Huntaway

baka anjing dari New Zealand

Huntaway[a] (juga dikenali sebagai huntaway New Zealand) ialah satu baka anjing besar dan berbinaan kukuh yang digunakan untuk tugas penggembalaan biri-biri di New Zealand, tempat asalnya. Ia dibiakbakakan untuk menggunakan salakan lantang dan dalam untuk menggiring biri-biri.

Huntaway
Seekor huntaway New Zealand
Nama lainHuntaway New Zealand
Anjing gembala New Zealand
Negara asalNew Zealand
Trait
Berat 25–40 kilogram (55–88 lb)
Tinggi 56–66 sentimeter (22–26 in)
Bulu licin atau kasar (grizzled)
Warna berbeza-beza, lazimnya hitam dan sawo matang, triwarna
Anjing (Canis lupus familiaris)
Seekor huntaway yang bertanding dalam Yard Dog Trial

Baka ini bertarikh dari lewat abad ke-19 dan dibezakan hanya dengan keupayaan kerja. Tiada penampilan atau zuriat tetapan, tetapi ia biasanya berwarna hitam dan sawo matang. Hanya anjing yang memenangi ujian boleh didaftarkan oleh New Zealand Sheep Dog Trial Association dalam buku pembaka mereka.[1]

Perihal sunting

 
Huntaway: seekor huntaway pekerja daripada jenis berbulu panjang berbinaan berat

Huntaway ialah anjing besar berdada dalam yang pada umumnya berukuran seberat 25–45 kilogram (55–99 lb). Lapis bulunya dapat berwarna berlainan; warna termasuk hitam dan sawo matang (biasanya) dengan sedikit putih atau brindle. Lapis bulunya juga terdapat dengan tekstur berlainan; sama ada licin, kasar, atau grizzly. Ia pada umumnya bertelinga terkelepai. Ketinggian huntaway biasanya dalam julat 56–66 sentimeter (22–26 in).

Ia dikehendaki mempunyai kecerdasan, ketangkasan, dan stamina hebat untuk kerja berhari-hari di desa curam dan kasar menempuh jarak jauh untuk menggiring kawanan sangat besar biri-biri. Salakanya dalam dan berulang-ulang, biasanya dengan jeda singkat antara salakan, yang membolehkan salakannya bertahan untuk tempoh sangat lama.[2]

Sejarah sunting

 
Huntaway berusia 8 bulan

Huntaway dikembangkan sebagai baka sebagai gerak balas kepada keadaan pertanian yang terdapat di High Country New Zealand. Larian atau "stesen" pastoral luas, seperti yang terdapat di High Country di Pulau Selatan, memerlukan pasukan anjing yang mampu bekerja dalam pengumpulan selama berhari-hari, menempuh jarak jauh di desa curam mencabar. Stesen High Country biasanya meliputi beribu-ribu hektar dan kerap tidak berpagar.[3][4] Anjing gembala biri-biri British yang digunakan oleh petani awal New Zealand kebanyakannya mengerjakan biri-biri secara senyap, tetapi kadang-kadang anjing menggunakan salakannya untuk menggembala biri-biri. Ciri ini disukai oleh sesetengah petani, terutamanya untuk menggiring biri-biri di desa bukit kasar dan curam yang dapat menyebabkan anjing hilang daripada pandangan, lalu menjadikan anjing yang menggiring haiwan ternakan melalui penglihatan kurang berguna. Collie dan anjing gembala pekerja lain dengan trait salakan perlu disilangkan dengan mana-mana baka lain yang mempunyai trait-trait lain yang diingini, termasuk saiz, stamina, dan keupayaan salakan mantap, kerana ini merupakan trait-trait yang membezakan huntaway daripada anjing ketua kini, tetapi zuriat tepat tidak diketahui.[1]

Rujukan terawal tentang huntaway adalah pada lewat abad ke-19. Ujian anjing gembala biri-biri dengan kelas spesifik untuk huntaway diiklankan di Hulu Waitaki pada tahun 1870.[5] Iklan "Dikehendaki" untuk "huntaway sheepdog" terdapat dalam surat khabat Otago Daily Times pada tahun 1884,[6] collie heading dan collie huntaway diiklankan untuk jualan pada tahun 1885.[7] Huntaway selanjutnya dikembangkan sebagai baka terpisah daripada anjing ketua semasa abad ke-20.

Pengiktirafan baka sunting

Setakat Ogos 2013, baka huntaway diiktiraf oleh New Zealand Kennel Club (NZKC).[8] Ini ialah pengiktirafan pertama bagi baka anjing asal New Zealand.[9][10] Terdapat piawaian NZKC untuk baka huntaway, tetapi piawaian mencatatkan:

New Zealand Sheepdog Trial Association berpendapat bahawa huntaway tidak patut langsung ditunjukkan, kerana perbezaan besar dari segi warna, jenis, dan saiz serta ketidakbolehan untuk membuktikan dalam gelanggang pertunjukan tugas terasnya (satu-satunya tugas tunggal) untuk mengerjakan haiwan ternakan. New Zealand Sheepdog Trial Association berpendapat bahawa huntaway New Zealand tidak patut dibela semata-mata sebagai anjing peliharaan. Tiada perubahan kepada piawaian baka rasmi bagi huntaway New Zealand akan dibuat tanpa perundingan dengan New Zealand Sheepdog Trial Association.[11]

Kesihatan sunting

Kemungkinan predisposisi terhadap kardiomiopati terdilat telah dikenal pasti pada baka ini.[12]

Sesetengah penyakit keturunan telah dikenal pasti pada huntaway, ini termasuk: mukopolisakaridosis, stenosis subaorta, displasia folikel bulu hitam, dan anasarka janin.[13]

Maklumat umum sunting

Ia telah dibiakbakakan untuk mengumpulkan kawanan di perbukitan dan pergunungan New Zealand yang sukar untuk dilalui. Jadi, perintah perkataan dan siulan digunakan untuk menyampaikan perintah kepada anjing ini apabila mereka berada pada jarak jauh. Ia amat terkenal sebagai anjing bising, terutamanya ketika bekerja.[2]

Ia merupakan baka anjing kedua paling lazim di New Zealand, selepas anjing pengutip Labrador.[14] Ia menjadi semakin popular di negara lain dengan sebuah kelab huntaway New Zealand yang dimulakan di Jepun dan huntaway yang dibiakbakakan dan digunakan di Australia untuk kerja dan ujian anjing halaman.[perlu rujukan]

Hunterville di Pulau Utara di New Zealand terkenal kerana patung huntaway-nya.[15]

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: هنتاوي, Sebutan bahasa Melayu: [hantəwe]

Rujukan sunting

  1. ^ a b Clive Dalton. 'Farm dogs – Heading dogs, huntaways and all-purpose dogs' (Inggeris), Te Ara – the Encyclopedia of New Zealand, dikemaskinikan pada 1 Mac 2009 Diarkibkan 28 Jun 2012 di Wayback Machine, dicapai pada 30 Mac 2024
  2. ^ a b "A Dog's Show". NZ on Screen (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Januari 2010. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  3. ^ Robert Peden. 'Farm fencing – Early fencing methods' (Inggeris), Te Ara – the Encyclopedia of New Zealand, dikemaskinikan pada 1 Mac 2009 Diarkibkan 4 November 2012 di Wayback Machine dicapai pada 30 Mac 2024
  4. ^ Carl Walrond. 'Rural workers – Large sheep runs' (Inggeris), Te Ara – the Encyclopedia of New Zealand, dikemaskinikan pada 1 Mac 2009 Diarkibkan 9 November 2012 di Wayback Machine dicapai pada 30 Mac 2024
  5. ^ "MACKENZIE COUNTRY DOG TRIAL". Timaru Herald (dalam bahasa Inggeris). 29 Jun 1870. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Mac 2016. Dicapai pada 30 Mac 2024 – melalui Papers Past, National Library.
  6. ^ "Page 1 Advertisements Column 3". Otago Daily Times (dalam bahasa Inggeris). 25 Ogos 1884. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Mac 2016. Dicapai pada 30 Mac 2024 – melalui Papers Past, National Library.
  7. ^ "Page 3 Advertisements Column 8". Evening Post (dalam bahasa Inggeris). 7 Oktober 1885. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mac 2016. Dicapai pada 30 Mac 2024 – melalui Papers Past, National Library.
  8. ^ http://www.nzkc.org.nz/pdf/rules_regs/registration_regs.pdf (Inggeris), dicapai pada 30 Mac 2024
  9. ^ "AgriHQ" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Mac 2014. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  10. ^ http://www.nzkc.org.nz/ (Inggeris), dicapai pada 30 Mac 2024
  11. ^ http://www.dogsnz.org.nz/breeds/info/nz-huntaway/535 (Inggeris), dicapai pada 30 Mac 2024
  12. ^ Munday, JS; Dyer, CB; Hartman, AC; Orbell, GMB (2006). "A possible predisposition to dilated cardiomyopathy in Huntaway dogs". New Zealand Veterinary Journal (dalam bahasa Inggeris). Informa UK Limited. 54 (5): 231–234. doi:10.1080/00480169.2006.36702. ISSN 0048-0169.
  13. ^ "Inherited diseases" (dalam bahasa Inggeris). Pusat Anjing Pekerja, Universiti Massey. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Disember 2016. Dicapai pada 30 Mac 2024.
  14. ^ Lawton, Nicole (22 Oktober 2016). "Labrador once again named most popular dog breed across NZ". Stuff (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 Mac 2024.
  15. ^ "Hunterville Huntaway Festival". shemozzle.co.nz (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Mei 2017. Dicapai pada 30 Mac 2024.

Pautan luar sunting