Hutan Simpan Kuala Langat Utara

Hutan Simpan Kuala Langat Utara (HSKLU) ialah sebuah hutan simpan paya gambut[1] yang terlekat di negeri Selangor, Malaysia dengan keluasan 957.6 hektar.[2]

Hutan Simpan Kuala Langat Utara
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
LokasiKuala Langat, Selangor, Malaysia
Koordinat2°54′36″N 101°35′52″E / 2.9101°N 101.5977°E / 2.9101; 101.5977
Luas957.6 he (2,366 ekar)
Ditetapkan1927
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Sejarah sunting

Hutan simpan ini diwartakan pada 1927 dengan 7,246.96 hektar. Walau bagaimanapun, keluasan hutan simpan ini berkurang sejak itu sehingga 957.6 hektar pada masa kini.[3]

Usul penyahwartaan sunting

Satu kontroversi terbit bermula Februari 2020 apabila kerajaan Selangor berusul untuk menyahwartakan kebanyakan hutan simpan ini, atas dakwaan bahawa kawasan hutan ini telah "rosak" (hilang biokepelbagaian) akibat pencerobohan haram dan kebakaran.[4][5] Hal ini mendapat tentangan daripada pihak-pihak pendukung alam sekitar serta para NGO yang menghujah akan kepentingan ekologi serta sosiobudaya Orang Asli yang menetap di hutan ini.[3][5] Selain itu, bantahan juga dikemukakan oleh pihak kerajaan negara oleh kerana potensi kehilangan jumlah hutan simpan Selangor.[6]

Walau bagaimanapun, usaha penyahwartaan ini secara amnya sulit hingga pada akhir Ogos 2021 apabila pendedahan dilakukan dalam sidang Dewan Undangan Negeri Selangor.[7] Berikutan penentangan ramai, pihak kerajaan negeri berusul untuk menarik balik penyahwartaan pada 8 September tersebut kecuali sebahagian kecil hutan bagi tujuan-tujuan khas, termasuk memberi ruang kepada pembangunan Kampung Orang Asli Busut Baru serta jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Ibrahim, Faridah Hanum; P., Lepun (2004). "Tree species composition of Kuala Langat North Peat Swamp Forest, Selangor". AGRIS (dalam bahasa Inggeris). Penerbit Universiti Putra Malaysia: 17-24. ISBN 983-2514-58-4.
  2. ^ "Selangor cancels development plan for Kuala Langat North Forest Reserve". Selangor Journal. 8 September 2021. Dicapai pada 6 November 2021.
  3. ^ a b Ayamany, Keertan (20 Mei 2021). "The how and why behind Selangor's plan to degazette Kuala Langat North Forest Reserve". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 November 2021.
  4. ^ "Selangor Forestry Dept: Degazettement of forest reserve an arduous undertaking". Malay Mail (dalam bahasa Inggeris). 19 April 2021. Dicapai pada 6 November 2021.
  5. ^ a b Omar, Nur Sakeenah (21 November 2020). "Kuala Langat North Forest Reserve (KLNFR): Updates from the field". Greenpeace Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 6 November 2021.
  6. ^ Mohd Noor, Mohd Yusni (2 September 2021). "Kementerian bantah pewartaan keluar Hutan Simpan Kuala Langat Utara". Utusan Malaysia. Dicapai pada 6 November 2021.
  7. ^ Lee, Annabelle (30 Ogos 2021). "'Kenapa kerajaan Selangor berahsia nyah warta hutan simpan Kuala Langat?'". Malaysiakini. Dicapai pada 6 November 2021.
  8. ^ Shari, Amirudin (8 September 2021). "Kenyataan Media - Isu Hutan Simpan Kuala Langat Utara".