Kumpulan Hurricane merupakan sebuah kumpulan pemuzik dan penyanyi rock yang aktif di Malaysia. Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu Melayu dan mula dikenali semenjak tahun 1984. Mereka condong pada muzik berbentuk heavy metal dan pada asalnya menggunakan nama Evil Blood. Pada tahun 1988, mereka merupakan artis yang bernaung di bawah syarikat rakaman Platinum Productions Pte Ltd, dan menukar nama kumpulan mereka kepada kumpulan Hurricane bagi tujuan komersial dan tidak terlalu garang.[1]

Hurricane
Berasal dariMalaysia Malaysia
GenreRock
PekerjaanVokal / Pemuzik
Tahun aktif1984 -1990-an
Pengkarya berkait
Berkumpulan

Kumpulan Hurricane mulai dikenali ramai setelah menyertai Festival Rock 1984 yang dilangsungkan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru pada tahun 1984.

Kumpulan Hurricane pernah menyertai Juara Juara Rock 2 di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru di mana mereka berjaya menggondol tempat kedua pula, sementara tempat pertama oleh kumpulan The Burnmarks. Tempat ketiga pula kumpulan Gersang juga dari Johor Bahru. Kumpulan Hurricane mula menceburi bidang hiburan menerusi pertandingan di Johor Bahru dan menggoldol Juara Rok, sementara itu mendapat tempat ketiga dalam pertandingan Ekspo Geylang Serai pada tahun 1983. Selain itu, pemain drum mereka, Abu Hassan turut terpilih sebagai pemain terbaik.

Kumpulan Hurricane dan kumpulan Medusa telah menerbitkan sebuah album secara bersama pada tahun 1988 yang berjudul album Gegaran bersama dengan seorang penulis lirik terkenal, Haron Abdulmajid sebagai pengurus. Selain itu, album ini turut mendapat sentuhan penyanyi Aziz Ahmad yang turut menyumbangkan pengalaman beliau.

Ahli sunting

  • Fahzli Haji Mohammad
  • Abu Hassan Haji Mohd Yusoff
  • Jeffri Mohamad
  • Azman Kabol

Diskografi sunting

Album sunting

Lagu-lagu sunting

  • Perjuangan (Gegaran)
  • Tinggal Kenangan (Gegaran)
  • Gadis Penggoda (Gegaran)
  • Balada Cinta (Gegaran)
  • Pesanan (Gegaran)

Pautan luar sunting