Hungary daripada wilayah-wilayah lain di empayar Habsburg.[22] Perang Habsburg-Uthmaniyah pada kurun ke-17 yang berlaku sekali sekala memberi kesan pada penduduk yang mendiami wilayah yang sempit ini.[21] Oleh itu, masa perang di Hungary dilihat tidak memberi kesan besar pada kadar kematian dalam kalangan penduduk awam.[21]

Populasi penduduk Hungary pada akhir kurun ke-16 di Hungary Uthmaniyah adalah 900,000, di Habsburg Hungary adalah 1,800,000 dan 'bebas' (Transylvania) Hungary adalah 800,000, menjadikan sejumlah 3,500,000 orang penduduk di seluruh Hungary.[22]

Perkembangan penduduk di Hungary Uthmaniyah semasa kurun ke-17 meningkat sangat sedikit: daripada 900,000 ke sekitar 1,000,000 orang penduduk, satu kadar pertumbuhan yang hampir sama di Hungary Diraja dan Transylvania.[22]

Galeri sunting

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Melvin E. Page, Colonialism: an international social, cultural, and political encyclopedia, ABC-CLIO, 2003, p. 648 [1]
  2. ^ Kontler 1999, m/s. 145.
  3. ^ Inalcik Halil: "The Ottoman Empire"
  4. ^ Ottoman Warfare 1500-1700, Rhoads Murphey, 1999, p.227
  5. ^ a b Ottoman Warfare 1500-1700, Rhoads Murphey, 1999, p.56
  6. ^ The preaching of Islam: a history of the propagation of the Muslim faith By Sir Thomas Walker Arnold, pg. 135-144
  7. ^ The preaching of Islam: a history of the propagation of the Muslim faith By Sir Thomas Walker Arnold, pg. 136
  8. ^ Southeastern Europe under Ottoman Rule, 1354-1804, Peter F. Sugar, 2014, p.88
  9. ^ Christina Shea, Joseph S. Lieber, Erzsébet Barát, Frommer's Budapest & the Best of Hungary, John Wiley and Sons, 2004, p 122-123 [2]
  10. ^ Patai, Raphael (1996). The Jews of Hungary: History, Culture, Psychology. Wayne State University Press. m/s. 153. ISBN 0814325610.
  11. ^ Csepeli, Gyorgy (1996). "The changing facets of Hungarian nationalism - Nationalism Reexamined". Social Research.
  12. ^ András Gerő, János Poór (1997). Budapest: a history from its beginnings to 1998, Volume 86 van Atlantic studies on society in change , Volume 462 van East European monographs. Social Science Monographs. m/s. 3. ISBN 9780880333597.
  13. ^ Andrew Wheatcroft (2010). The Enemy at the Gate: Habsburgs, Ottomans, and the Battle for Europe. Basic Books. m/s. 206. ISBN 9780465020812.
  14. ^ Steve Fallon, Sally Schafer (2015). Lonely Planet Budapest. Lonely Planet. ISBN 9781743605059.
  15. ^ Ga ́bor A ́goston, Bruce Alan Masters (2009). Encyclopedia of the Ottoman Empire Facts on File Library of World History Gale virtual reference library. Infobase Publishing. m/s. 96. ISBN 9781438110257.
  16. ^ a b c d Hungary. (2009). In Encyclopædia Britannica. Retrieved May 11, 2009, from Encyclopædia Britannica Online
  17. ^ a b c A Country Study: Hungary. Federal Research Division, Library of Congress. Dicapai pada 6 Mac 2009.
  18. ^ "International Boundary Study – No. 47 – April 15, 1965 – Hungary – Romania (Rumania) Boundary" (PDF). US Bureau of Intelligence and Research.
  19. ^ Historical World Atlas. With the commendation of the Royal Geographical Society. Carthographia, Budapest, Hungary, 2005. ISBN 978-963-352-002-4 CM
  20. ^ a b Steven W. Sowards. "Twenty-Five Lectures on Modern Balkan History (The Balkans in the Age of Nationalism), Lecture 4: Hungary and the limits of Habsburg authority". Michigan State University Libraries. Dicapai pada 11 Mei 2009.
  21. ^ a b c d Ottoman Warfare 1500-1700, Rhoads Murphey, 1999, p.173-174
  22. ^ a b c Ottoman Warfare 1500-1700, Rhoads Murphey, 1999, p.254
  • Rencana ini mengandungi bahan daripada Perpustakaan Kongres Pengajian Negara yang merupakan terbitan pemerintah Amerika Syarikat dalam domain awam.
  • Encyclopaedia Humana Hungarica: Cross and Crescent: The Turkish Age in Hungary (1526–1699)
  • Balázs Sudár: Baths in Ottoman Hungary in "Acta Orientalia Academiae Scientiarum Hungaricae", Volume 57, Number 4, 7 December 2004, pp. 391–437(47)

Sumber sunting

Pautan luar sunting