Hussain Ahmad Najadi

Pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia /AmBank

Hussain Ahmad Najadi (75 tahun) merupakan pengasas Kumpulan Perbankan Arab Malaysia /AmBank Beliau ditembak mati di tempat letak kereta di Tokong Cina Kuan Yin, No. 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi antara pukul 1.30 dan 2 petang, 29 Julai 2013.

Maklumat awal sunting

Isterinya seorang Cina Malaysia bernama Chong Mei Kuen, 49 bekerja sebagai jururunding bidang pengurusan .Mereka berkahwin secara sah dan mendaftarkan perkahwinan itu di New South Wales, Australia. Anaknya Pascal Najadi berada di Moscow, Rusia semasa pembunuhan .Pascal, 45, adalah pemegang kerakyatan Switzerland dan British.

Ditembak mati sunting

Hussain Ahmad ditembak mati di hadapan Tokong Kuan Yin di Kuala Lumpur. Isterinya Chong Mei Kuen, 49, cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir selepas meninggalkan tokong tersebut yang terletak di Lorong Ceylon . Perbincangan diadakan berkaitan dengan perjanjian jual beli satu deret bangunan kedai milik tokong itu yang terletak di luar rumah ibadat tersebut. Pemegang amanah tokong meminta pertolongan Hussain agar membantu mereka kerana perjanjian tersebut di dalam bahasa Inggeris dan kerana Hussain mempunyai perwatakan yang tenang.

Polis percaya dia dibunuh oleh pembunuh upahan. Mereka sedang berjalan ke arah kereta mereka selepas membincangkan soal hartanah di tokong Cina itu . Pascal dilapor sebagai mendakwa pembunuhan bapanya telah dirancang terlebih dahulu dan tidak ada perjanjian hartanah yang terbabit.[1]

Anaknya Pascal Najadi dari Moscow, Rusia menafikan sebarang penglibatan bapanya dalam urusan hartanah sebelum kematiannya setelah jawatankuasa Tokong Kuan Yin memaklumkan bahawa bapanya merupakan perunding antara dua pihak di hari beliau ditembak. Bapanya menjadi orang tengah untuk tokong berkenaan dan sekumpulan orang yang beliau katakan 'seseorang' yang meminta wang dari dana amanah tokong itu. Tidak ada perjanjian hartanah yang gagal dalam pembunuhan bapa saya kerana syarikat mereka tidak terlibat dalam urusan itu. Semasa rundingan pada Isnin itu, bapa beliau bertegas tidak membenarkan sebarang pihak mengambil dana amanah tokong itu kerana ia merupakan wang tokong berkenaan.

Polis Bukit Aman mengeluarkan gambar yang disyaki sebagai suspek yang dikenali sebagai Sci Ngan Zai atau Ah Chian dan menahan seorang pemandu teksi berumur 44 tahun yang membawa suspek meninggalkan tempat kejadian.[2]


Suspek berjaya ditangkap sunting

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memaklumkan polis giat melakukan risikan bagi menangkap penjenayah . Anaknya Pascal Najadi yang berada di Moscow enggan pulang ke Malaysia tidak menjadi masalah besar kerana polis akan mendapat maklumat dari sumber lain. Bekiau enggan pulang berikutan penasihat keselamatannya meminta beliau agar tidak mendedahkan dirinya kepada sebarang risiko.

Polis Bukit Aman berjaya mengesan pembunuhnya di Larut Tin Tambahan, Taiping, Perak selepas diburu hampir dua bulan. Suspek lelaki itu (44 tahun) ditahan bersama dua lelaki lain kira-kira pukul 12.30 tengah malam 25 September 2013 ketika berlindung di sebuah rumah teres di taman perumahan. [3]

Inspektor Tay Chew Thwa (38) dari Jabatan Siasatan Khas, Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) memaklumkan wajah tertuduh amat berbeza semasa ditangkap namun beliau yakin dia masih lelaki yang sama.Dia bersama rakan setugas, Inspektor Looi Ah Meng dan lapan orang detektif telah ke Taiping, Perak pada 22 September 2013 dalam usaha mengesan dan menangkap Swee Kwan. Mereka menahan seorang lelaki Cina bernama Song Thye Yong di sebuah gelanggang bola keranjang di Taman Gunung View yang membawa kepada penahanan seorang lagi lelaki Cina di sebuah kedai telekomunikasi, Heng Yi Chong. Tangkapan itu (Yi Chong) kemudian membawa kami ke sebuah rumah di tepi Sungai Emas. Pada pukul 1 pagi, 23 September 2013, dia dan pasukan telah mengepung rumah tersebut sebelum memperkenalkan diri kami dan meminta penghuni agar membuka pintu. Selepas pintu dipecah,berlaku pergelutan tetapi lelaki terbabit dapat ditangkap di bilik tengah rumah tersebut.[4]

PDRM meminta bantuan Interpol bagi mengesan Lim Yuen Soo, 53, beralamat terakhir di No.9, Jalan Bayu Segar 3, Cheras, sebelum dia menghilangkan diri selepas pembunuhan itu dan dipercayai lari ke Australia.Dia adalah rakan dan majikan kepada suspek utama kes pembunuhan itu yang telah ditahan di Taman Larut Tin Taiping, Perak, pada 22 September 2013.Yuen Soo merupakan seorang ahli perniagaan pusat hiburan dan menjadi pemilik beberapa kawasan tempat meletak kenderaan di sekitar KL. Tempoh seminggu yang diberikan polis kepada suspek untuk menyerah diri telah pun tamat. [[Ketua Polis Kuala Lumpur], Datuk Mohmad Salleh mendedahkan bahawa Lim Yuen Soo adalah dalang pembunuhan itu dan mahu dia diekstradisi ke Malaysia untuk dibicarakan.[5]

Pistol yang digunakan telah dicampakkan ke dalam Tasik The Mines bersebelahan Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya). Operasi menyelam untuk mencari masih diteruskan.[6]

Perbicaraan sunting

Seorang Penarik kereta, Koong Swee Kwan menghadapi tuduhan membunuh pengasas bank tersebut dan tuduhan cubaan membunuh Mei Kuan, 50. Perbuatan itu didakwa dilakukan di tempat letak kereta di Tokong Cina Kuan Yin, No. 4, Lorong Ceylon, Dang Wangi antara pukul 1.30 dan 2 petang, 29 Julai 2013.Bagi tuduhan membunuh Hussain, 75, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.Pertuduhan cubaan membunuh Mei Kuan pula dikemukakan mengikut Seksyen 307 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun.

Perbicaraan diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di hadapan Hakim Datuk Mohd Azman Husin. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Yusaini Amer Abd. Karim manakala tertuduh diwakili peguam, Zambri Idrus.

Pakar perubatan patologi dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Nurul Kharmila Abdullah menyatakan bahawa terdapat beberapa kesan tembakan di bahagian hadapan, sisi dan belakang badan mayat Hussain.Lima kesan tembakan di bahagian depan meliputi kesan peluru masuk dan keluar manakala terdapat enam kesan tembakan masuk dan keluar di bahagian belakang. Berdasarkan kesan kecederaan, penyerang dianggarkan berada dalam jarak antara 40 ke 60 sentimeter.

Tembakan jarak dekat itu mengenai dua organ utama iaitu jantung dan salur darah utama, aorta. Kecederaan pada jantung telah menyebabkan pendarahan teruk di rongga dada kiri manakala kecederaan pada aorta menyebabkan rongga dada kanan dipenuhi darah. Kecederaan pada jantung sudah cukup untuk menyebabkan kematian. Kecederaan pada jantung sangat serius dan kalau berjaya dibawa ke bilik bedah pun, peluang untuk selamat amat sukar kerana jantung hampir pecah. Kes itu diklasifikasikan meninggal dunia ekoran luka tembakan berganda di bahagian dada.[7]

Perunding dan Pakar Bedah Ortopedik, Prince Court Medical Centre, Dr. Yong Chee Kuen, memberitahu Mahkamah Tinggi, Mei Kuen (isteri Hussain) kehilangan darah yang banyak iaitu kira-kira 15 hingga 30 peratus jumlah keseluruhan darah badannya. Sekiranya, Mei Kuen terus mengalami pendarahan, keadaannya boleh menjadi bertambah parah dan boleh mengakibatkan kematian.[8]

Saksi kejadian, penjaga tokong, Lim Sok Yee (37) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dia melihat seorang lelaki berkemeja lengan panjang berlari mengejar Hussain Ahmad Najadi dan isterinya sewaktu pasangan itu sedang berjalan meninggalkan sebuah tokong sebelum menembak mereka berdua bertalu-talu. Koong Swee Kwan turut melepaskan tembakan ke arah Hussain walaupun lelaki tersebut sudah jatuh di kawasan letak kenderaan tokong itu.Dia nampak tertuduh berlari dan mengekori dari belakang dan mula menembak ke arah isteri Hussain dari belakang. Dia dengar kira-kira lima das tembakan. Bila Hussain jatuh, saya nampak tertuduh buat sesuatu pada pistolnya. Kemudian, tertuduh lepaskan beberapa das tembakan lagi.

Tertuduh ketika itu turut memakai topi bola dan menghisap rokok dilihat sering mundar-mandir di dalam tokong dan sering mengintai ke dalam apabila berada di bahagian luar tokong itu.

Sok Yee memaklumkan bahawa Hussain dan isteriny datang ke tokong tersebut untuk membantu rumah ibadat itu dalam satu perbincangan dengan seorang individu bernama Datuk Richard Morrais. Morrais didakwa hendak memberi wang berjumlah RM300,000 kepada dua lagi individu bernama Lim Sok Ling dan Lim Sok Chean namun dibantah oleh Hussain kerana wang tersebut merupakan milik tokong.Perbincangan i tu berjalan selama setengah jam itu berakhir tanpa sebarang penyelesaian. Kemudian Richard beredar. Hussain kemudian ada membuat panggilan telefon sebelum memberitahu dia perlu beredar kerana ada mesyuarat. Dia juga suruh saya buat temu janji dengan peguam dan Morrais keesokan harinya. Morrais mendakwa ada hak dalam hartanah milik tokong terbabit dan Hussain hanya hadir untuk membantu tokong. Hussain tidak mempunyai sebarang kepentingan dengan rumah ibadat itu dan mengenali Mei Kuan sejak 1995 kerana isteri mangsa sebelum itu sering datang sembahyang di tokong terbabit.

Rujukan sunting

  1. ^ "Kes bunuh Hussain Najadi diselesai tanpa kerjasama anak". Utusan Malaysia. 4 Ogos 2014.
  2. ^ "Anak dakwa pembunuhan Hussain Ahmad Najadi bukan kerana urusan hartanah". Utusan Malaysia. 2 Ogos 2013.
  3. ^ "Polis tumpu kes tembak TKP Kastam". Utusan Malaysia. 25 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-07-14. Dicapai pada 2014-07-05.
  4. ^ "uspek bunuh Hussain ditangkap di Taiping". Utusan Malaysia. 12 Jun 2014.
  5. ^ "Polis dedah nama dalang kes bunuh pengasas Ambank". Utusan Malaysia. 9 Oktober 2013.
  6. ^ "Kes bunuh pengasas AmBank, polis buru Lim Yuen Soo". Utusan Malaysia. 10 Oktober 2013.
  7. ^ "Pengasas Ambank, isteri dikejar sebelum ditembak". Utusan Malaysia. 10 jun 2014. Check date values in: |date= (bantuan)
  8. ^ "Ayat terakhir Hussain: "My darling"". Utusan Malaysia. 11 Jun 2014.