Dato' Hussamuddin Yaacub adalah Editor Pengurusan Sinar Harian dan merupakan pemilik Kumpulan Karangkraf Sdn Bhd yang juga penerbit majalah dan akhbar terbesar di Malaysia. Beliau dilantik sebagai salah seorang ahli Panel siasatan bebas menyiasat dakwaan kekasaran polis ketika Perhimpunan Bersih 2012 pada 9 Mei 2012.

YBhg Dato' Dr. (HC) Haji

Hussamuddin Yaacub

DPMS (Selangor); DIMP (Pahang)
Kelahiran (1954-12-05) 5 Disember 1954 (umur 65)
Kelantan
Terkenal keranaPengarah Urusan
Kumpulan Karangkraf
Ibu bapa
  • Haji Yaacub Idris (bapa)
KeluargaFickry Yaacub (abang)
Fahmi Yaacub (abang)

KeluargaSunting

Abangnya Dato' Fickry Yaacub adalah Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf. Mereka berasal dari Kelantan.Bapanya Yaakub Idris adalah penjual buku terkemuka di Kelantan. Abangnya Fahmi Yaakub menjadi pengetua Maktab Adabi.

PendidikanSunting

Hussamuddin Yaacub mendapat ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada tahun 1978.

Kumpulan KarangkrafSunting

Beliau pernah menerbitkan sebuah buku ‘Kajian Sejarah Melayu’ pada tahun 1977. Dari saat itu bermulanya sejarah gemilang Kumpulan Karangraf Sdn Bhd (Karangkraf). Bapanya, Haji Yaacob Idris mempunyai kedai buku ‘Toko Buku Yaacob Idris’ di Kota Bharu ,Kelantan.

Pada 1978, beliau bersama abangnya Haji Fickri Haji Yaacob dan sepupunya Muhammad Nasir Hamzah menubuhkan syarikat Karangkraf. Rumah sewa di SS 2, Petaling Jaya dijadikan pejabat dan rumah. Banyak anak syarikat ditubuhkan, termasuk Karangkraf Edar, Karya Bestari, Keluarga Communication, Bistari Distributor , Ultimate Print Sdn. Bhd , Alaf21 (April 1997) ,Alaf Strategi Sdn Bhd, Buku Prima Sdn Bhd (2006) dan Karangkraf Cetak Sdn Bhd. Premis mereka pindah ke bangunan 3 blok, 3 tingkat di No. 50 & 52, Lorong Rahim Kajai 14, Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.Syarikat percetakannya, Ultimate Print Sdn Bhd kini adalah syarikat percetakan komersil terbesar di Malaysia.Kilang percetakannya terletak di kawasan seluas 10.1 hektar, 550 meter dari pusat bandar Shah Alam.[1]

Pada 28 November 1984 , Kumpulan Karangkraf menerbitkan semula akhbar Watan yang diambil alih dari Pustaka Antara. Bekas Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Mohd Khir Johari menjadi Pengerusi dan Haji Hussamuddin sebagai Pengarah Urusan. Akhbar Sinar Harian diterbitkan sejak 31 Julai 2006 di Kota Bharu, Kelantan .[2] [3]

Antara majalah terbitan Kumpulan Karangkraf ialah Pesona Pengantin, Media Hiburan, G3, Pa & Ma, Dara.com, Maskulin, Nur, Majalah i, Impiana, Fokus SPM, Rasa, Nona, Yezz, Laman Impiana, E-Baca, Dapur Impiana, Arena Bola Sepak, Majalah PC, Seri Dewi & Keluarga, E@Siswa, Midi, Remaja, Rapi, Klik dan Libur.

Manakala akhbar terbitan Kumpulan Karangkraf termasuklah Mingguan Wanita, Bacaria, Bintang Kecil dan akhbar Sinar Harian.

AnugerahSunting

Bapa kepada enam orang anak ini menerima anugerah kurniaan Dato’ oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang pada November 2007 di atas sumbangannya dalam bidang penerbitan dan kerjayanya selama ini.

RujukanSunting