Hutan dipterokarpa pamah

(Dilencongkan daripada Hutan Dipterokarp Pamah)

Hutan dipterokarpa pamah, hutan dipterokarpa tanah pamah atau hutan dipterokarpa tanah rendah ialah kawasan hutan yang selalu dijumpai dengan berketinggian 0 hingga 300 meter dari aras laut dan dijumpai dengan yang terdiri daripada tanah pamah, tanah beralun dan kaki bukit.[1][2] Kawasan hutan ini mempunyai pelbagai spesies kayu balak komersial yang penting bagi negara Malaysia.[1] Contoh kawasan yang terdapat hutan dipterokarpa pamah ialah Hutan Simpan Kechau, Hutan Simpan Rompin, Hutan Simpan Hulu Terengganu (Tambahan), Hutan Simpan Segari Melintang dan Hutan Simpan Balah.[2][3]

Hutan Simpan Hulu Terengganu (Tambahan) di Daerah Hulu Terengganu, Terengganu.

Kepelbagaian biologi

sunting
 
Pokok kapur (dryobalanops aromatica), salah satu pokok bawah keluarga Dipterokarpa yang boleh dijumpai di kawasan hutan ini.

Hutan dipterokarpa pamah mempunyai pelbagai tumbuhan terutamanya dari keluarga Dipterocarpaceae seperti genus kapur, keruing, meranti dan merawan manakala yang bukan dari keluarga Dipterocarpaceae ialah nyatuh, kembang semangkok, merbau, pokok renek, pepanjat serta dari pelbagai keluarga tumbuhan lain.[1][2] Ada juga beberapa spesies yang akarnya jangkang dan batang belimbing di dalam kawasan hutan ini. Komposisi tumbuh-tumbuhan hutan ini terdiri daripada pokok palma, paku-pakis, pepanjat, tumbuhan menjalar, anggerik dan sebagainya.[1]

Lapisan atas hutan ini mempunyai pokok-pokok yang tingginya mencapai lebih kurang 30 hingga 46 meter malahan ada yang mencapai 60 meter tetapi ia ditemui secara terputus-putus akibat pokok tersebut tidak hidup setempat. Lapisan tengah pula mempunyai pokok hadirnya ketinggian 21 hingga 30 meter dari pemukaan tanah dan membentuk silara yang disambung kecuali silara pokok di bawah lapisan atas yang tidak bersambungan. Lapisan bawah yang merupakan di kawasan lantai hutan terdapat anak-anak pokok spesies daripada keluarga Annonaceae dan Euphorbiaceae.[1]

Hutan dipterokarpa pamah juga merupakan salah satu habitat bagi taburan pokok Rafflesia.[2]

Di kawasan hutan dipterokarpa pamah, terdapat pelbagai hidupan liar yang hidup malahan sebagai habitatnya contohnya mamalia ialah harimau malaya, gajah asia, tenuk, rusa, beruang matahari, babi hutan dan pelbagai spesies mamalia. Serangga, amfibia, burung dan reptilia juga ialah hidupan yang hidup di kawasan hutan ini serta ia habitat asalnya contohnya anai-anai, lipan, katak, enggang papan, biawak dan pelbagai lagi.[1][4][5]

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c d e f Khairuddin Hj. Kamaruddin (2013). Hutan Hujan Tropika di Semenanjung Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). m/s. 317. ISBN 978-983-46-0838-5.
  2. ^ a b c d Dato' Dr. Md. Hizamri Md. Yasin, Norlela Sulaiman & Shamsul Khamis (2023). Rafflesia di Pahang. Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). m/s. 117. ISBN 978-629-7547-79-4.
  3. ^ "Peninsular Malaysia". hutanwatch.com (dalam bahasa Inggeris). Hutanwatch. Dicapai pada 12 Januari 2025.
  4. ^ Masitah Mohammad Yusof, Azizi Hj. Muda & Khaidir Alias (2010). Pemeliharaan dan Pemuliharaan Hutan Hujan Tropika. Siri Pendidikan Alam Sekitar. Penerbit Universiti Putra Malaysia (UPM). m/s. 131. ISBN 978-967-344-147-1.
  5. ^ "Flora dan Fauna". malaysia.gov.my. Kerajaan Malaysia, Jabatan Digital Malaysia. Dicapai pada 12 Januari 2025.