Mohd Huzaimi Bin Mohd Zaini atau lebih dikenali sebagai Huzaimi Zaini atau KOJEM yang dilahirkan pada 21 Jun 1977 , merupakan anggota asal kumpulan nasyid NOWSEEHEART yang bertahan sehingga kini. Beliau berasal dari PERAK dan membesar di KUALA LUMPUR. Beliau juga merupakan anak sulung daripada 4 orang adik-beradik.

Selain menyanyi, beliau juga terlibat sebagai perunding seni dan kreatif. Aktif sebagai penulis skrip, pengajar seni budaya nasyid, pengajar subjek kokurikulum nasyid di Universiti Sains Islam Malaysia.

Berpengalaman hampir 25 tahun dalam penghasilan lagu, lirik, penerbitan album juga jurulatih dan pengendali bengkel nasyid. Menjadi Hakim pertandingan nasyid di pelbagai peringkat pertandingan kebangsaan juga negeri. Menjadi perunding juga penasihat dalam menggubal syarat-syarat pertandingan.

[1]

Memiliki pengalaman luas juga dalam menguruskan penerbitan rancangan TV seperti dokumentari, gameshow, talkshow dan rancangan hiburan untuk terbitan RTM juga Astro.

Pendidikan sunting

Beliau pernah mendapat pendidikan di

  1. Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Air panas Setapak Kuala Lumpur
  2. Sekolah Menengah Agama Kuala Lumpur kini dikenali dengan nama Sekolah Menengah kebangsaan Agama Kuala Lumpur

Dan kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Universiti Teknologi MARA SHAH ALAM dalam bidang Komunikasi massa . Pengkhususan di bidang Penyiaran.

Pencapaian sunting

  • Anugerah Artis Baru Terbaik (Berkumpulan) bersama NOWSEEHEART di Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 1999) Anugerah Industri Muzik ke-6
  • Anugerah Vokal Terbaik (Berkumpulan) bersama NOWSEEHEART di Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM 2003) Anugerah Industri Muzik ke-10
  • Anugerah Persembahan Terbaik di Anugerah Carta Nasyid IKIM.fm pada tahun 2004 . Persembahan lagu HIJRAH
  • Anugerah Ciptaan Lagu Terbaik di FESTIVAL NASYID,BERZANJI & MARHABAN peringkat NEGERI SEMBILAN - 2013
  • Anugerah Tenaga Pengajar / Jurulatih CEMERLANG PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH (PPKI USIM) - 2013/14
  • Anugerah Duo/Kumpulan Pilihan Pendengar di Anugerah Nasyid IKIM.fm 2014 bersama NOWSEEHEART
  • Anugerah Pengajar Seni Terbaik Pusat Kebudayaan USIM : Kategori EMAS PENCAPAIAN - 2015
  • Anugerah KHAS PUSAT PEMBANGUNAN KEMAHIRAN INSANIAH (PPKI USIM - 2022

Profesion & Pengalaman sunting