Hutan Simpan Chikus

Hutan Simpan Chikus terletak di Chikus, Sungai Manik, Teluk Intan negeri Perak. Beberapa bahagian hutan ini telah diceroboh sejak 20 tahun lalu dan tiada tindakan diambil.

Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin kesal dengan tindakan tidask bertanggungjawab yang menebang hutan dan diganti dengan kelapa sawit serta tanaman kontan seperti betik, limau kasturi, limau nipis dan jambu batu. Jabatan Perhutanan Perak mendapati 4,000 hektar telah diteroka.

Masyarakat Orang Asli begitu marah kerana mereka dilarang bercucuk tanam tetapi pada masa sama ada pihak yang dibenarkan berbuat demikian. 150 keluarga Orang Asli dilarang meneroka dan bercucuk tanam. Mereka berharap Menteri Besar Perak , Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir akan campur tangan.[1]

Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar selaku pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) memaklumkan bahawa sejumlah 3,691 hektar daripada 991,000 hektar kawasan hutan simpan di Perak telah diceroboh dan kerugian mencecah RM36 juta. Antaranya ialah Hutan Simpan Chikus dan Hutan Simpan Nenering di Pengkalan Hulu.[2]

Rujukan sunting