Husky Siberia

baka anjing dari Rusia

Husky Siberia[a] ialah satu baka anjing pekerja tarikan bersaiz sederhana. Baka ini tergolong dalam keluarga genetik spits. Ia dapat dikecam mengikut lapis bulu ganda tebal, telinga segi tiga tegak, dan tanda-tanda distingtif, dan lebih kecil daripada malamut Alaska yang berpenampilan serupa.

Husky Siberia
Husky Siberia hitam dan putih
Nama lainChukcha[1]
Nama ringkasHusky
Sibe
Negara asalRusia[2]
Trait
Berat Jantan 45–60 paun (20–27 kg)
Betina 35–50 paun (16–23 kg)
Tinggi Jantan 21–23.5 inci (53–60 cm)
Betina 20–22 inci (51–56 cm)[3]
Bulu Lapis bulu ganda tebal
Warna Semua warna antara hitam dengan putih metah, dan termasuk mana-mana warna dan tanda berbeza
Saiz perinduk 4–8 ekor anak anjing
Jangka hayat 12–14 tahun[4]
Anjing (Canis lupus familiaris)

Husky Siberia berasal dari Asia Timur Laut. Di sana, ia dibiakbakakan oleh orang Chukchi dari Siberia untuk penarikan kereta luncur salji dan sebagai pendamping.[2] Ia merupakan baka giat, bertenaga, dan bingkas, yang leluhurnya datang dari persekitaran sangat sejuk dan mencabar di Artik Siberia. William Goosak, seorang pedagang bulu, memperkenalkannya ke Nome, Alaska semasa Kerubut Emas Nome, pada mulanya sebagai anjing tarikan untuk mengerjakan lapangan perlombongan dan untuk ekspedisi melalui rupa bumi yang sukar dilalui.[2] Kini, husky Siberia biasanya dibela sebagai anjing peliharaan rumah, namun ia masih kerap digunakan sebagai anjing tarikan oleh para musher pertandingan dan rekreasi.[5]

Zuriat sunting

Pada tahun 2015, sebuah kajian DNA menunjukkan bahawa husky Siberia, malamut Alaska, dan husky Alaska mengongsi hubungan genetik rapat antara satu sama lain dan berkaitan dengan anjing tarikan Chukotka dari Siberia. Anjing-anjing ini terpisah daripada dua baka anjing Inuit, iaitu anjing Eskimo Kanada dan anjing Greenland. Di Amerika Utara, husky Siberia dan malamut kedua-duanya telah mengekalkan zuriat Siberianya dan telah menyumbang dengan ketara kepada husky Alaska, yang dikembangkan melalui persilangan dengan baka-baka Eropah.[6] Husky Siberia menunjukkan kesemendaan genetik dengan anjing-anjing Siberia Timur terdahulu dan anjing Tasik Baikal purba, dan dapat dijejak kepada zuriat yang berusia lebih daripada 9,500 tahun.[7]

Beberapa baka anjing Artik, termasuk anjing Siberia, menunjukkan kerapatan genetik ketara dengan serigala Taymyr dari Asia Utara yang kini pupus oleh sebab percampuran. Baka-baka ini dikaitkan dengan latitud tinggi – husky Siberia dan anjing Greenland yang juga berkaitan dengan populasi manusia Artik, dan secara kurang ketara, dengan shar pei dan spits Finland. Terdapat data yang menunjukkan percampuran antara 1% dengan 3% antara populasi serigala Taymyr dengan populasi leluhur anjing bagi keempat-empat baka latitud tinggi ini. Introgresi ini dapat memberi anjing awal yang tinggal di latitud tinggi variasi fenotip yang bermanfaat untuk adaptasi terhadap persekitaran baharu dan mencabar. Ini juga menunjukkan bahawa keleluhuran bagi baka anjing zaman kini diturunkan dari lebih daripada satu kawasan.[8]

Husky Siberia pada asalnya dikembangkan oleh orang Chukchi dari Semenanjung Chukci di Siberia timur.[9] Ia dibawa ke Nome, Alaska pada tahun 1908 untuk berkhidmat sebagai anjing pekerja tarikan dan kemudiannya dikembangkan dan digunakan untuk perlumbaan anjing tarikan.[10][6]

Perihal sunting

Bulu sunting

 
Husky Siberia betina sabel

Husky Siberia memiliki lapis bulu ganda yang lebih tebal daripada yang pada kebanyakan baka anjing.[11] Terdapat dua lapis: lapis bulu bawah padat dan beralun halus dan lapis bulu atas lebih panjang dengan rerambut pengawal lebih tebal dan lurus.[12] Lapis bulu ini melindungi anjing dengan berkesan daripada cuaca musim sejuk Artik yang mencabar dan juga memantulkan haba pada musim panas. Ia mampu mengharungi suhu serendah −50 hingga −60 °C (−58 hingga −76 °F). Lapis bulu bawahnya kerap tiada semasa ganti bulu. Lapis bulu tebalnya memerlukan perawatan bulu mingguan.[11] Lapis bulu terlebih panjang, kadang-kadang dirujuk sebagai lapis bulu "wul", dianggap sebagai kecacatan menurut piawaian baka kerana kekurangan perlindungan lebih tebal seperti yang pada rerambut pengawal lapis bulu piawai, mengaburkan garis rangka jelas anjing berkenaan, menyebabkan kenaikan haba berlebihan dengan lebih cepat semasa kerja berat dengan abah-abah, dan semudahnya menjadi kusut dan berkerak dengan salji dan air batu.[13]

Husky Siberia terdapat dengan pelbagai warna dan corak, kerap dengan kaki dan tungkai putih, tanda muka putih, dan hujung ekor putih. Contoh warna lapis bulu merupakan hitam dan putih, merah tembaga dan putih, kelabu dan putih, putih metah, dan lapis bulu "agouti" jarang, namun banyak individu mempunyai tompok perang muda atau piebald. Sesetengah individu lain juga mempunyai corak "belakang pelana", yang melibatkan keterbatasan rerambut pengawal berhujung hitam hanya di kawasan pelana sementara kepala, pinggul, dan bahu sama ada berwarna merah muda atau putih. Topeng menonjol, gelang mata, dan tanda muka lain hadir dalam kepelbagaian meluas. Semua warna bulu daripada hitam hingga putih metah diizinkan.[12][14][15][16] Corak lapis bulu merle tidak diizinkan oleh American Kennel Club (AKC) dan The Kennel Club (KC).[12][17] Corak ini kerap dikaitkan dengan isu kesihatan dan pembiakbakaan tidak tulen.[18]

Mata sunting

 
Husky Siberia merah dan putih dengan heterokromia

American Kennel Club memerihalkan mata husky Siberia sebagai mata yang "berbentuk badam, sederhana terjarak, dan terletak agak condong". Piawaian baka AKC menetapkan mata yang perang, biru, atau hitam; salah satu warna atau berwarna-warni diterima (yang lengkap ialah heterokromia). Gabungan warna mata ini dianggap dapat dierima oleh American Kennel Club. Yang berwarna-warni tidak menjejaskan penglihatan anjing.[19]

Hidung sunting

Anjing layak pertunjukan lebih diterima jika tidak mempunyai hidung menajam mahupun hidung sudut tegak. Hidungnya hitam pada anjing kelabu, sawo matang pada anjing hitam, berwarna hati pada anjing berwarna tembaga, dan mungkin sawo matang cerah pada anjing putih. Dalam sesetengah keadaan, husky Siberia dapat mempamerkan hidung yang dipanggil "hidung salji" atau "hidung musim sejuk". Keadaan ini dipanggil hipopigmentasi pada haiwan. "Hidung salji" diterima dalam gelanggang pertunjukan.[11][20]

Ekor sunting

Ekor husky Siberia berbulu lebat; anjing ini kerap melingkarkan dengan ekornya ke atas mukanya dan hidungnya untuk menambahkan kehangatan. Apabila melingkar untuk tidur, husky Siberia menutup hidungnya untuk kehangatan, kerap dirujuk sebagai "pusaran Siberia". AKC mengesyorkan ekor yang ekspresif, terangkat rendah-rendah apabila anjing bertenang, dan melingkar ke atas dalam rupa bentuk "sabit" apabila teruja atau minat pada sesuatu.[11]

Saiz sunting

Piawaian baka menunjukkan bahawa jantan baka ini berdiri dengan unggul setinggi 20–24 inci (51–61 cm) pada paras kelasa dan berukuran seberat 45–60 paun (20–27 kg).[21] Betinanya pula lebih kecil dan membesar sehingga setinggi 19–23 inci (48–58 cm) pada paras kelasa dan berukuran seberat.35–50 paun (16–23 kg).[11] Warga Nome merujuk husky Siberia sebagai "tikus Siberia" oleh sebab saiznya yang seberat 40–50 paun (18–23 kg) berbanding dengan saiz malamut Alaska yang seberat 75–85 paun (34–39 kg).[22]

Tingkah laku sunting

Husky biasanya lebih kerap melolong berbanding menyalak.[23] Ia telah diperihalkan sebagai ahli lepas diri, yang dapat termasuk menggali ke bawah, mengunyah, malah melompati pagar.[4][24][25]

ASPCA mengelaskan baka ini sebagai baka yang baik dengan kanak-kanak. Persatuan itu juga menyatakan bahawa ia memaparkan paras tenaga tinggi di ruangan dalaman, mempunyai keperluan senaman khusus, dan mungkin bersikap pemusnah "tanpa penjagaan betul".[4]

Pagar 6 ka (1.83 m) disyorkan untuk baka ini sebagai anjing peliharaan, namun sesetengah anjing telah diketahui mengatasi pagar setinggi 8 ka (2.44 m).[25] Pagar haiwan peliharaan elektrik mungkin tidak berkesan.[25] Ia memerlukan pendampingan kerap daripada orang dan anjing lain dan keperluan untuk berasa seperti sebahagian daripada kawanan adalah kuat.[26]

Perwatakan husky Siberia adalah ramah dan lemah lembut.[14] Sebuah kajian mendapati perkaitan antara satu gen pada baka ini dengan keimpulsifan, kekurangan perhatian, dan paras kegiatan tinggi.[27]

Husky Siberia diletakkan di tangga ke-77 daripada 138 baka yang dibandingkan untuk kecerdasan oleh ahli psikologi anjing Stanley Coren.[28] Walau bagaimanapun, ranking dalam karya terbitan Coren menggunakan hanya salah satu daripada tiga bentuk tertakrif bagi kecerdasan anjing, iaitu "kecerdasan kerja dan kepatuhan", yang tertumpu pada kebolehlatihan—kebolehan anjing untuk mengikuti arahan dan perintah dalam konteks langsung, khususnya oleh hakim ujian dalam persekitaran litar terkawal.[29]

Kesihatan sunting

Sebuah terbitan ASPCA tahun 1999 mendakwa bahawa purata jangka hayat bagi husky Siberia ialah 12–14 tahun.[4] Isu-isu kesihatan pada baka ini terutamanya merupakan isu keturunan, seperti sawan dan kecacatan mata (katarak juvenil, distrofi kornea, glaukoma anjing, dan atrofi retina progresif) dan paralisis larinks kongenital.[30] Displasia pinggul tidak kerap didapati pada baka ini; walau bagaimanapun, sebagaimana dengan banyak kanin bersaiz sederhana atau besar, ini dapat berlaku.[31] Orthopedic Foundation for Animals pada masa ini telah menempatkan husky Siberia di tangga ke-155 daripada 160 baka yang berisiko untuk displasia pinggul, dengan hanya dua peratus daripada husky Siberia teruji yang menunjukkan displasia.[32]

Husky Siberia yang digunakan untuk perlumbaan kereta luncur salji mungkin juga terdedah kepada penyakit lain, seperti penyakit gastrik,[33] bronkitis, atau penyakit bronkopulmonari ("asma ski"),[34] dan hakisan gastrik atau pengulseran.[35]

Husky Siberia moden yang berdaftar di Amerika Syarikat hampir keseluruhannya merupakan keturunan daripada import Siberia tahun 1930 dan daripada anjing-anjing Leonhard Seppala, khususnya Togo.[36] Bilangan terhad bagi anjing asasi berdaftar telah membawa kepada sesetengah perbincangan tentang kerentanannya terhadap pengaruh pengasas.[37]

Sejarah sunting

 
Lelaki Chukchi yang memberikan makanan kepada anjing tarikan Chukotka, tahun 1901

Prasejarah (sebelum tahun 1890-an) sunting

Anjing tarikan Chukotka dianggap sebagai leluhur kepada husky Siberia. Anjing tarikan Chukotka yang dikembangkan oleh orang Chukchi dari Rusia telah digunakan sejak zaman prasejarah untuk menarik kereta luncur salji dalam keadaan mencabar, seperti pemburuan mamalia laut di atas air batu sarah lautan.[38][39]

Asal usul nama dan perpisahan daripada anjing tarikan Chukotka (1890-an–1930-an) sunting

Dari tahun 1890-an hingga tahun 1930-an, anjing tarikan Chukotka diimport secara aktif ke Alaska, untuk mengangkut pelombong emas ke Yukon, mula-mula sebagai sebahagian daripada Kerubut Emas Klondike,[38] kemudian dalam "All-Alaska Sweepstakes",[12] iaitu perlumbaan kereta luncur salji anjing sejauh 408 bt (657 km) dari Nome, ke Candle, ulang-alik. Pada masa ini, "Esquimaux" atau "Eskimo" merupakan istilah pejoratif umum untuk penghuni asli Artik dengan banyak pilih atur dialek termasuk Uskee, Uskimay, dan Huskemaw. Maka, anjing yang digunakan oleh orang Artik merupakan anjing orang Huskie, dan akhirnya hanya anjing husky.[40][41] Para penetap Kanada dan Amerika, yang tidak cukup mengarifi geografi Rusia, membezakan import Chukotka dengan merujuknya sebagai husky Siberia kerana Chukotka merupakan sebahagian Siberia.[38]

 
Pasukan husky Siberia pemenang milik Leonhard Seppala untuk perlumbaan All-Alaska Sweepstakes tahun 1916

Sebagai anjing pengangkut muatan yang lebih kecil, lebih pantas, dan lebih berdaya tahan daripada anjing pengangkut muatan 100–120 paun (45–54 kg) yang digunakan secara umum pada masa itu, anjing ini segera mendomnasi perlumbaan Sweepstakes. Leonhard Seppala, pembiak baka terpenting bagi anjing tarikan Siberia pada masa itu, menyertai pertandingan dari tahun 1909 hingga pertengahan tahun 1920-an dengan sebilangan kejuaraan dengan nama beliau.[42]

 
Gunnar Kaasen dan Balto

Pada 3 Februari 1925, Gunnar Kaasen merupakan musher terakhir dalam pengangkutan serum ke Nome 1925 untuk mengirimkan serum difteria dari Nenana sejauh 600 batu (970 km) ke Nome. Ini merupakan usaha berkumpulan oleh beberapa pasukan anjing tarikan dan musher, dengan segmen terpanjang (264 batu (425 km)) dan paling berbahaya bagi pengangkutan itu yang dilalui oleh Leonhard Seppala dan anjing pemimpin pasukan kereta luncur salji beliau, Togo. Peristiwa ini digambarkan dalam filem tahun 2019 Togo. Sebahagian daripada ini juga digambarkan dalam filem animasi tahun 1995 Balto; nama anjing pemimpin Gunnar Kaasen dalam pasukan kereta luncur salji beliau ialah Balto, namun tidak seperti anjing sebenar, watak Balto digambarkan sebagai seekor anjing serigala dalam filem itu. Sempena memperingati anjing pemimpin ini, sebuah patung gangsa didirikan di Central Park di New York City]]. Pada plak terdapat inskripsi,

Didedikasikan untuk semangat tidak terkalahkan anjing tarikan yang menyampaikan antitoksin sejauh enam ratus batu merentasi ais kasar, menyeberangi perairan berbahaya, melalui ribut salji Artik dari Nenana hingga kelegaan Nome yang terlanda pada musim sejuk tahun 1925. Ketahanan · Kesetiaan · Kecerdikan[42]

Husky Siberia memperoleh kepopularan besar dengan kisah "Perlumbaan Besar Rahmat", iaitu pengangkutan serum ke Nome tahun 1925, yang menonjolkan Balto dan Togo. Walaupun Balto dianggap lebih masyhur, sebagai anjing yang mengirimkan serum itu ke Nome selepas menjalani peringkat 53 batu (85 km) terakhir, Togo merupakan anjing yang menjalani peringkat terpanjang bagi larian berganti-ganti itu, dengan memandu musher-nya Leonhard Seppala dalam perjalanan sejauh 261 batu (420 km) yang termasuk penyeberangan Norton Sound yang membawa maut ke Golovin,[43] dan yang akhirnya menjadi anjing pengasas untuk baka husky Siberia, melalui keturunannya Toto, Molinka, Kingeak, Ammoro, Sepp III, dan Togo II.[44]

Pada tahun 1930, pengeksportan anjing dari Siberia dihentikan.[26] Tahun sama juga menyaksikan pengiktirafan husky Siberia oleh American Kennel Club.[12] Pada sembilan tahun kemudian, baka ini pertama kali didaftarkan di Kanada. United Kennel Club mengiktiraf baka ini pada tahun 1938 sebagai "husky Artik" atau "Arctic Husky", kemudian mengubah namanya kepada husky Siberia pada tahun 1991.[45] Seppala memiliki kenel di Alaska sebelum berpindah ke New England untuk menjadi pasangan Elizabeth Ricker. Mereka berdua bersama-sama memiliki kenel Poland Springs dan mula melumbakan dan mempamerkan anjing mereka di serata Kawasan Timur Laut. Kenel ini dijual kepada Harry Wheeler warga Kanada pada tahun 1931, ikutan kepulangan Seppala ke Alaska.[10]

Ternakan asasi baka ini menurut catatan dan buku pembaka terdiri daripada anjing-anjing berikut:

Kree Vanka (Jantan, Import Siberia 1930)
Tserko (Jantan, Import Siberia 1930)
Tosca (Betina, Harry x Kolyma)
Duke (Jantan, juga dikenali sebagai Chapman's Duke, menurut laporan Ici x Wanda)
Tanta of Alyeska (Betina, Tuck x Toto)
Sigrid III of Foxstand (Betina, Chenuk x Molinka)
Smokey milik Seppala (Jantan, Kingeak x Pearl)
Sepp III (Jantan, Togo x Dolly)
Smoky (Jantan, induk tidak diketahui)
Dushka (Betina, Bonzo x Nanuk)
Kabloona (Betina, Ivan x Duchess)
Rollinsford Nina milik Marilyn (Betina, Kotlik x Nera milik Marilyn)[46][10]

Sebaik baka ini mula menjadi terkenal, pada tahun 1933, Laksamana Muda Laut Richard E. Byrd membawa sekitar 50 ekor husky Siberia bersama dengan beliau dalam ekspedisi dengan harapan untuk mengelilingi pinggir laut Antartika sejauh 16,000 batu (26,000 km). Banyak anjing tersebut dibiakbakakan dan dilatih di Chinook Kennel di New Hampshire, yang dimiliki oleh Eva Seeley. Dengan nama Operation Highjump, perjalanan bersejarah itu membuktikan kelayakan husky Siberia oleh sebab saiz padatnya dan kelajuan tingginya.[42] Husky Siberia juga berkhidmat dalam Unit Pencarian dan Penyelamatan Artik Tentera Darat Amerika Syarikat bagi Air Transport Command semasa Perang Dunia Kedua.[47] Kepopularannya kekal sehingga abad ke-21. Ia ditempatkan di tangga ke-16 dalam kalangan pendaftar American Kennel Club pada tahun 2012,[48] lalu menaiki tangga ke-14 pada tahun 2013.[49]

1940-an–kini sunting

Husky digunakan secara meluas sebagai anjing tarikan oleh British Antarctic Survey di Antartika pada antara tahun 1945 dengan tahun 1994.[50] Tugu

untuk semua pasukan anjing BAS terletak di luar ibu pejabatnya di Cambridge dengan plak yang menyenaraikan nama semua anjing.[51]

Pada tahun 1960, Tentera Darat Amerika Syarikat menjalankan projek untuk membangunkan prasarana di bawah ais untuk pertahanan dan penyelidikan angkasa, Camp Centru, sebahagian daripada Project Iceworm yang melibatkan 150+ orang kakitangan yang juga membawa bersama mereka maskot tidak rasmi, seekor husky Siberia bernama Mukluk.[52]

Oleh sebab kepopularan tingginya sekali dengan keperluan fizikal dan mentalnya yang tinggi, anjing Siberia ditinggalkan atau diserahkan kepada tempat perlindungan haiwan pada kadar tinggi oleh para pemilik baharu yang tidak menyelidik sepenuhnya tentangnya dan mendapati bahawa mereka tidak mampu menjaganya. Ramai mengambil keputusan untuk membela anjing baka ini kerana rupanya dan mitosnya dalam kebudayaan popular, dan membeli anak anjing daripada para pembiak baka kecilan atau kilang anak anjing yang tidak mempunyai kontrak pemulangan kepada pembiak baka yang dipunyai oleh para pembiak baka bertanggungjawab, dengan niat untuk mengekalkan baka ini di luar tempat perlindungan.[53]

Anjing tarikan yang dibiakbakakan dan dibela oleh suku Chukchi dari Siberia disangkakan telah pupus, namun Benedict Allen, yang menulis untuk majalah Geographical pada tahun 2006 selepas melawati rantau itu, melaporkan kemandiriannya. Keterangan beliau bagi pembiakbakaan yang diamalkan oleh orang Chukchi menyebut pemilihan untuk kepatuhan, daya ketahanan, pembawaan ramah, dan saiz yang membolehkan keluarga menyara untuknya tanpa kesukaran yang tidak wajar.[39]

Kegunaan tradisional dan kegiatan lain sunting

Pada asalnya, husky digunakan sebagai anjing tarikan di rantau kutub. Husky dapat dibezakan daripada jenis anjing lain melalui gaya tarik pantasnya. Husky lumba moden (juga dikenali sebagai husky Alaska) mewakili baka silang yang saling berubah bagi anjing-anjing terpantas. Manusia menggunakan hudky dalam perlumbaan anjing tarikan. Beberapa syarikat telah memasarkan denai pelancong dengan kereta luncur salji anjing untuk pelancong kembara di rantau salji.[54] Husky juga dibela sebagai anjing peliharaan dan banyak kumpulan sedang berusaha untuk mencari rumah untuk anjing perlumbaan dan anjing denai kembara yang telah bersara.[55]

Banyak husky, terutamanya husky Siberia, dianggap sebagai "anjing pekerja" dan kerap bertenaga tinggi. Senaman adalah amat penting untuk kesihatan fizikal dan mental bagi anjing jenis ini dan juga dapat menjalin ikatan kuat antara pemilik dengan anjing.[56] Oleh sebab ramai pemilik kini mempunyai husky sebagai anjing peliharaan di tempat yang tidak sesuai untuk penarikan kereta luncur salji, kegiatan lain yang baik untuk anjing dan menyeronokkan pemilik telah ditemukan.

  • Rally obedience: Para pemilik membimbing anjing mereka melalui laluan senaman sukar di samping. Biasanya terdapat 10 hingga 20 isyarat untuk setiap laluan yang melibatkan perintah atau trik berlainan.[57]
  • Pelatihan ketangkasan: Laluan berhalang rentak pantas yang membabitkan kelajuan dan tumpuan. Anjing berlumba melawan masa untuk menyelesaikan laluan dengan betul.[58]
  • Skijoring ialah aktiviti alternatif bagi penarikan kereta luncur salji. Pemilik berada di atas ski sementara anjing menarik dengan menggunakan tali yang menghubungkan kedua-duanya.[59]
  • Jalan kaki dengan anjing ialah alternatif untuk para pemilik yang tinggal dekat dengan denai atau mampu melawati denai.[60] Pemilik berjalan dengan anjing di sepanjang denai di hutan. Aktiviti ini membolehkan pemilik dan anjing mendapat senaman tanpa menggunakan deria kuat husky untuk menarik. Sesetengah syarikat membuat peralatan terutamanya untuk anjing yang mungkin membawa peralatan tersebut termasuk air, makanan, dan mangkuk untuk masing-masing.
  • Carting, juga dikenali sebagai mushing tanah kering, ialah alternatif di bandar untuk penarikan kereta luncur salji. Anjing menarik "kereta" yang mengandungi bekalan atau individu. Ini juga merupakan cara munasabah untuk menggunakan kecederungan anjing ini untuk menarik dengan cara efektif.[61] "Kereta" ini dapat dibeli atau dibuat.
  • Bikejoring ialah aktiviti yang melibatkan pemilik yang berbasikal bersama dengan anjing mereka sementara basikal tersebut terikat dengan abah-abah yang mengekalkan keselamatan kedua-dua pihak. Anjing atau sepasukan anjing dapat diikat dengan tali tunda juga untuk menarik basikal.[62]
 
Acara kereta luncur salji husky di Rovaniemi, Finland

Dalam kebudayaan sunting

 
Balto di Central Park di New York City (oleh Frederick Roth)

Lihat juga sunting

Catatan sunting

  1. ^ Jawi: هسکي سيبيريا; Rusia: сиби́рский ха́ски, rumi: sibírskij xáski; bahasa Inggeris: Siberian husky

Rujukan sunting

  1. ^ "Siberian husky" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  2. ^ a b c "Siberian husky | breed of dog". Encyclopedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  3. ^ "American Kennel Club : Official Standard of the Siberian Husky" (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  4. ^ a b c d Sheldon L. Gerstenfeld (1 September 1999). ASPCA Complete Guide to Dogs (dalam bahasa Inggeris). Chronicle Books. m/s. 190. ISBN 978-0-8118-1904-6.
  5. ^ "Do many Siberian Huskies run the Iditarod? If not, why? – Iditarod". iditarod.com (dalam bahasa Inggeris). 12 Oktober 2020. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  6. ^ a b Brown, S K; Darwent, C M; Wictum, E J; Sacks, B N (2015). "Using multiple markers to elucidate the ancient, historical and modern relationships among North American Arctic dog breeds". Heredity (dalam bahasa Inggeris). 115 (6): 488–495. doi:10.1038/hdy.2015.49. PMC 4806895. PMID 26103948.
  7. ^ Feuerborn, Tatiana R.; Carmagnini, Alberto; Losey, Robert J.; Nomokonova, Tatiana; Askeyev, Arthur; Askeyev, Igor; Askeyev, Oleg; Antipina, Ekaterina E.; Appelt, Martin; Bachura, Olga P.; Beglane, Fiona; Bradley, Daniel G.; Daly, Kevin G.; Gopalakrishnan, Shyam; Murphy Gregersen, Kristian; Guo, Chunxue; Gusev, Andrei V.; Jones, Carleton; Kosintsev, Pavel A.; Kuzmin, Yaroslav V.; Mattiangeli, Valeria; Perri, Angela R.; Plekhanov, Andrei V.; Ramos-Madrigal, Jazmín; Schmidt, Anne Lisbeth; Shaymuratova, Dilyara; Smith, Oliver; Yavorskaya, Lilia V.; Zhang, Guojie; Willerslev, Eske; Meldgaard, Morten; Gilbert, M. Thomas P.; Larson, Greger; Dalén, Love; Hansen, Anders J.; Sinding, Mikkel-Holger S.; Frantz, Laurent (2021). "Modern Siberian dog ancestry was shaped by several thousand years of Eurasian-wide trade and human dispersal". Proceedings of the National Academy of Sciences (dalam bahasa Inggeris). 118 (39): e2100338118. Bibcode:2021PNAS..11800338F. doi:10.1073/pnas.2100338118. PMC 8488619 Check |pmc= value (bantuan). PMID 34544854 Check |pmid= value (bantuan). S2CID 237584023 Check |s2cid= value (bantuan).
  8. ^ Skoglund, P.; Ersmark, E.; Palkopoulou, E.; Dalén, L. (2015). "Ancient Wolf Genome Reveals an Early Divergence of Domestic Dog Ancestors and Admixture into High-Latitude Breeds". Current Biology (dalam bahasa Inggeris). 25 (11): 1515–9. doi:10.1016/j.cub.2015.04.019. PMID 26004765.
  9. ^ Fiszdon K, Czarkowska K. (2008). Social behaviours in Siberian huskies (Inggeris). Annals of Warsaw University of Life Sciences – SGGW. Anim Sci 45: 19–28.
  10. ^ a b c Thomas, Bob (2015). Leonhard Seppala : the Siberian dog and the golden age of sleddog racing 1908–1941 (dalam bahasa Inggeris). Pat Thomas. Missoula, Montana, Amerika Syarikat: Pictorial Histories Publishing Company. ISBN 978-1-57510-170-5. OCLC 931927411.
  11. ^ a b c d e "AKC Meet The Breeds: Siberian Husky" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  12. ^ a b c d e "Get to Know the Siberian Husky" (Inggeris), 'The American Kennel Club', Dicapai pada 4 Januari 2024
  13. ^ "Siberian Husky Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  14. ^ a b "FCI-Standard N° 270 SIBERIAN HUSKY" [Piawaian FCI No. 270 Husky Siberia] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). 18 November 2022. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  15. ^ "Siberian Husky Breed Standard" (PDF). Canadian Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Januari 2016.
  16. ^ "Siberian Husky Breed Standard". United Kennel Club (dalam bahasa Inggeris).
  17. ^ "Siberian Husky Breed Standard". The Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Februari 2017.
  18. ^ "Coat Color Identification Guidelines & Statement on "Merle" Patterning in Siberians". Siberian Husky Club of America (dalam bahasa Inggeris). September 2018.
  19. ^ "American Kennel Club:Official Standard of the Siberian Husky" (PDF). American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  20. ^ "Common Husky Questions – Siberian Husky Club of Great Britain – Huskies UK" (dalam bahasa Inggeris). Siberianhuskyclub.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 April 2012. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  21. ^ "Siberian husky". Encyclopaedia Britannica (dalam bahasa Inggeris). Encyclopaedia Britannica, Inc. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  22. ^ "The Siberian Husky: A Brief History of the Breed in America". Siberian Husky Club of America (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 November 2020. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  23. ^ "Siberian husky (breed of dog) – Britannica Online Encyclopedia". Britannica.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  24. ^ Lisa Duffy-Korpics (2009). Tales from a Dog Catcher (dalam bahasa Inggeris). Globe Pequot. m/s. 214. ISBN 978-0-7627-5770-1.
  25. ^ a b c Diane Morgan (16 Mac 2011). Siberian Huskies For Dummies (dalam bahasa Inggeris). John Wiley & Sons. m/s. 202–203. ISBN 978-1-118-05366-9.
  26. ^ a b DK Publishing (1 Oktober 2013). The Dog Encyclopedia (dalam bahasa Inggeris). DK Publishing. m/s. 101. ISBN 978-1-4654-2116-6.
  27. ^ "DRD4 and TH gene polymorphisms are associated with activity, impulsivity and inattention in Siberian Husky dogs". ResearchGate (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  28. ^ Coren, Stanley (2006). The Intelligence of Dogs: A Guide to the Thoughts, Emotions, and Inner Lives or Our Canine Companions (dalam bahasa Inggeris) (ed. ke-1). New York, Amerika Syarikat: Free Press. ISBN 978-0-7432-8087-7. OCLC 61461866.
  29. ^ "Canine Intelligence—Breed Does Matter | Psychology Today". Psychologytoday.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  30. ^ Monnet, Eric (2009). "Larageal paralysis". AAHA/OVMA Toronto 2011. March 24–27, 2011. Toronto, Canada. American Animal Hospital Association. m/s. 443–445. http://secure.aahanet.org/eweb/images/AAHAnet/phoenix2009proceedings/pdfs/01_scientific/097_LARYNGEAL%20PARALYSIS%20SUR.pdf. Diperolehi 4 Januari 2024.
  31. ^ "Your Siberian Husky: Its Hips and Its Eyes" (dalam bahasa Inggeris). Siberian Husky Club of America. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Februari 2020. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  32. ^ "OFA: Hip Dysplasia Statistics" (dalam bahasa Inggeris). Offa.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Ogos 2008. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  33. ^ Davis, M. S.; Willard, M. D.; Nelson, S. L.; Mandsager, R. E.; McKiernan, B. S.; Mansell, J. K.; Lehenbauer, T. W. (2003). "Journal of Veterinary Internal Medicine – Journal Information". Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Jvetintmed.org. 17 (3): 311–314. doi:10.1892/0891-6640(2003)017<0311:POGLIR>2.3.CO;2.
  34. ^ Davis, M. S.; McKiernan, B.; McCullough, S.; Nelson Jr, S.; Mandsager, R. E.; Willard, M.; Dorsey, K. (2002). "Racing Alaskan Sled Dogs as a Model of "Ski Asthma" – Davis et al. 166 (6): 878 – American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine". American Journal of Respiratory and Critical Care Medicine (dalam bahasa Inggeris). Ajrccm.atsjournals.org. 166 (6): 878–882. doi:10.1164/rccm.200112-142BC. PMID 12231501. S2CID 34948487. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2008. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  35. ^ Davis, Michael S.; Willard, Michael D.; Williamson, Katherine K.; Steiner, Jörg M.; Williams, David A. (2005). "Journal of Veterinary Internal Medicine – Journal Information". Journal of Veterinary Internal Medicine (dalam bahasa Inggeris). Jvetintmed.org. 19 (1): 34–39. doi:10.1892/0891-6640(2005)19<34:SSEIIP>2.0.CO;2. ISSN 0891-6640. PMID 15715045.
  36. ^ Gay Salisbury; Laney Salisbury (17 Februari 2005). The Cruelest Miles: The Heroic Story of Dogs and Men in a Race Against an Epidemic (dalam bahasa Inggeris). W. W. Norton. m/s. 252. ISBN 978-0-393-07621-9.
  37. ^ Alan H. Goodman; Deborah Heath; M. Susan Lindee (2003). Genetic Nature/culture: Anthropology and Science Beyond the Two-culture Divide (dalam bahasa Inggeris). University of California Press. m/s. 128. ISBN 978-0-520-23793-3.
  38. ^ a b c Bogoslavskaya, Lyudmila (1 Mac 2010). "The Fan Hitch: Journal of the Inuit Sled Dog International". thefanhitch.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  39. ^ a b "An iceman's best friend" (dalam bahasa Inggeris). Geographical. Disember 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2014. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  40. ^ Harper, Kenn (28 September 2007). "The Evolution of a Word Husky". Nunatsiaq News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  41. ^ Dalziel, Hugh (1879). British dogs; their varieties, history, characteristics, breeding, management and exhibition. (dalam bahasa Inggeris). University of California Libraries. London, The bazaar office. m/s. 205–213.
  42. ^ a b c Pisano, Beverly (1995). Siberian Huskies (dalam bahasa Inggeris). TFH Publication. m/s. 8. ISBN 0-7938-1052-3.
  43. ^ Gay, Salisbury (2003), The cruelest miles : the heroic story of dogs and men in a race against an epidemic (dalam bahasa Inggeris), Random House Audio, ISBN 0-553-52763-0, OCLC 671699744, dicapai pada 4 Januari 2024
  44. ^ Thomas, Bob (2015). Leonhard Seppala: the Siberian dog and the golden age of sleddog racing 1908–1941 (dalam bahasa Inggeris). Pictorial Histories Publishing Company. ISBN 978-1-57510-170-5. OCLC 931927411.
  45. ^ "Siberian Husky – Official Breed Standard" (dalam bahasa Inggeris). United Kennel Club. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Februari 2015. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  46. ^ "Breeding Seppalas (5)". www.seppalakennels.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  47. ^ "American Kennel Club – Siberian Husky History" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  48. ^ "AKC Dog Registration Statistics" (dalam bahasa Inggeris). American Kennel Club. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  49. ^ American Kennel Club 2013 Dog Registration Statistics Historical Comparisons & Notable Trends (Inggeris), The American Kennel Club, Dicapai pada 4 Januari 2024.
  50. ^ Walton, Kevin; Atkinson, Rick (1996). Of Dogs and Men: Fifty Years in the Antarctic : the Illustrated Story of the Dogs of the British Antarctic Survey 1944 - 1994 (dalam bahasa Inggeris). ISBN 189781755X.
  51. ^ "The British Antarctic Survey Husky Sledge Dog Monument unveiled" (dalam bahasa Inggeris). British Antarctic Survey. 7 Julai 2009. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  52. ^ "Proceedings – Did You Know – Camp Century" (dalam bahasa Inggeris). Pengawal Pantai Amerika Syarikat. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 April 2014. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  53. ^ Mary Robins. "How Game of Thrones has Impacted — And Hurt — Siberian Huskies". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  54. ^ "How Sled Dogs Work". HowStuffWorks (dalam bahasa Inggeris). 14 Januari 2008. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  55. ^ Keith, Christie (18 Februari 2011). "Lessons from a sled dog massacre". SFGATE (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  56. ^ "Siberian Husky Dog Breed Information". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  57. ^ "Getting Started in Rally". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  58. ^ "Agility". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  59. ^ "Skijoring Is Winter's Wildest Sport. Here's How to Do It". Bloomberg.com (dalam bahasa Inggeris). 12 Januari 2018. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  60. ^ Gibeault, Stephanie (29 September 2019). "Hiking With Your Dog: Tips For Hitting The Trail In A Safe And Fun Way". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  61. ^ Penny Leigh. "More Sports for All Dogs: Drafting & Carting". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  62. ^ Gemma Johnstone. "Bikejoring: Is This Adrenaline Inducing Sport Right For You and Your Dog?". American Kennel Club (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  63. ^ "Central Park – Balto" (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Taman dan Rekreasi Bandar Raya New York. Dicapai pada 4 Januari 2024.
  64. ^ "Balto". Centralpark.com (dalam bahasa Inggeris). 7 Ogos 2017.
  65. ^ "In Game of Thrones fans' pursuit of real-life dire wolves, huskies may pay the price". National Geographic (dalam bahasa Inggeris). 6 Mei 2019.
  66. ^ "'Game of Thrones' Star Jerome Flynn Speaks Up for Huskies". PETA (dalam bahasa Inggeris). 11 April 2019.
  67. ^ Burroughs, William James (2005). Climate Change in Prehistory: The End of the Reign of Chaos (dalam bahasa Inggeris). New York, Amerika Syarikat: Cambridge University Press. m/s. 129. ISBN 0-521-82409-5.
  68. ^ "Operation husky: Sicily – 9/10 July 1943". Combined Operations Command (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 4 Januari 2024.
  69. ^ Ken Beck (1 April 2002). The Encyclopedia of TV Pets: A Complete History of Television's Greatest Animal Stars (dalam bahasa Inggeris). Thomas Nelson Inc. m/s. 44–46. ISBN 978-1-4185-5737-9.
  70. ^ "About Mission" (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Alumni Universiti Illinois Utara. Dicapai pada 4 Januari 2024.

Pautan luar sunting